Wednesday, December 21, 2011

Erk

Teringat pada kamu~~~

Tuesday, December 20, 2011

RESAH

Saat ini aku hanya mampu tunduk dalam sepi yang mencengkam ruangan sanubari.
Jiwa yang kekosongan dan kedinginan tanpa satu bicara nyata.
Renungan mata yang bagai mahu pengertian yang abadi.
Nyata kamu gagal wahai akal.
Nyata kamu tewas wahai hati.
Dan detik ini aku hanya mampu menghuni tambatan kekesalan.
Bakal mencengkapm untuk abad yang kedepan.

Thursday, December 1, 2011

Duhai Lelaki, Ke mana hilangnya maruahmu?

Wahai kamu yang bernama lelaki.
Menjungjung Tuhan Atas paksi jiwamu.
Melaras iman dalam setiap sujudmu.
Mencanang takwa dalam setiap bicaramu.
Entah silap dengar atau aku silap faham.
Entah silap tafsir atau aku silap menilai.
Semua hanya sekadar pemanis kala madu bersarang di bibir.
Mahu bikin tenang kecamuk jiwa aku.
Yang kamu mahu biar sujud di jari kakimu.
Tatkala pahit hempedu yang melingkar...
Kamu jadi lain dalam kelambu yang di bakar.
Menjilat segala ludah yang dihambur.
Menyapu muka atas segenap maruahku yang terluntur.
Kamu sanjung aku tika putih itu warnaku.
Kamu junjung aku tika lagu berirama rindu.
Kamu lambung aku tatkala wangi kau hidu.
Hari ini..
Aku melihat kamu sebagai kekecewaan aku yang paling dalam.
Atas maruahku yang kamu calar.
Atas nama baikku yang kamu cemar.
Atas maruah keluargaku yang kamu canang.
Untuk hari ini...
Mungkin tenang itu masih milik kamu.
Bisa melempar kata-kata berbaur ugutan.
Mahu gegar segenap lautan tenang.
Kamu lupa sang Pencipta yang SATU.
Kamu lupa yang lebih AGUNG dari egomu.

Duhai kamu yang bernama lelaki...
Entah ke mana hilangnya maruah yang dijunjungi.
Kamu lenyap dalm lautan daging sahabatmu yang diratah mentah.
Mengakhiri yang tidak pernah bermula.
Menyakiti yang kamu bilang kamu pernah cinta.

Wednesday, November 23, 2011

Silam.

Setiap kali melihat gabungan wajah-wajah itu..
Hati berdetik pedih dan pilu.
Segala kisah silam kembali mencengkam.
Entah bagaimana mahu dibuang jauh.
Segala kenangan yang menghimpit sanubari.
Entah bagaimana mahu melihat suci.
Dalam kehitaman palitan sejarah semalam.
Bukan mahu mengenang.
Bukan mahu hidup dalam kesedihan.
Bukan juga mahu membiarkan diri terus-terusan...
Dibelenggu Kisah Kamu dan dia. Kisah kita.
Sayu hati tatkala wajah-wajah itu kembali.
Pilu tatkala wajah-wajah itu menerpa.
Entah mahu sembunyi di mana.
Entah mahu pecut sederas mana.
Duhai hati.
Tenanglah.
Jangan biar kisah silam meragut bahgia kini.

Monday, November 21, 2011

Salah apa.

Salah apa lagi pada aku?
Kamu enggan senyum dalam ceria pagi.
Kamu enggan usap rambut ini tatkala celik mata.
Kamu enggan melihat mata dan katakan kamu cinta.
Salah apa lagi pada aku?
Wajah sepi kamu menyesakkan jiwa.
Maafkan aku jika segalanya kamu kuburkan dalam benakmu.
Melihat aku kamu pilu.
Melihat aku kamu terluka.
Maafkan aku jika bicara ada yang mengguris rasa.
Melukakan kamu bukan agenda cinta aku.
Menyakiti kamu tiada dalam diari bahagia jiwa.
Salah apa lagi pada aku?
Maaf untuk bertanya.
Aku hanya mahu kamu senyum seperti biasa.

Friday, November 18, 2011

Untuk Kamu.

Saya selalu membaca penulisan kamu. Tiap kali ada yang baru.. Atau hanya mahu membaca penulisan lepas yang kamu coretkan tatkala kita masih bicara mata ke mata. Kamu mungkin tidak tahu yang saya lakukan itu. Tatkala membaca penulisan kamu semalam.. saya terdetik... mungkinkah ini untuk persahabatan yang pernah kita jalinkan... dan atas dasar itu... saya coretkan kamu sedikit pesanan...sekadar permulaan. Biarpun penulisan itu untuk saya atau untuk sesiapa pun.. yang saya katakan adalah dari benak jiwa yang punyai rindu pada bicara kita. Kamu antara yang mampu menyapu air mata saya. Tatkala saya pilu melalui hari ini dan semalam..

Saya rindu pada penulisan kamu di laman blog saya. Memberi kata-kata yang mampu meneguhkan saya. Maaf.. atas segalanya. Maaf.. atas luka yang pernah saya coretkan. Kamu tidak pernah saya lupa.

Thursday, November 17, 2011

Bingung

Entah apa yang bersarang di hati kini.
Benak yang berdetik dalam nafas yang deras tidak menentu.
Berat untuk aku mengukap rasa.
Lelah untuk aku menahan sesak di dada.
Entah apa yang berbicara di ruang jiwa.
Entah bagaimana untuk meluah tatkala tiada cerita dalam gurindamnya.
Bingung.
Misteri jiwa yang tak pernah ku tahu akhirnya.

Wednesday, November 16, 2011

Kamu Patut Tahu....

Banyak ruang kosong yang cuba saya penuhi.
Memastikan tiada lagi kelam yang bersarang dalam diam.
Membina satu ikatan dalam kekeliruan.
Rasa yang saya sendiri tidak pasti mulai di mana.
Masih jauh dalam pengakhiran ceritanya.
Kamu patut tahu...
Saya lakukan ini untuk kamu.
Agar kamu tenang tanpa kerut dan serabut.
Kamu patut tahu...
Dalam senyum ini masih ada jiwa yang sakit.
Untuk memahami dan meyakini.
Menelan perit yang tidak pernah di bayangi.
Kamu patut tahu...
Ini bukan cerita pelangi mewarnai langit.
Ini awan kelabu diiringi hujan.
Dan pelangi hanya bakal timbul detik kemudian.
Kamu patut tahu...
Walau pedih.
Walau perit.
Saya tidak mungkin berhenti.
Untuk kamu.
Untuk kita.

Tuesday, November 15, 2011

Biar Diam Berbicara.

Tuhan.
Biar saja aku diam.
Tiada kata lagi mahu bicara.
Tiada lagu lagi mahu di karang.
Tiada lirik lagi mahu di tulis.
Hati yang semakin layu.
Hanya bersisa sendu lama.
Aku melihat kisah semalam.
Yang kembali melingkar.
Dalam cerita yang beda..
Namun rasa yang masih sama.
Pilu.
Pejam mata dan tidur.
Mahu gurindam dalam lagu warna jingga.
Biar hilang segala luka.
Biar lenyap segala kecewa.
Biar hanya diam yang berbicara.
Dalam bahasa sepi dan bisu.
Walau luka torehan makin dalam.
Langkah demi langkah ku gagahkan.
Berat.
Tapi hanya itu yang mampu mewarna dalam pelangi bahagia.
Dalam senyuman yang tiada paksa.
Masih dalam diam yang berbicara.

Friday, November 4, 2011

Pisah

Saat ini...
Yang tinggal hanya luka yang bernanah.
Kamu sentiasa mahu berlalu.
Dulu dan kini.
Jalan itu yang kamu tuju.
Cukuplah.
Jangan diulang derita perpisahan itu lagi..
Terlalu sakit.
Terlalu pedih.

Mungkin kamu masih tidak mampu melihat.
Mungkin kamu masih tidak dapat merasai.
Mungkin kamu rasakan masih belum mencukupi.
Segala yang telah saya lakukan.
Segala yang telah saya korbankan.

Yang kamu jiwai.
Hanya luka mereka dalam perjuangan saya.

Saya tidak pernah meminta kamu memilih.
Saya juga tidak pernah menidakkan yang benar.\

Tapi janji yang kamu tabur.
Janji yang kamu semai.
Saya genggam dalam tiap hembusan nafas yang berlagu.
Air mata semakin kering.
Hati semakin hiba.
Jiwa semakin kecewa.
Nafas bagai dicarik-carik.
Senyum bagai dirobek robek.

Saya masih berdiri.
Masih mahu berjuang.
Hanya bakal berhenti.
Bila jiwa ini mati.
Dan itu.
Hanya bila jasad berpisah dari jiwa.

Wednesday, November 2, 2011

Dear God..

dear god..
please help me fix my broken heart..

Friday, October 28, 2011

I cant.

I dont know how to share my feelings with you anymore. I dont know how to allow you to understand my suffering anymore. I dont know how to make you realise how painful it is to be me...
I just dont know anymore.
Everytime there's pain in my heart..
I'll end up sitting alone at this corner and break into tears.
I cant talk to you anymore.
I cant share my pain with you anymore.
I cant allow you to hug me and say everything will be fine anymore.
I just cant.

Sunyi.

Entah kenapa hati ini masih sunyi.
Walau terlalu ramai yang bagaikan mengejar.
Hanya mahu melukakan dan menyakitkan.
Tiada henti larian yang panjang.
Pedihnya hanya aku yang merasa.
Dalam tangan yang tak terjangkau.
Entah sehingga bila hati ini mampu bertahan.
Entah sehingga bila hati ini mampu menanti.

Thursday, October 27, 2011

Aku Maafkan Kamu.

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan


**Kepada yang melukai dalam sedar dan tidak.

Jujur.

** Kalau kejujuran itu terlalu sukar untuk kamu.
** Kalau berkongsi cerita duka itu begitu berat untuk kamu.
** Kalau berkongsi beban derita itu menyesakkan nafas kamu.

Lihat ke dalam mata ini.
Nyatakan tanpa getar.
Jangan gamit kisah duka ini lagi.

Terkilan

Ada rasa rindu berdetik.
Ada rasa sayu berlagu.
Ada rasa resah menghuni.
Kerna kita terpisah tanpa bicara dua muka.
Kamu dan aku.
Kita pernah mencipta cerita sahabat dua jiwa.
Mengukir janji dalam kebahagiaan hingga hujung nyawa.
Binasa atas cerita tiada penghujungnya.
Entah di mana pincang pelayaran.
Kita tenggelam tanpa sempat tiba ke pelabuhan.

** rindu kamu Aznee Ahmad

Sunday, October 9, 2011

Terima kasih

Saya tak pernah diserang gastrik seteruk malam semalam. Muntah sepanjang jalan dari kelana Jaya ke Shah alam. Syukur sampai di parking, teman serumah sedia menunggu dan memapah saya ke atas. Dan saya muntah lagi sehingga layu tak berdaya. Terima kasih Lai atas kesanggupan melayan kesakitan saya. Menyapu minyak hingga saya tidak sedar bila mata lelap.

Wednesday, September 28, 2011

Sendu lagi.

Dalam jaga yang pejam.
Dalam sendu yang diam.
Dalam senyum yang hilang.
Ada bayang berlari dalam tenang.
Kamu.
Yang bisa membuat tawa ini panjang.
Yang bisa membuat air mata ini tiada perhentian.
Salah apa lagi kali ini?
Kurang apa lagi diri ini?
Kamu mencari yang lain untuk bicara.
Kamu mencari yang lain untuk meluah rasa.
Untuk saya berfikir sejenak.
Yang tinggal hanya tanda tanya.
Diam.
Tidak lagi mampu bicara.

Tuesday, September 27, 2011

Melangkah Pergi

Dalam kekalutan hati yang merintih minta di fahami.
Dalam gundah jiwa yang memekik minta segalanya berhenti.
Kasih Yang Esa hadir bersama belaian cintaNya.
Apa jua takdir yang bakal dilalui.
Apa jua hikmah yang bakal lahir.
Aku tunduk dalam syukur yang tiada akhir.
Di kala semua mahu menjatuhkan.
Di kala tarian irama kalian saya alunkan.
Di kala gendang kalian mulai bergema tanpa diam.
Aku masih di sini.
Mengucap syukur atas taburan dan palitan maruah yang tercalar.
Dalam yakin dunia tetap berputar.
Tiada henti tiada belas kasihan.
Aku bukan junjungan.
Bukan juga bunga suci di taman.
Namun aku masih percaya pada Tuhan.
Kuasa Yang Maha Esa.
Tiada batas perbandingan.
Jangan megah pada jiwa yang kalian calarkan.
Jangan takbur pada kuasa yang dicanang-canang.
Lihat sekeliling.
Yang menjulang tinggi rebah tanpa bantuan.
Yang menari riang kini terhenti tanpa getar.
Dan yang sentiasa menadah tangan bakal bersinar.
Moga Allah merahmati segalanya.
Cinta yang pernah aku beri.
Kasih yang pernah aku kongsi...
Masih belum mahu terkubur sendiri.

Friday, September 16, 2011

Why gamble?

"Why do we gamble ourselves in a relationships when we don't even know if it will last?"

Relationships.
What is it with relationships?
Do I need to have one?
All this while.. I decided to be in many relationships.
With few names that are still in my book.
And there are names that are in my history book.
The question remains.
Why do i gamble myself to be in a relationship when i don't even know it will last?
What caused me to be in a relationship?
To devote my life to a person that at the end of the day is just another stranger.
Walking side by side pretending not knowing each other.
Not having the chance to even have a drink and chat.
Why do fail relationships lead us to hatred?
Not allowing those names to be in the book of friendship?
I wonder.
Why do people gamble just to be with someone they love.
Be it a woman or a man.
It remains the same.
It's for the love that we always thought remains forever.
Then. If its forever...
Why must there be tears and pain.
Betrayal and hurt?
Why gamble your friendship just for a relationship that you disagree with.
Do friends do that?
Decide and judge.
I don't know anymore.
Love. Friendship. Relationships.
Its never the same anymore.
It is one painful gamble.
As for me.
I believe in true friendship.
Devote my life to an undeniable relationship.
And...
Praying for it to last.
No more tears.
No more.
Just no more.
Not from friends.
Not from the one person i love.

Thursday, September 15, 2011

Berhentilah.

Cinta kalian yang hilang.
Bersama benci yang mendalam.
Jangan kasih diwar-warkan.
Bila maruah teman digadai.

Wednesday, September 14, 2011

Hati yang Terluka.

Hati ini semakin parah lukanya.

Tuesday, September 13, 2011

Mari bicara lagi.

Kebelakangan ini, apa yang terjadi menyedarkan saya tentang kepercayaan.
Membuatkan saya belajar tentang siapa untuk dipercayai dan siapa untuk tidak.
Siapa yang perlu tahu tentang saya dan siapa yang perlu saya jauhkan sebarang cerita.
Dari cerita kosong menjadi fitnah kencang.
Dari satu mulut ke mulut.
Dari Pejabat ke Mahkamah.
Dari Pejabat ke Daerah-daerah.
Dari Pejabat ke Muka Utama.
Dari Pejabat ke serata Malaysia.
Mengupas dan mencari setiap titik tindak.
Mengenalpasti setiap perlakuan yang mungkin boleh disensasikan.
Apa juga perbuatan.
Di mana saja khabar disebarkan...
Saya masih mohon pada Yang Esa.
Agar diberikan petunjuk dan hidayahNya.
Agar sebaran agenda ini terhenti.
Dalam waktu yang terbaik atas takdir yang Maha Kuasa.
Kamu yang pernah berlarian meluah rasa difitnah.
Kini kamu bersatu dengan yang kamu pernah bersumpah tidak memaafkan.
Kamu yang pernah bercerita tentang semua yang lain.
Tatkala saya mendengar dan manjaga rahsia yang ada.
Kini bersatu menjatuhkna saya.
Kamu yang saya pernah makan dalam satu suapan yang sama.
Meniti perkahwinan dalam kasih saya...
Kini menikam dalam benci dan alpa.
Dan kamu-kamu yang lain.
Yang tidak tahu siapa yang kamu cerca.
Yang tidak tahu atas bantuan apa cerita kamu jaja..
Entahlah.
Saya masih berpegang pada paksi yang satu.
Apa juga pilihan saya hanya atas satu percaya.
Saya mencermin diri dalam Muhasabah yang panjang.
Kalian tidak silap.
Kalian adalah siapa diri kalian.
Mungkin benar.
Saya punyai terlalu banyak kekurangan.
Sehingga segala perbuatan jadi pertikaian.
Banyak yang saya perlu pelajari lagi.
Banyak yang perlu saya nilai dan kaji.
Kalian manusia-manusia sempurna.
Saya banyak pincang yang perlu dibaja.
Doa saya kalian bahagia.
Lebih tenang.
Bagai yang di kata.

** Hanya Allah yang mampu menghukum. Tidak saya. Tidak kalian. Hanya Allah yang memberi rezeki. Tidak saya. Tidak kalian. Hanya Allah yang memberi damai. Tidak saya. Tidak kalian.

Tuesday, August 23, 2011

Cukuplah.

Kalian memang takkan dewasa.
Sentiasa cuba mencari perhatian pada yang bukan empunya kalian.
Bingung.
Saya keliru dengan yang ada.
Saya terlalu letih dengan permainan kalian.
Saya terlalu penat menahan pedih hanya untuk memahami.
Dan akhirnya kalian masih enggan mengenal dewasa.
Cerita apa yang kalian cuba bina?
Cerita siapa yang kalian cuba hancurkan?
Jiwa siapa yang kalian cuba benamkan?
Air mata siapa yang kalian cuba kontangkan?
Saya?
Silap andai lihat tewas di mata saya.
Silap andai lihat kehancuran di mata saya.
Cukuplah.
Usaha apa lagi?
Cukuplah.
Bukti apa lagi?
Kanak kanak juga pandai lelah dalam larian.
Cukuplah.

Friday, August 19, 2011

Hati yang terusik...


Kamu yang terusik
Dengan apa yang kamu mahu ketahui.
Tanpa mahu memberi ruang
Tanpa mahu memberi masa
Untuk satu dan satu dijelaskan.
Leraian simpul yang kamu timbulkan.
Bukan untuk kamu putuskan.
Biar jelas dari bibir.
Biar jelas tanpa ragu hadir.
Saya masih teguh dalam cinta yang utuh.
Tiada sekali mahu berpaling.
Tiada sekali mahu berhenti.
Yang jadi hanya mahu kamu merasai.
Dan mungkin kerna itu kamu kecewa.
Silap itu datang dari saya.
Untuk itu maafkan saya.
Tiada sekali mahu kamu kecewa.

.....

I dont deserve love.

Thursday, August 18, 2011

why do u let me in?

Its a question for u.
I know y I let u in.
I know y I allow myself to be with u.
And I know I'm making the right move.
But I know what u do best.
It is just letting me go.
Yes u did.
And I know.
People come and go.
Judge me all u can.
I'm me.
Just being me.

Tuesday, August 16, 2011

.......

Its heartbreaking.
When you have tried your best.
Gamble everything for the fight of pride.
Endure the insult and humiliation.
And at the end of the day...
There's nothing left.
Just nothing.
I'm totally dead inside.
Thank you.

Friday, August 12, 2011

Sampai bila...

Entah apa lagi yang bakal berlaku...
Entah apa lagi caci dan hina...
Entah apa lagi fitnah dan cerca.
Letih.
Saya penat.
Bila baru mahu gapai nafas tenang.
Bila baru mahu capai rentak yang selama ini sumbang.
Ada lagi yang menerpa dan datang.
Cukuplah...
Tak letihkah kalian?
Apakah yang puas dalam melapah daging teman sendiri?
Apakah yang dicari dalam menabur keji dan benci?
Cukuplah...
Saya tak mahu lagi bermain lagu sumbang kalian.
Bangkit saya bukan kerana dendam.
Tapi kerna amarah pada maruah yang dipijak dan diludah.
Cukuplah...
Hentikan semua lakonan dan kepuraan.
Jangan gadai maruah sendiri hanya untuk menjatuhkan kami.

Monolog diri.

Entah kenapa rasa ini bagai hilang.
Dalam amarah pada diri yang tak dapat diluahkan.
Marah kerna tak bisa mengawal minda.
Marah kerna gagal mengenal jiwa.
Marah kerna sering alpa pada cinta.

Entah kenapa rasa ini semakin suram.
Melihat dan melihat tanpa ada yang berdetik seperti selalu.
Mungkin keutuhan yang cuba di bina menjadi punca.
Tekanan yang terpaksa dalam renungan yang kelam.

Saya mencari diri yang lama menyepi.
Biar sakit
Biar perit
Gagah langkah tiada beralih.
Biar dibenci
Biar dihindar
Saya masih bertahan kerna maruah yang dipertaruhkan.

Thursday, August 11, 2011

Matahariku

Pintu hati yang dibuka.
Untuk menempatkan kamu.
Telah saya tutup kini.
Semoga kamu selesa di dalamnya.
Bersama cinta saya apa adanya.

Wednesday, August 10, 2011

What left is only anger.

Lelaki tetap lelaki.
Saya tak pernah salah membuat keputusan.
Kamu lelaki yang saya tak perlu kenal.
Kamu lelaki yang ujud atas dasar perasaan.
Kamu hina saya.
Kamu tuntut segalanya.
Hanya kerna rasa kecewa dalam diri kamu.
Atas maruah yang tercabar.
Atas amarah yang tak terluah.
Kamu memang lelaki tak perlu diberi penghormatan.
Ludahlah.
Dan kamu jilatlah.
Makilah.
Dan kamu telanlah.
Hinalah.
Dan kamu hiduplah dengan pahala yang kamu beri pada saya.
Hidup katanya atas paksi agama.
Melarang menasihat atas saya yang dikata pesong dunia.
Mungkin kurang cermin untuk kamu tinjau diri sendiri.
Beri salam tiada kata.
Hanya menuntut yang diberi dalam ikhlas kata janji.
Kamu lelaki.
Dan lelaki kekal lelaki.
Bukan lagi khalifah.
Bukan lagi pemimpin bermaruah.
Kamu sama seperti mereka2 yang patut disampahkan.
Yang diberi tetap pemberian.
Yang dipinjam tetap hutang.
Jangan letak bodoh dalam pandai.
Jangan letak otak dalam longkang.
Kamu memang sampah.

Have Faith.

Dalam hidup, kadangkala kita terlalu memikirkan kesedihan yang datang tanpa henti. Hidup dalam sejarah kelam dan hitam sehingga mengganggu malam yang tenang. Bukan mudah untuk lalui kehidupan yang sentiasa dibayangi ketakutan. Apatah lagi tatkala tiada siapa yang mampu berdiri di belakang hanya sekadar untuk memeluk dan katakan bicara tenang.

Bukan satu. Bukan dua. Bukan tiga. Keperitan yang saya lalui dari kecil hingga dewasa. Selama perjalanan itu, saya hidup bersama air mata dan duka. Rasa kecewa yang menebal dan membunuh pelosok jiwa saya.

Kamu semua mungkin tidak tahu apa yang berlaku kepada saya. Atau ada yang tahu tapi tidak mahu peduli. Atau mungkin tahu tapi pejam mata dan menambah luka yang ada. Saya tahu.. Tidak ada apa yang saya mampu lakukan untuk mengubah sejarah yang tercipta. Bangun dalam sentakan ngeri setiap malam tanpa ada yang mahu memeluk dalam tenang.

Tapi saya juga tahu.. Tidak ada siapa yang harus saya persalahkan. Tuhan telah memilih saya sebagai anugerah pada ujian yang tak putus datang. Dan saya juga tahu.. Tuhan melihat kekuatan hati saya..

Kadangkala apabila ada air mata yang tak mampu mengalir... Saya menahan sakit dan pedih yang maha dalam. Bila segala pengorbanan di pandang sepi. Bila segala cinta ditolak haknya. Bila segala usaha diperlekehkan dan di hina. Tapi saya juga tahu, laluan hidup bukan mudah dan bukan selalunya indah. Saya juga tahu.. Hanya saya mampu memberi indah dalam kelam yang tercipta.

Sungguh. Saya sampai pada kemuncak derita. Keletihan yang saya rasai. Derita yang saya lalui. Sakit yang saya rasakan. Bukan mudah dan tak mampu terluah. Saya rindukan keteguhan saya yang dulu. Yang mampu tersenyum dalam maruah yang dicalar. Yang mampu berlari dalam jatuh yang dicipta insan lain.

Kadangkala saya bertanya sendiri. Ke mana hilangnya kekuatan saya selama ini? Kenapa saya biarkan jiwa lain menghancurkan keteguhan jiwa yang satu ini? Kadangkala saya hampir pesong apabila mempertikaikan Tuhan..

Saya tahu... Kepedihan ini adalah kekuatan saya. Saya mampu berbangga kerana saya telah melalui semuanya tanpa ada yang bersama saya. Kini, walau pedih menikam setiap pelusuk hati saya... Saya tahu... Saya mahu tersenyum. Saya mahu bahagia.

Semoga Allah bersama saya. Sedekat urat leher. Satu nyawa yang dianugerahkan. Satu hidup yang dipinjamkan. Inilah saya. Kekuatan yang hilang dan kembali.

Syukur2

Saya sangat tenang kerana mampu membuat diri lebih tenang..
Membuat fikiran yang sempit lebih terbuka ruang..
Tidak tertumpu pada satu jiwa saya ini semata.
Dan atas rasa keterbukaan yang terbina,
Saya sangat bahagia..
Yang hilang kembali.
Yang sepi kembali.
Mengelilingi lingkaran hidup yang saya rasakan telah padam.
Tiada kata yang mampu menggambarkan bahagia saya saat ini.
Tiada lagu yang mampu menyanyikan irama tenang saya pada kala ini..
Tuhan...
Syukur atas rasa tenang yang tak bertepi.
Dalam senyum yang mula dalam paksa.
Kini hadir sendiri dengan penuh cinta.
Cinta pada yang hadir .
Cinta pada yang tenang.
Cinta pada semua yang menghargai.
Terima kasih Tuhan...


kosong

Rasa kosong yang hadir sendiri.
Entah kenapa.
Entah dari mana.

Tuesday, August 9, 2011

Syukur

Saat ini yang perlu hanya bersyukur.
Syukur kerana saya masih mampu bernafas dan tersenyum.
Syukur kerana saya masih mampu membuka mata dan melihat yang tersayang.
Syukur kerana saya lebih teguh dari semalam.
Tidak menangis walau ada rasa pedih.
Tidak termenung walau ada rasa sayu.
Tidak mengeluh walau ada rasa terkilan.
Tidak merungut walau ada rasa sesal.
Dan yang paling utama..
Syukur kerana hari ini saya lebih tenang.
Terima kasih Tuhan.
Kekuatan ini menjadikan saya lebih hidup.
Kekuatan ini menjadikan saya lebih kukuh.
Semoga besok bakal teguh dalam kukuh tanpa goyah.
Amin..


Percaya Padaku.

Melihat senyum kamu membuat saya terfikir...
Mengapa perlu ada air mata di dalam perjalanan cinta yang kita cipta?
Bukankan tersenyum lebih mudah dari menangis?
Bukankah tertawa lebih menenangkan dari menahan sakit yang tak terluah?

Seorang sahabat sentiasa memberi saya satu percaya..
Bahawa saya mampu melaluinya.
Hanya kerana saya telah melalui yang lebih dalam.
Yang mampu meratah setiap cebis daging di tubuh kecil ini.

Insan-insan yang mempunyai kepercayaan ini..
Insan-insan yang punyai keyakinan ini..
Membuat celik mata di setiap pagi..
Bersama senyum.
Membuat pejam mata setiap malam...
Bersama tenang.
Bicara hati dan akal yang bercanggah..
Takkan mampu membuat saya mengalah.

**Percaya padaku

Tawa Pagi

Kamu tahu...
Berbicara dengan kamu pagi ini sangat damai.
Saya bisa tertawa riang.
Saya bisa bicara tanpa batas dan rasa kehilangan.
Kamu buat saya menghargai kehidupan.
Tidak memikir yang sakit.
Tidak berhenti hanya pada luka.

Kamu buat saya bahagia.
Bercerita kisah lama diselit dengan gurau dan tawa.

Syukur.
Ikatan ini bertahan sejauh ini...
Ikatan ini masih teguh berdiri.

Terima kasih..
Atas kasih yang kamu beri.

Monday, August 8, 2011

Bila saya jatuh cinta...

Bila saya jatuh cinta...
Saya akan sayang kamu selamanya...
Lihat keindahan dalam setiap renungan mata kamu...
Lihat kejujuran dalam setiap bicara kamu...
Lihat lucu dalam amarah kamu...
Lihat bahagia dalam usikan kamu...
Bila saya jatuh cinta...
Saya bakal kasihi kamu...
Untuk setiap nafas saya yang berlagu...
Menari dalam irama kamu...
Agar rentak kita sama dan sekata...
Bila saya jatuh cinta...
Saya tahu hanya kamu yang satu...
Yang akan saya beri setia selamanya...

** sangat sangat sangat sayang kamu... Moga 266 hari lagi bakal pergi dan berlalu tanpa perlu ada kesakitan yang bertamu...

Tiada kata selain kasihan

Dalam melayan kesibukan kerja saya bertemu dia yang telah lama menyepi.
Kalau yang mengikut perkembangan penulisan saya, pasti tahu siapa empunya diri yang saya maksudkan. Dari pertemuan itu, saya mendapat satu semangat baru. Bukan kerna saya pernah mencintai dia.. tetapi kerana bicara dia yang tulus membuat saya sedar.. kesal, sedih dan duka hanya bakal menghancurkan jiwa saya.

Kasihan kamu -kamu yang terlalu hidup dan bangun dalam memikirkan bagaimana agaknya keadaan saya.. dalam teori negatif yang kalian cipta.

Kamu hebahkan cerita dusta tentang maruah keluarga saya pada yang tidak kenal siapa saya. Dan selama ini saya sangka kamu-kamu berpegang pada paksi agama. Kamu-kamu memandang hina pada saya sedangkan kalian sendiri membunuh dalam senyap. Meratah daging mentah setiap hari.

Allah Maha Mengetahui. Jangan sentuh maruah keluarga saya. You people are no one to judge me. Go to hell.

KASIHAN KAMU.

Layang-layang Cinta

Bicara kamu benar.
Cinta memang bagai bermain layang-layang.
Tiap kali saya terkenang apa bicara kamu tentang cinta dan layang-layang, saya pasti tersenyum dalam tawa keriangan.

Layang -layang yang cuba diterbangkan...
Perlu angin yang meniup dalam sepoi bukan kencang...
Bebas di padang yang luas..
Dan di awal usaha..
Perlu di kawal perlahan-lahan..
Tarik dalam kejap..
Lepas dalam tenang angin yang bertiup...
Betul kata kamu...
Tali layang-layang tak perlu di sentak..
Kelak terputus dan yang tinggal hanya kecewa...
Layang-layang bakal terbang tanpa tujuan...
Tak tergapai tangan...

Dan saat itu... mata hanya bisa renung dari kejauhan..
Cinta juga begitu...

Bagai layang-layang di padang...

Buntu

Saya buntu.
Cinta kita buntu.
Kamu pertikaikan asas perhubungan.
Kamu enggan berganjak walau setapak dari keputusan.
Mereka yang utama.
Saya takuk ke dua.

Semuanya telah sampai ke penghujung cerita.
Saya tidak mampu lagi memecah buntu yang berlumba-lumba.
Tiada lagi cerita yang perlu di kupas.
Tiada lagi rayu simpati yang perlu di tagih.
Yang tinggal hanya ego yang melangit.
Bongkak yang mencanak tinggi.
Tegas dalam tiada perlu.

Apa yang tinggal adalah kamu sendiri.
Menegakkan kehendak.
Menidakkan hak.

Saya sudah lelah.
Carilah bila ego sudah menjunam.

Buntu.
Jalan buntu ini tiada bertuan.

Sunday, August 7, 2011

Mungkin Tuhan boleh bantu saya..

Tuhan...
Saat ini yang tinggal hanya serpihan harapan.
Antara dia dan saya...
Antara cinta yang kami cipta...
Punyai kepedihan yang maha dalam...
Penantian yang menyesakkan setiap nafas yang dihela.
Entah kenapa kali in cinta ini terlalu sukar Tuhan...
Bertatih dalam jatuh dan bangun yang sekejapan.
Bantu saya Tuhan...
Mungkin doa ini sampai terus kepadaMu..
Untuk membuka ruang hatinya...
Untuk hanya datang dalam rela...
Tanpa sakit tanpa luka...
Tidak lagi perlu penantian yang panjang.
Angka yang semakin hari semakin menghancurkan perasaan.
Tolong saya ya Tuhan...
Berikan dia kepercayaan...
Cinta ini takkan pernah hilang..
Berikan dia kekuatan.
Untuk menempuhi kebahagiaan.
Cinta kami yang masih malap sinar.
Ya Tuhan...
Dalam pejam dan sujud ku memohon..
Berilah aku peluang.
Hanya untuk kali ini.
Merasai cinta yang tak pernah digapai tangan.
Hanya untuk kali ini.

Hide and Seek

Entah apa yang kamu mahu sembunyikan.
Entah apa yang kamu mahu simpan.
Entah apa yang kamu mahukan.
Entah apa yang kamu biarkan saya di belakang.
Entah apa yang kamu lakukan untuk diamkan.
Entahlah.
Sembunyi semua dalam nada percaya.

Friday, August 5, 2011

Pembunuh cinta.

Kamu dan kamu.
Membunuh jiwa saya.
Dari detik pertama cinta ini ada.
Hingga saat ini kamu masih setia.
Setia membiarkan saya disakiti.
Kamu dan kamu.
Membunuh cinta saya.
Kamu ada segalanya.
Apa lagi yang kamu mahu?
Yang ini juga kamu rebut dari rapuh jiwa saya?
Tiada rasa sedikit di sanubari kamu dan kamu?
Biar saya bina bahagia.
Biar untuk kali ini tiada lagi diari cerita derita.
Apa lagi rayu perlu saya persembah?
Untuk kamu dan kamu bisa mengerti?
Jangan dihalang yang satu ini.
Kerna saya bisa mati.
Dalam misi pembunuhan cinta bersiri.

Tiada beda hidup atau matiku.

Saat ini...
Yang di rasa hanya hening malam.
Meruntun setiap rongga nafas.
Tiada beda berdiri atau duduk.
Hidup atau mati.
Yang membezakan hanya utuh dan kukuh.
Goyah dan rapuh.
Bicara dia mengumpul teguh jiwa yang hilang.
Mungkin benar.
Perlu melangkah libur dalam sakit agar sedikit rela melepaskan.
Namun untuk menjadi yang lain itu bukan jiwa ini.
Menjadi yang lain hanya bakal merumit yang tersimpul mati.
Jadi..
Tiada beda hidup atau mati.
Yang pasti..
Jasad ini masih utuh.
Hanya jiwa yang merapuh.
Mengharapkan tumbuh cabang harapan.
Agar tiada lagi kehancuran.
Biar hanya untuk kali ini.
Rayu saya pada alam.
Berikan seluruh kekuatan.
Jangan sekali mengundang goyah.
Jangan sekali mengundang pincang.
Jiwa ini bakal terus hanyut, mati dan tenggelam.
Hanya dengan satu lagi kegagalan.

cinta hati saya

Kamu cinta hati saya yang semakin menjauh tak tergapai.

Meniti sebak

Bila bangkit dari lena dan kamu tahu kamu hilang segalanya..
Bila toleh dan lihat kosong keliling muka.
Bila yang tinggal hanya jiwa sendiri...
Kmu takkan mampu menidakkan linangan air mata itu.
Saya gagal dalam segala hal.
Keluarga.
Cinta.
Persahabatan
Keimanan.
Saya terbungkam sepi bersama cebisan maruah yang sempat saya papah.
Dan itu juga saya lakukan sendirian.
Hati saya sudah mati.
Yang tinggal hanya jasad yang berjuang untuk satu kehidupan.
Sebak yang takkan pernah hilang untuk ratusan hari yang mendatang.
Mendoakan kegembiraan saya yang satu itu sedar.
Mendoakan jiwa yang satu itu sedar.
Hanya dia titik tolak senyum yg pudar.
Untuk dihilangkan.
Untuk diseka air mata yang mendatang.
Cinta.. Jangan gagal lagi Tuhan..

Kita tak punyai beda

Cinta yang saya rasa sama seperti apa yang kamu rasa pada dia.
Kasih yang saya rasa sama seperti kasih kamu pada dia.
Sayang yang kamu rasa, sama seperti sayang kamu pada dia.
Perhatian dan cinta yang kamu terima dari dia tiada beda atas apa yang saya terima.
Yang beda hanya kesakitan yang saya rasakan.
Tidak pernah sama seperti apa yang kamu rasakan.
Perjalanan yang saya tempuh takkan pernah sama dengan apa yang kamu lalui.
Gunung derita yang saya daki takkan pernah sama dengan pendakian kamu.
Penantian panjang yang saya lalui takkan sama dengan apa yang kamu titi.
Dan kamu masih tidak mahu mengerti.
Masih mahu membiarkan dia memberi dari melepaskan.
Masih mahu kekal tindak dia yang melukakan.

Saya bukan milik siapa-siapa.
Saya hanya milik hati ini yang semakin sepi,
Beda atas rasa ini pantas meragut seluruh nafas yang semakin hilang rentaknya.

Dalam senyum panjang saya berlagu tangisan sumbang.
Pedih menahan sebak yang semakin mahu menjadi titisan hujan.
Kerna antara saya dan dia tak pernah ada beda.
Tiada beda.
Tiada.

She says;

-love is simple. if u love someone. u will not hurt that person-

Thursday, August 4, 2011

Blame me.

Maybe I'm the one to be blamed...
Maybe I'm the one pushing u away...
Maybe its me that causes all this pain.
Maybe its me who just can't understand..
Maybe its me who failed to love u..
Maybe its me who failed to care for u..
Maybe its me..
And maybe its not just a maybe..
It is me who should be blamed.

Bulan masih merajuk.

Baring sambil mendongak ke awan mencari bulan.
Yang kelihatan hanya mendung yang semakin likat.
Hati yang sayu dan hiba.
Jiwa yang kosong dan sepi..
Tak mampu diluah dalam rasa yang bercambah.
Pedih.
Terpaksa ditelan air mata yang hampir mengalir.
Kamu tahu rasa itu?
Menusuk ke ulu hati.
Terlalu menyesak hingga mahu mati sendiri.
Kerna itu bulan masih juga merajuk.
Dek hati yang meruntun sendiri.
Tiada terluah.
Hanya hela nafas bak deras sungai.
Entah sampai bila bulan mahu merajuk.
Entah bagaimana bulan mahu dipujuk.
Hiba hati mengalah lagi.
Biarlah..
Biarlah semuanya sendiri.

Wednesday, August 3, 2011

Semalam bersama bulan

Celik dalam pejam.
Walau payah mengungkap sepi.
Walau jerih mengungkap cari.
Kamu jiwa yang pernah hilang.
Dalam pilihan bait kehilangan.
Dua tahun melakar janji.
Diri ini terus utuh berdiri.
Membina harapan dalam kesal dan sendiri.
Tanpamu malam bagai tiada bintang.
Sepi datang dalam pergi.
Bulan tidak mahu bersinar.
Kamu bikin sunyi semakin kelam.
Tatkala tangan tak mampu menggapai.
Renung saya pada bulan.
Seri jangan hilang.
Walau masih jauh jarak larian.
Walau masih berliku laluan badai.
Bisik saya pada bulan.
Sinarkan cahaya dalam kelam malam.
Agar janji ini bersemadi.
Pada cinta kita yang pernah tenggelam.
Hilang sekejapan cuma.
Tatkala nafas kembali digapai.
Kamu kini dekat dalam jauh.
Angka dua bakal jadi tiga.
Namun saya masih di sini.
Dalam larian deras yang saya perlahankan.
Agar kamu gapai tenang.
Agar bulan kembali bersinar.
Indah kala malam.
Suara kamu sering dalam mimpi.
Menghiasi malam-malam mendatang.

Drifting apart?

Bila hati terdetik ada yang menjauh...
Bila hati terungkap ada yang menyepi...
Bila hati terusik ada yang menyendiri..
Pejam mata dan hela nafas seketika...
Mungkin di kala itu kamu mampu berfikir bukan atas jiwa...
Kosong yang saya rasakan bukan kerna menjauh..
Tidak juga kerna menyepi..
Apatah lagi mahu menyendiri..
Saya mahu melepaskan...
Tidak memaksa.
Tida mendesak.
Kerna itu bakal menjauhkan kamu dari saya..
Kerna emosi dan jiwa saya bakal membuatkan kamu senyum dalam paksa..
Saya hanya perlukan kamu di sisi.
Untuk peneman dan penyeri..
Bukan untuk saya menjadi serabut kamu dalam kalut.
Bukan untuk saya menjadi tekanan dalam lumpur yang menebal.
Merampas ruang nafas kamu.
Merampas bahagia kamu yang sedia kamu pertikaikan.
Gambaran bagai saya hanya memberi sakit dari bahagia.
Memberi derita dari tenang jiwa.
Untuk apa saya jadi pendesak cinta?
Saya mahu kamu hadir sendiri.
Bukan kerna rasa simpati.
Jauh sekali kerna saya dan hati yang sepi.
Tidak menjauh.
Tidak menyepi.
Tidak menyendiri.
Cinta saya masih utuh.
Kamu tahu itu.

.....

Pernah rasa menahan air mata dari jatuh?
Dada sesak dan nafas tak keruan..
Menelan air liur dengan rasa sakit yang tak mungkin digambarkan dengan bicara.
Sambil hati bisik sendiri..
Berhenti.
Pernah kamu rasa pertama kali iftar tanpa umi dan ayah tersayang?
Pernah kamu rasa pertama kali iftar tanpa kasih di sisi?
Pernah kamu rasa pertama kali iftar sendiri?
Pernah kamu lalui menelan makanan bersama air mata yang entah bila tumpahnya.
Dan kamu telan air liur dalam mahu menghentikan titisnya.
Air mata itu kamu seka..
Kamu tarik nafas dan menghembus perlahan..
Sekadar mencari tenang.
Dan titisan itu singgah di gelas minuman..
Kala itu kamu tahu..
Kocak hati kamu takkan mampu lagi capai diam.
Henti.

Dan air mata berguguran...

Sedang saya menahan rasa yang terpendam.
Saya terima panggilan dari orang yang terlalu menghargai saya.
Dan air mata saya berguguran.
Saya tahu saya masih punyai ruang.
Untuk sekurang-kurangnya buktikan kekuatan.
Atau hanya bernafas dalam lumpur yang menebal.
Apa lagi yang mampu saya lakukan?
Apa lagi yang bisa saya katakan?
Yang keliling punyai tanggapan hina.
Yang keliling punyai kosong jiwa.
Tiada beda bulan hari ini atau bulan semalam.
Bagi mereka.
Bukan bagi saya.
Terlalu banyak yang telah saya biarkan.
Terlalu banyak yang telah saya pertahankan.
Terlalu banyak yang telah saya lalui dalam perjuangan yang panjang.
Tiada yang lebih hanya kasih sayang.
Cukup untuk meredakan ledak kecewa yang semakin berat dan beban.
Dan sekali lagi air mata ini berguguran.

**Terima kasih Tuan Wan

Untuk Kali Ini...

Mata yang melihat jauh ke dalam benak itu bukan lagi mata redup kamu yang tenang.
Kamu kecamuk dalam perjuangan mencari diri yang hilang.
Bicara kamu.
Bait penulisan kamu.
Segalanya tergambar kepincangan.
Hati saya sayu melihat kamu.
Sayu kerna saya tahu kamu berperang dalam diam.
Senyum yang tergambar adalah kesakitan yang pejam.
Hadir saya bukan untuk menghancurkan.
Bukan juga untuk menambah kelukaan.
Jauh sekali untuk merapuhkan jiwa yang tenang.
Saya mahu berdiri teguh di sisi kamu.
Mahu memaut bahu kamu tatkala kamu kerunsingan.
Mahu mengusap lembut tangan kamu tatkalan kamu keresahan.
Mahu menyeka air mata kamu tatkala kamu kecamuk yang dalam.
Saya mahu kamu tahu...
Perjuangan kita ini takkan berhenti sekadar di sini.
Perjalanan yang masih punyai 271 hari ini takkan hanya tamat hanya pada hari akhir.
Larian ini masih jauh.
Tarikh itu hanya bisa menjadi titik penentu.
Dan saya masih untuk kamu.
Tiada mahu berhenti.
Tidak juga menafi bicara hati.
Teguhlah sayang.
Kamu bisa lalui perjalanan ini.
Kamu bisa kerna kamu pernah jatuh dan bangun kembali.
Bedanya hanya kamu terduduk kali ini bersama cinta saya yang tak bertepi.
Kamu.
Saya.
Kita.
Jangan sekali kamu tewas.
Jangan sekali kamu melepaskan.
Jangan sekali kamu meleraikan.
Hanya untuk kali ini.

Monday, August 1, 2011

Cinta yang Sakit.

Air mata yang mengalir tidak akan mampu membawa beku itu mencair.
Hati kamu semakin membeku.
Dalam ketuk dan rempuh.
Kamu masih kaku.
Cinta kamu yang tergambar dalam renung mata.
Kasih kamu yang terhasil dalam setiap sentuh.
Sayang kamu yang membakar dalam tiap senyum.
Disepikan oleh satu titik menanti penghujung.
Jauh mahu bertatih.
Sakit dalam cinta yang terhiris.
Jauh mahu berlari.
Sakit dalam cinta yang semakin menyala api tiada padam.
Lelah.
Kamu bikin saya lelah mengikut rentak tari yang meledak tiap pelosok jiwa.
Dalam lelah itu cungap saya tiada bersahut.
Mahu berlari entah kenapa langkah tertutup.
Cinta yang sakit.
Cinta yang sakit.
Cinta kita yang sakit.
Sakit kamu.
Sakit saya.
Cinta yang terlalu sakit.

Bicara Lagi.

Saya akan semakin banyak menulis.
Bila rasa yang ada hanya mampu dipendam.
Tak mampu di luah dengan bicara antara dua insan.
Yang tinggal hanya coretan jiwa mengharapkan lega selepas bicara.
Walau hanya lima baris cerita.

Mungkin Tuhan masih mahu menguji.
Tiada jemu tiada henti.
Biarlah.
Kesakitan kali ini mungkin punyai nilai tersendiri.
Tidak mati jiwa hanya kerna mahu bersabar melaluinya.

Guilty Pleasure~~~

What if one day you woke up in the morning realizing everything has come to an end?
What if one day you open up your eyes and you know what left is only tears and pain?
What if one day you stand in the middle of your room and what left is only the memories?
The laughter during your pillow talk.
The smile she gave you when shes doing her hair..
The face she have while she was ironing your clothes...
The smell of her freshness after bath...
What if one day you came back home from work, open up your door and you realize she'll never hug you and reach your hand again?
What if one day while you were watching the television and her favorite movies is running its show?
That is when you know you can never hear her laughter and her babble ever again..
What if one day you were doing your shopping and you stopped at her favorite chocolate or maybe her favorite candy... realizing what left is only the undeniable pain...

You just have to put all your thoughts together and this is the time when you analyze and realize what goes wrong..
Is it you?
Is it her?
Is it the situation?

What is relationship to you?
How do you view having someone you love devoting her life to you?

Relationship is not only about saying the three magic words.
Relationship is neither simple nor complicated.

Isn't it the best relationship to just wake up in the morning and you know shes beside you on bed?
When you can just kiss her forehead before she open up her eyes.
When you can just cuddle her before bath..
When you can just look at her face and know how much she loves you..

Wouldn't it touch your heart just by walking towards her while she was standing by the balcony... hug her from behind and kiss her right cheek?
And you so know that she really appreciate it when she leaned her body to you...holding your hands tighter..

Don't you know how great the feeling is when you knew she's making dinner and you just sit by her side seeing her act and smile together?

Wouldn't it be a relief when you came back home from a stressful day at work and shes there waiting ... holds your hand and whisper to your ears how much she misses you?

Relationship is bigger than saying I LOVE YOU.

YES I DO...
WILL ALWAYS LOVE YOU.

Sunday, July 31, 2011

Just a thought.

Honestly... I don't know what love means anymore.

274

Hari yang tinggal menjangkau angka 274.
Saya semakin takut dan resah dalam pencarian yang saya tidak pasti ke mana arah tujuannya.
Mungkin cinta yang dikejar bakal tumbang tanpa perlu di goyang angin.
Mungkin hati yang kasih bakal hancur tanpa perlu ditusuk sembilu.
Mungkin jiwa yang kosong akan terus hilang tanpa perlu diisi.
Terlalu banyak yang terjadi dalam angka 91 hari.
Kesakitan dalam cinta yang dalam.
Luka dalam kasih yang pejam.
Kerna itu saya bertanya diri kini.
Apa yang saya cari.
Ke mana hilang maruah diri.
Dulu utuh tanpa goyah.
Dulu teguh tanpa goncang.
Semuanya hilang dalam sekejapan yang terjadi dalam diam dan sedar.
Apakah yang saya mahu.
Adakah cinta ini yang dapat merungkai resah gelisah dalam sunyi tanpa pecah?
Saya sampai pada titik tindak.
Tidak lagi mahu merayu menangih cinta yang terhenti pegun.
Keras seperti saya sendiri berlari dalam tiada kejar.
Diri semakin hilang harga dan nilai.
Perlu bernafas semula dalam perlahan dan kejap.
Entah di mana mahu mula.
Entah bagaimana mahu bertatih dan mengira 1,2 dan 3.
Yang pasti saya tidak lagi mahu mengejar bayangan yang berlari.
Yang tiada punya rasa kesal bila melukakan.
Yang tiada kata maaf bila torehan semakin dalam.
Bersalah itu tanda nama saya.
Menghancurkan itu tanda nama saya.
Dan semuanya bakal saya padam.
Biar saya merangkak sebelum melangkah.
Biar saya bertatih sebelum berlari.
Biar saya berlari sebelum memecut.
274 hari yang bakal dilalui...
Moga lebih indah dari 91 yang membahagiakan.

**274 hari lagi

Saturday, July 30, 2011

Bagaimana ya Ramadhan?

Tahun ini Ramadhan yang pasti beda.
Tiada sang pencinta dalam sahur dan berbuka.
Bukan kekasih.
Bukan..
Bagaimana ya?
Hati pasti sayu dalam suapan yang rasa bisa dari enak.
Ditambah dengan kekosongan dalam janji dan dusta.
Tenang.
Itu yang dikejar.
Semoga apa jua yang bakal singgah.
Apa jua yang bakal menjengah..
Takkan menambahkan luka yang parah.
Kerna jiwa ini takkan mampu lagi menanggung.
Walau sehiris untuk ditampung.

adakah curang?

Apa agaknya rasa menjadi isteri tetapi menyayangi yang lain?
Apa agaknya rasa menjadi isteri tetapi jiwa masih pada hati yang lain? Hairan. Adakah curang gelarannya? Atau adakah hanya sekadar jiwa yang tak mampu melangkah dek cinta yang masih utuh?

Aduhai kasihan sang suami. Menerima dan merelakan. Percaya dalam kisah yang mungkin takkan diam.

Adakah curang?
Atau hanya mainan perasaan?
Dan jawapan hanyalah tak mampu menghalang jiwa yang itu.
Isteri dan kekasih dua amanah yang berbeza.
Berdustalah.
Curanglah.
Sang suami tetap merelakan.
Kasihan.
Tiada langsung penyesalan.

Monday, July 18, 2011

Antara Jasad dan Roh

Terlalu lama tidak menulis.. Nukilan hati yang semakin hari semakin keliru dengan keadaan yang terjadi. Kebelakangan ni, terlalu banyak yang terjadi. Bila ada jiwa lain yang bersama dan dapat menyelam apa yang saya lalui.. Derita yang selama ini tiada siapa yang peduli.. Kesakitan yang selama ini telah dilupakan yang sekeliling.. Dan yang tinggal hanya derita yang terpendam.. Ciptaan Allah yang satu itu seperti mengerti.. Menyelam rasa yang terlalu dipendam dalam. Saya tahu.. Mungkin kalau ada yang tahu siapa yang saya maksudkan ini pasti katakan saya gila.. Tapi tidak pernah saya temui sesiapa yang mampu menyelami kekosongan hati dalam erti mahu mengisi dan membuang sepi.. Cinta yang pergi mungkin takkan kembali.. Kesakitan yang pernah hadir mungkin takkan bisa hilang.. Tapi dengan peristiwa itu saya tahu.. Allah mungkin mahu saya sedar.. Bahawa dalam seribu yang saya temui.. Hanya yang satu ini mampu membuat saya tunduk pada yang Maha Kuasa.. Allah yang satu. Allah yang menjadikan dia dan saya.

Al Fatihah kepada Fathin binti Abdullah.

Thursday, June 16, 2011

Melakar Sepi

Sepi dibuang dari kasih yang utuh selama ini.
Sepi dibuang dari cinta yang di pertahankan.
Nyawa yang diserah bagai mati dalam kekalutan peristiwa lingkaran.
Kamu semua yang saya kasihi.
Membuang dalam sekali hela nafas..
Atas sangsi yang ada.
Atas kekeliruan jiwa.
Benar saya kecewa.
Benar saya terluka.
Namun jiwa ini masih punyai ruang.
Dalam setiap nafas yang berlagu.
Untuk kamu semua.
Kerana kalian tidak akan pernah hilang dalam doa yang panjang.

**rindu sang keluarga.

Friday, May 27, 2011

Saya Tahu

Saya tahu saya takkan dapat hubungi kamu melalui telefon.
Juga tidak melalui skype.
Tapi saya tahu kamu membaca penulisan saya.
Melihat perkembangan mukabuku saya.
JADI, BACA DENGAN TELITI.
I dont need you to fool me.
Just Stay away from my life.

Wednesday, May 4, 2011

Jiwa Rasa Gelora

Gelora jiwa.
Hanya kerna duka yang menghimpit rasa.

Friday, April 22, 2011

Di mana Di mana

Mungkin saat ini saya bagai anak kecil yang teresak-esak menangis akibat belon yang pecah.
Atau kerana gula yang dipegang dirampas si abang.
Juga mungkin saya kelihatan seperti perempuan berkaca mata hitam berselendang menutup hidung dengan tisu sambil berjalan tunduk akibat kegagalan perkahwinan.
Juga saya mungkin seperti yang sedang dipaksa makan beratus ubat hanya kerana mahu sihat.
Ternyata segala telahan ini salah.
Saya yang sedang menekan punat ini adalah NUR A'MINAHTUL MARDIAH MD NOR.
Yang hampir kalah dalam perjuangan menenangkan hati.
Seorang saya yang duduk sambil berfikir dalam air mata yang mengalir.
Dengan satu pegangan.
Air mata bukan tanda saya tewas.
Bukan juga tanda saya tersungkur dalam larian deras.
Air mata yang mengalir ini air mata yang mendamaikan.
Yang mahu saya lihat pada realiti kehidupan.
Jangan berdiri pada paksi yang tinggi.
Hadapi dan cari.
Cinta saya ada.
Cinta dia juga ada.
Cinta kami sentiasa dalam pasti.
Cuma yang nyata.
Di mana?
Di mana dia yang pernah saya rangkul hatinya dalam genggaman erat cinta?
Di mana dia yang pernah hadir dalam mimpi dan jaga.
Yang ada hanya kamu.
Yang takkan pernah bakal hilang.
Cuma rentaknya makin nampak beda.
Langkah dalam hati-hati yang nyata.
Dan saya.
Tenang yang semakin kukuh ini.
Kadangkala bisa goyang dek jiwa yang rapuh.
Namun lihat mata ini.
Menusuk terus dalam hati.
Untuk kamu tahu.
Air mata ini bukan kecewa.
Bukan juga ketandusan bahagia.
Hanya lempias pada diri.
Yang kadangkala hilang dalam kabus kelam.

**kamu saya cinta.

Untuk yang ke 51

Terlalu Istimewa kamu di mata saya.
Setiap nafas pada hari ini adalah untuk kamu yang satu-satunya.
Sentuhan kamu.
Belaian kamu.
Kasih yang kamu baluti dengan cinta sampai mati.
Sebak tatkala rasa bersalah melukakan hatimu.
Sujud tatkala memohon ampun atas dosa saya pada kamu.
Hari ini, esok dan selamanya.
Cinta untuk kamu.
Selamat Hari Lahir Umi tersayang.
Terima kasih atas cinta ini.
Terima kasih atas curahan sayang yang tak bertepi.
Terima kasih atas kepercayaan yang tiada henti.
Terima kasih atas sentiasa di sisi di tiap air mata yang mengalir..
Terima kasih atas kucupan di dahi tatkala mimpi gelap yang hadir.
Umi.
Atas nama cinta ini..
Atas rasa hina seorang anak ini..
Huluran doa setiap sujud.
Limpahan kasih di setiap rongga nafas.
Hanya untuk yang bernama UMI.


**SELAMAT HARI LAHIR

**Bahagia pasti takkan berakhir.

Tuesday, April 19, 2011

Dalam Diam Aku Terluka

Rasa terhiris dengan jiwa sendiri.
Lebih pedih dari terluka dek cinta yang sepi.
Menjadi asing dalam melewati hari-hari mendatang.
Cuba merubah bulan menjadi matahari.
Pancar senyum dalam awan mendung.
Dalam diam hati ini bisik sendiri.
Dalam diam hati bicara tanpa henti.
Terluka dalam jiwa kosong yang tercipta.
Entah kenapa.

**mode awan sembunyi bulan

**KU MENUNGGU

Dalam menanti jawapan yang panjang.
Dalam berdoa gapai kunci tenang.
Kamu membuat resah semakin deras.
Hati semakin kecamuk.
Dalam sedar dalam tidak.
Kamu selalu dalam fikiran.
Tiap detik waktu yang berlalu.
Hanya kamu.
Kamu yang membuka ruang cinta yang bersisa.
Atas kesal kegagalan tercipta.
Hanya kamu.
Kamu yang menutup birat luka.
Yang bagai deras alir sungai.
Menunggu.
Kepastian yang samar.
Menunggu.
Antara kamu dan saya.
Punyai cerita penuh beda.
Namun satu rasa dalam dua jiwa.


**ku menunggu.. ~~ rossa

Saturday, April 16, 2011

Hati yang Terusik


Jannah...
Hati Anty min sayu melihat kamu yang lemah.
Sayu melihat air mata kamu yang menahan kesakitan.
Cepat sembuh sayang..
Hati ini tahu kamu anak kecil yang kukuh jiwanya.
Hati ini tahu kamu anak kecil yang jitu pendiriannya.
Tiada titis air mata tika darahmu di ambil.
Tiada titis air mata tika ada suntikan di tubuhmu.
Sabarlah sayang..
Jiwa kamu yang kental bakal jadi penyembuh kesakitanmu sayang.
Sayangku Jannah..
Anty Min rindukan kamu yang riang ketika di kendong.
Rindu pada tawa kamu yang tak pernah putus.
Rindu pada telatah kamu menyambut di muka pintu.
Hilang lelah.
Hilang penat.
Hanya atas senyumanmu sayang.

Saat ini..
Tiada rasa selain sayu yang menjengah.
Berdoa dan berdoa agar kamu lekas kebah.

Percayalah sayang..
Derita ini hanya sementara.
Menguji insan-insan sekeliling yang kasihkan kamu.
Menguji hati-hati kami yang mudah rapuh mengenangkan wajah kamu sayang.

Percayalah si kecil..
Kesakitan ini bakal berhenti.
Hati ini pasti kamu bakal jadi sejitu Siti Fatimah r.a
Sekukuh Aisyah r.a...

Semoga kamu tenang sayang..


**naluri apakah ini?

Friday, April 15, 2011

Hati kamu yang tersentuh

Kamu. Yang saya kasihi. Sejak kamu saya kenali. Jiwa kamu yang lembut dalam kental dan keras utus peganganmu.
Kamu. Yang saya sentiasa risaukan. Atas kelembutan dalam kejituan hati.
Kamu. Yang saya sentiasa fikirkan. Dalam sibuk menggapai hela nafas yang terus berlari.
Maafkan.
Kesibukan masa yang mengusik hatimu.
Maafkan.
Penuh jadual yang tak bisa ku selitkan pertemuan.
Maafkan.
Percayalah.
Rindu sentiasa bertaut.
Kenangan putar minda dalam tiap nafas yang berlagu.
Kamu sahabat yang tak mungkin berganti.
Kekal. Utuh dalam hati.
Kamu sahabat yang terlalu saya kasihi.
Itu kamu.
Aznee Ahmad.
I care and Love you.

**sebak

Saya perlu perlahankan rentak.

Malam semalam adalah titik sedar. Pulang dari kelas, badan mula rasa tak selesa. Masa berjalan turun dari kereta bagai tak seimbang. Gagahkan kaki melangkah menaiki tangga rumah. Rebah di atas katil cuba mencari nafas. Rasa semakin tidak selesa. Saya muntah-muntah kemudiannya.

Entah. Mungkin sudah sampai masanya saya perlahankan rentak. Tari ini semakin rancak. Punca nafas makin hilang. Membuat aktiviti tambahan selain dari komitmen yang sedia menggunung melelahkan rongga dan tubuh.

**Pucat tanpa gincu.

Wednesday, April 13, 2011

Hati Yang Merajuk

Mungkin betul saya sudah makin meningkat usia.
Membuat emosi semakin mudah terusik.
Lirik pandangan mampu getar hati yang tenang.
Bait kata mampu luluh jantung yang diam.
Wahai jiwa-jiwa yang tenang... Apa mahumu?
Geleng dalam diam yang tiada jawapan.
Semalam mengusik seluruh kukuh dan utuh.
Semalam getar air mata yang kian lama tiada luruh.
Bukan kerana kamu pernah dan masih saya kasih.
Tapi kerna jiwa ini tak lagi betah.
Jiwa ini tidak lagi mahu di sakiti.
Walau untuk satu bait bicara.
Walau untuk satu renungan amarah.
Walau untuk satu decit keluh kesah.
Jiwa ini tidak mahu lagi dilukai.
Oleh mana-mana jiwa yang hadir.
Datang dan pergi tanpa ehsan dan perasaan.
Cukup.
Saya sudah jadi benci.
Pada sakit atas luka yang tak bertepi.
Cukup.
Saya sudah jadi penat.
Pada luluh jiwa yang panjang.
Hati saya sudah merajuk.
Pada rasa kejatuhan.
Selamat Datang bahagia.
Selamat Pergi duka.

**DOA

Tuesday, April 12, 2011

BIAR INI JADI YANG TERAKHIR

Mata itu tidak lagi sama renungannya.
Suara itu tidak lagi lembut merdunya.
Sapaan itu tidak lagi penuh kasih dalam cinta yang dalam.
Semua hilang.
Masa benar-benar mengubah jiwa.
Kamu yang saya cinta.
Kamu yang saya abadikan dalam jiwa.
Dalam seawal usia.
Dalam pemula mencari bahagia.
Kamu juga hari ini menjadi yang lain.
Sama dalam tingkah dan tutur.
Beda dalam kasih yang luhur.
Luluh.
Jantung yang berdegup debar mahu bicara.
Hati yang gelisah mahu tanya segalanya.
Putus.
Terhenti tatkala tempik suara.
Mati tatkala deras dalam deru nafas amarah kamu.
Dosa apa lagi kali ini.
Salah apa lagi detik ini.
Semua rasa maaf lenyap dalam tajam pekik.
Pejam mata tahan sendu.
Pejam mata tahan pilu.
Tuhan.
Linangan yang bertakung.
Dalam nafas yang sesak.
Hari ini yang tersembunyi bisa buka pintu sedar.
Biar yang ini jadi yang terakhir.
Tidak lagi ulang kesakitan yang pernah berpanjangan.
Silap yang maaf.
Hati yang cantum.
Kecai dalam saat satu dua dan tiga.
Kenangan ini padam.
Cinta ini diam.
Mata ini pejam. Kamu.
Ya. Kamu.
Jangan lagi sakiti.
Pergi.
Jiwa ini mahu bahagia.
Bersama luhur yang lain.
Selamat Pergi Cinta Semalam.
Biar ini jadi yang terakhir.


**sebak.

Monday, April 11, 2011

Mungkin Kamu Patut mula Berfikir

Bicara tentang kita mungkin tidak seindah yang lain.
Yang mampu beri janji dalam pasti..
Yang mampu beri penamat dalam satu yang dinanti.
Namun..
Bicara panjang ini takkan temui noktah.
Hanya tanda , yang diturut titik titik pencarian..
Jawapan.
Mungkin betul kata hati ini.
Kamu patut mula berfikir.
Tentang kita.
Genggam cinta yang hadir.
Jangan bakal hilang.
Saya mahu kamu.
Setiap detik nafas yang berlagu.
Namun saya juga mahu jadi yang faham.
Yang mampu senyum bila tidak itu jawapan.
Yang mampu ada hanya sekadar sebagai teman.
Berfikirlah.
Cari jawapan yang semakin samar.
Namun gapailah bintang yang kamu impikan.
Jangan tersasar.
Jangan lagi tersalah pilihan.
Saya masih di sini.
Kekasih atau Sahabat.
Saya tetap di sini.
Cinta.
Itu Pasti.

Wednesday, April 6, 2011

Please Forgive me

**Please forgive me
For all my weakness & tears.

Malam yang panjang.
Bulan dan bintang.
Bicara sendiri bagai mengerti.
Hati dan minda celaru.
Semua bakal tahu.
Kesal.
Atas kejatuhan kekuatan.
Atas kehilangan kejituan.
Atas kecamuk yang menggagalkan ketenangan.
Bukan salah kamu.
Bukan juga kerana dia.
Tidak atas sesiapa juga yang ada.
Juga bukan atas jiwa sendiri.
Yang melonjak pada akal.
Menari bersama emosi.
Rentak yang semakin rancak tiada henti.

Entah.
Di mana mahu capai tenang yang semalam.

Tuhan.
Maafkan.
Atas kehilangan jiwa yang tenggelam.
Lenyap dalam dasar dalam.
Mencari.
Di balik ombak yang mendesir perlahan.
Semoga ketemu.
Semoga jitu dalam satu.
Jiwa dan Akal.
Lelah.

** dont deny me.

Tuesday, April 5, 2011

YOU

I'M TIRED.

Monday, April 4, 2011

Beri dia tenang Tuhan..

Kamu tahu apa rasanya..
Bila dengar suara sayu di corong telefon..
Pinta difahami..
Rayu dikasihi...
Kamu tahu apa rasanya..
Bila membaca pesanan berbaur kecewa dan lara...
Hanya kerna kamu yang tidak punyai rasa.

Kamu tak mungkin tahu.
Kerana selama ini juga kamu tidak mengambil tahu.
Membiarkan kami merasa derita jiwa.
Tapi sampai bila?
Kasihan saya pada yang empunya suara.
Tapi apa daya saya?
Kamu takkan pernah mahu mendengar.
Apatah lagi memahami.
Tuhan...
Terlalu lama si dia melalui jiwa derita.
Cukuplah.
Biar dia rasai bahagia dalam senyum yang panjang.
Bersama ketenangan yang diam..

Wednesday, March 30, 2011

Layang-layang

Jiwa yang melayang dalam kekosongan yang datang.
Pelbagai jalan.
Pelbagai cara.
Semua.
Yang tak pernah.
Yang tak perlu.
Usaha.
Untuk mengisi yang kosong.
Gagal.

Tuesday, March 29, 2011

Kalau Menangsi bisa meredakan...

Kalau menangis itu dapat meredakan keresahan..
Kalau menangis itu dapat mengembalikan kasih sayang..
Kalau menangis itu dapat menghilangkan ketakutan..
Kalau menangis boleh beri kekuatan..
Saya mahu menangis setiap hari.
Saat ini.
Genangan air mata ini bakal jatuh.
Kerana apa?
Gagal memujuk hati kamu.
Gagal menjadi yang sejuk dalam panas.
Gagal menjadi yang tenang dalam suram.
Saya mahu menangis.
Buang semua kesakitan yang tersimpan.
Mahu hilangkan kekecewaan yang bersarang.
Biar air mata ini tumpah.
Biar ia mengalir deras.
Bukan kerana sesiapa.
Tapi kerana saya.
Yang sering tersadung ketika melangkah.
Sering memilih yang salah.
Sering tak betah pada yang pasrah.
Kerana saya.
Mahu tetap berlari.
Mengejar dan tak pasti bila untuk berhenti.
Masa yang panjang.
Masa yang semakin lama.
Bersama kesedihan yang bersarang.
Biar saya menangis.
Itu sahaja kekuatan yang ada.
Bakal kering nanti.
Bakal pergi nanti.
Bakal hilang.
Jangan kesal.
Keletihan.

Betul. Kamu Cinta Hati Saya.

Betul.
Saya jatuh cinta sekali lagi.
Cinta yang tidak pernah padam.
Pedihnya lebih menyakitkan.
Cinta yang jauh tak tergapai.
Kamu melihat mata ini dengan nada sayu yang tak mungkin dapat saya baca.
Air mata yang bergenang.
Saya usap demi ketenangan.
Betul.
Saya tidak mahu kamu melihat tangisan ini.
Hati yang sayat dirobek.
Hati yang sakit dicarik.
Kamu cinta hati saya.
Cinta yang merubah segalanya.
Pendirian.
Kepercayaan.
Pemahaman.
Keinginan.
Betul.
Saya mahu cinta ini terus mekar.
Biar seribu yang datang.
Biar berjuta yang menjengah.
Kamu masih satu.
Letak diam dalam cinta hati yang berlagu.
Betul.
Saya selalu mahu kamu faham.
Dan saya selalu cuba memahami kamu.
Di bibir.
Di hati.
Emosi menolak dari menerima.
Enggan berentak irama sama.
Jangan salahkan saya kerana jatuh cinta...
Sekali lagi.
Untuk kali kedua.
Jangan pergi.
Tolong.
Jangan hancurkan lagi hati ini.
Tolong.
Fahami.
Cinta ini hanya untuk kamu.
Hari ini..
Esok..
Selamanya.

***Tuhan.. nafas ini mahu terhenti.

Monday, March 28, 2011

How Am i Supposed To Live Without You

Kesunyian yang datang tiba-tiba sebaik wajah kamu saya lihat.
Saya pasti... kehilangan yang panjang ini belum berakhir.
Hati yang sepi ini masih terus sepi.
Wajah itu.
Mengusap lembut hati yang rapuh ini.

**oh tiba2 ada air mata jatuh di ofis.
**malu

I fall in love with u.. again.. n again.. n again..


I LOVE U.

Sunday, March 27, 2011

Kamu Terus Berlari

Penulisan ini tatkala hati kosong dan mata layu.
Cuba dipejam dan terbayang kamu.
Kamu yang sentiasa di setiap ruang nafas.
Di setiap detik yang berlagu.
Kamu dekat.
Kamu hampir.
Bisa saya sentuh.
Bisa saya rasa.
Bayang.
Hanya bayang yang tiada jasad nyawa.
Mahu saya pandang.
Mahu saya genggam.
Tak tercapai.
Kamu yang terusan berlari.
Hilang dalam mimpi.
Tiada muncul dalam realiti.

Thursday, March 24, 2011

Ateh

Entah kenapa hari ini teringat pada Ateh.
Yang selalu buat saya marah dan geram.
Buat muka tak faham bila saya bengang.
Risau.
Saya risaukan kamu Ateh.
**SEBAK
Saya mahu kamu jadi yang bahagia.
Saya mahu kamu jadi yang punyai senyum dan tawa.
Saya mahu kamu jadi yang mampu buat umi tenang sentiasa.
Saya mahu kami jadi yang bersama ayah setiap masa.
**PEJAM MATA
Entah kenapa hari ini memikirkan Ateh.
Tuhan...
Permudahkan jalan hidup Ateh saya.
Jadikan dia yang tenang dan bahagia.
Punyai kerjaya.
Mampu berikan umi ayah bahagia.
Tuhan...
Permudahkan Ateh dalam perjuangannya.
Agar dia bisa menjadi bahu.
Agar dia bisa menjadi tulang belakang.
Agar dia bisa jadi tangan dan kaki.
Agar dia bisa jadi hati.
Buat umi dan ayah.
Buat adik-adik yang masih mencari arah.
**NAFAS

Semoga kamu bahagia Ateh.
**DOA

**I leb u

Saturday, March 19, 2011

Killing Me Softly

PENDERITAAN INI PERLU BERHENTI.
TITIK.

Wednesday, March 16, 2011

Melihat Semalam.

Bertemu hari ini untuk melihat yang semalam.
Duduk sambil tersenyum dan tertawa riang.
Indah.
Segalanya bagai ketenangan yang telah lama hilang.
Cinta bersama getar takut dan kecewa.
Meninggalkan parut dan nestapa.
Apa lagi yang ada?
Melangkah terus.
Tiada menoleh.
Tiada berpaling.
Masih bertatih.
Mahu hirup udara bahagia.
Sedikit dalam perlahan.
Lembut tetapi dalam.
Kamu,
Ya. Kamu.
Angguk. senyum.
Kamu buat saya tertawa semula.
Dalam rudum yang panjang.
Kamu.
Ya. Kamu.
Kamu buat saya bernyawa.
Atas rasa punyai cinta.
Walau saya tahu.
Cinta kita masih jauh.
Cinta kita tetap utuh.
Pejam.
Mata pejam dalam rentak hati yang sabar.
Bertemu hari ini untuk mengenang yang semalam.
Jangan lagi semalam itu hilang.
Jangan hari ini pulang.
Hanya kerna cela sang perasaan.

** ngantuk sambil menulis. ermm.. tapi nak publish jugak! :)

RIndu Datang Lagi

Betul.
Memang Rindu.
Rindu mahu melihat wajah kamu.
Melihat liar mata kamu.
Melihat gelisah kamu.
Saya rindu.
Mendengar suara merdu kamu.
Melihat tawa kamu.
Menikmati senyum kamu.
Semoga kamu juga merindui saya.
Seperti mana saya merindui kamu sedalamnya.

**Wink!

Tuesday, March 15, 2011

Sendu dalam Diam.

Maaf.
Saya tidak sepatutnya terasa.
Saya sepatutnya sedar duduk diri di mana.
Entah kenapa.
Dalam riang saya terbungkam sebak.
Sendu ini datang hingga saya tak bisa bernafas.
Maaf.
Saya tidak patut lahirkan nada kecewa.
Kamu berhak pergi ke mana saja.
Kamu berhak lakukan apa jua.
Siapa juga saya dalam hidup kamu.
Hanya saya yang melukakan.
Hanya saya yang melahirkan sepi perasaan.
Maaf.
Sendu ini tidak bisa di tahan.
Entah kekecewaan apa yang lahir dalam diam.
Kamu punyai kehidupan.
Dan kamu punyai pilihan.

**nak nangis plis

Hari Saya Tertawa

Gembira hari ini dengan mereka di sekeliling saya. Ketawa. Ketawa dan Ketawa.
Terima kasih Tuhan atas keriangan ini.

Monday, March 14, 2011

Sejak Kebelakangan ini (10)

Dia tidak lagi muncul.
Dan saya semakin merelakan.
Walau dalam hati sedikit resah.
Bersama getar yang tak pernah kebah.
Kamu harus bahagia.
Kerna saya juga mencari bahagia jiwa.
Saya senang di sini.
Mengisi ruang sepi dengan tawa yang lain.
Menari dalam lagu girang sekeliling.
Saya bahagia.
Punyai teman-teman gurindam jiwa.
Walau ada yang cuba meroboh.
Walau ada cuba menceroboh.
Kami utuh.
Dan kamu harus saya kalungkan penghargaan.
Atas keakraban saya dan teman-teman.
Kamu pergi.
Mereka hadir.
Cinta hilang dalam datang.

**Nana,Aznee,Lai, Ihsan, Lya & Affa. Terima kasih atas cinta ini.

Getar Wajahmu

Tuhan.
Getar hati ini tatkala wajah itu ku tatap.
Indah.
Dalam sepi ada warna hati yang berlagu.
Duhai Tuhan..
Getaran ini tidak henti dari semalam.
Panjang.
Pedih.
Wajahnya menenangkan.
Walau hati dalam kelukaan.
Sakit yang tiada noktah perhentian.
Hati.
Dan Hati.
Menyendiri.
Getar.
Berlagu hingga saat ini.
Berhenti.
Sesak tiap hela nafasku.

**Cinta ini menilai sepi.

Sunday, March 13, 2011

-stalker-

Tak mampu kata apa-apa selain menggeleng laju.
Ada peminat rupanya.
Walau minat untuk benci.
Walau minat untuk caci.
Yang pasti dia memerhati setiap nafas yang berlagu.
Menyimpan satu rasa yang jelek.
Hingga mengutarakan suara-suara pelik.
Apa lagi rasa yang kamu simpan?
Apa lagi dendam yang kamu pendam?
Luahkan.
Biar saya faham.
Kamu bicara lagu jiwa penuh amarah.
Kamu bicara bagai saya terlalu hina dan lemah.
Luahkan.
Biar saya tahu kamu siapa.
Mungkin bersemuka.
Manusia berubah atas edaran masa.
Manusia berubah atas kematangan jiwa.
Manusia berubah atas penyesalan kehidupan.
Manusia berubah atas pegajaran dan pengalaman.
Luahkan.
Semoga kamu reda dalam kekalutan perasaan.
Semoga tiada lagi dendam dan kebencian
Semoga kamu bisa bernafas tenang.
Agar kamu bisa berlagu tanpa kebencian.
Jangan menggunung cacian kamu.
Jangan memerhati tanpa tampil berani.


**Kalau saya pernah lukakan kamu dalam apa juga keadaan.. maaf. Saya hanya manusia seperti kamu.
**Dan kamu perlu tahu.. saya punyai kepercayaan pada semua yang saya gelar sahabat.

Saturday, March 12, 2011

Healing the Pain.


Dalam tawa dan senyum yang panjang.
Saya masih merasa sepi yang membungkam.
Kamu saya lihat dari jauh.
Kamu saya gapai tak tersentuh.
Pedih tatkala hati melihat bait penulisan.
Pedih melihat wajah-wajah yang menyakitkan.
Saya cuba dekati kamu yang menjauh.
Atas kesilapan saya atau kamu?
Sesak.
Nafas yang cuba di hela.
Tersekat dalam hembusan irama kamu.
Mengubat kelukaan yang dianggap terpadam.
Ditoleh dalam bahagia.
Masih ada bait derita.
Masih ada birat kelukaan.
Kamu dan saya.
Masing-masing punyai cerita.
Utuh di simpan dalam jiwa.
Terlukis dalam bening renungan mata.
Kesakitan kamu masih blum padam.
Hanyut dalam cerita semalam.
Dan saya, cuba meyakinkan.
Mencari riuh dalam hening.
Walau ternyata..
Di balik senyum tercarik luka.

**Catwalk! Fun!

Friday, March 11, 2011

Berambus Plis!

Geram!!!!
Kenapa ada manusia yang tak berhenti-henti menyakiti hati orang lain?
Kenapa bila yang dirancang tidak kesampaian.. cerita perlu dijaja ke sana ke mari?
Tak pernah rasa bersalah?
Tak ada maruah?
Jangan pijak maruah orang lain!
Cukuplah.
Kesabaranku ada batas penamat.
Jangan sampai kesabaran ini terputus.

Tarik nafas

Sendirian semalaman membuatkan fikiran berputar ligat.
Pelbagai persoalan dengan seribu jawapan yang penuh beza.
Entah kali ini kekalutan rasa apa yang membelenggu diri dan jiwa.
Pertemuan dua malam yang mencatatkan cerita jiwa dan duka.
Menyingkap kisah semalam dan bahagia.
Ya. Dia pernah membahagiakan.
Kerna hadirnya dia, aku melangkau keutuhan pendirian.
Dan kerna itu juga, hati insan lain terluka dalam sengsara yang kelam.
Tapi, atas rasa cinta yang bersarang, kami pejamkan mata, pekakkan telinga.. melangkah dan melangkah.. hingga satu saat.. dia pergi.
Pemergian yang terlalu menyakitkan.
Kehancuran perasaan di kala itu menjadikan aku hilang kewarasan akal dan fikiran. Amarah bersarang.
Aku terlalu kasihkan dia.
Terlalu dalam rasa cinta yang ada..
Dan dia melepaskan tanpa aku tahu punca cerita.
Andai aku memilih dia.. andai aku mampu lenyapkan rasa hilang punca.

Pertemuan selepas jarak yang panjang.
Pertemuan selepas semuanya kembali tenang.
Pertemuan dalam sangkaan aku sedang bahagia membina cinta.
Pertemuan dalam cerita semalam.
Pertemuan dalam bening renungan mata yang membaca.

Tersentuh.
Aku sedar saat ini, aku cepat benar tersentuh dengan lenggok bahasanya.
Dengan anggapan yang aku letakkan tiap kali membaca penulisannya.
Cinta yang tidak pernah pergi ini membuatkan jiwa halus ini terusik terus.
Nampakkah dia?
Sedarkah dia?
Adakah dia merasai yang sama?
~~sepi~~
Entah bila akan terungkai persoalan yang bersarang.


**tarik nafas**

Thursday, March 10, 2011

Rindu.

Kenapa sekarang asyik duduk ofis sampai petang dan tak rasa nak balik rumah?
Entahlah. Tak ada jawapan dari hati untuk soalan tu.
Saya senang di sini. Tapi saya rindukan kegirangan di Seremban.
Terkadang saya sayu apabila rasa rindu menjengah tanpa henti.
Dan untuk melupakan, saya perlu sibukkan diri.
Dan di sini saya menulis di kala otak mulai tepu dengan fail yang bertimbun.
Saya melihat keliling.
Kegirangan mereka tidak dapat melenyapkan rasa kosong yang bersarang.
Pelbagai rasa bertandang.
Wajah itu.
Senyum itu.
Rindu datang lagi.


** Hari ni tak naik roket langsung! magic!!!

Hati Yang Tenang

Q: Macam mana perasaan u sekarang?
A: Tenang.

Q: Do u love me?
A: I do.

** I love u too.

Wednesday, March 9, 2011

New.

New me?
New surroundings?
New friends?
New place?
New task?

Everything is so new here. And i think i am enjoying this new air. Even it's difficult to explain what's inside my heart.. but i know everything will be fine. Yup. I'll survive this. I always do.

Tuesday, March 8, 2011

Have you ever miss us?

** i miss the ability to love like i never love anyone else... i missed the love.. i missed u**

Tuhan.
Tatkala penulisan itu aku baca.
Aku tergamam dan terdiam.
Nafas yang semakin deras dan berombak tidak keruan.
Dua tahun menyepi dalam rasa adanya benci.
Walau hakikatnya kebencian tak pernah hadir.
Mungkin mustahil untuk kau percaya.
Mustahil kerna aku menjauh dan sentiasa menyakiti.
Penulisan demi penulisan yang kau fahami dalam apa yang mahu kau yakini.
Entah bagaimana untuk aku jelaskan.
Entah dari mana harus aku mulakan.
Kesal.
Cukupkah dengan hanya kau tahu aku kesal
Kesal kerana kala kau datang semula...hati ini pejam.
Menafikan perasaan hanya kerana amarah yang mendalam.
Dan tatkala terseksa.
Aku masih gagal pinta kau hadir.

Tuhan.
Andai dia tahu.
Andai dia mahu.
Andai dia masih ada untukku.
DAN
Andai kini gilirannya untuk pejam dalam hati yang diam.
Aku tahu.
Cinta kami pernah satu.
Masih berlagu.
Walau hanya dalam diam.
Walau hanya dalam nada rinduku.

**mencintai tak semestinya memiliki**

Semalam Jangan Hilang

Semalam hari yang tenang dalam kemelut yang berlagu deras.
Wajah itu terlalu aku rindui. Dalam menyepi dan kepedihan yang mencengkam. Melihat dan tersenyum semula seperti semalam walau hati ada birat luka yang dalam.
Tuhan... andai dia tahu bisik hati yang terpendam. Diam dalam sakit yang aku lahirkan bukan kerana benci .. tiada sekelumit dendam.
Andai dia tahu getar tatkala matanya melihat ke dalam jiwa.
Andai dia tahu kesal aku dalam kehilangan pilihan kehidupan.
Ya. Katanya aku memilih apa yang aku lalui.
Ya. Tatkala itu amarah mencengkam tanpa haluan.
Dan ya..aku kesal merelakan pemergian.
Entah bila kau akan mampu buka semula hati yang menyepi.

***Have you ever miss us?
***Always.

Sunday, March 6, 2011

Saya kan Kuat?

Tuhan takkan uji hambaNya yang tak mampu lalui ujian tersebut.
Saya tahu..kerana saya sentiasa kuat, kerana saya sentiasa melalui ketentuan hidup yang di suratkan dengan keteguhan hati.. Allah masih mahu terus menguji kejituan hati saya.
Saya kan kuat?
Saya tahu saya sangat kuat.
Kerana itu saya akan mampu lalui ujian yang satu ini.

Thursday, March 3, 2011

Kalau Ada Jodoh

Kalau ada jodoh takkan ke mana.
Saya tau semua orang akan cakap macam tu.
Dan saya tahu..itu kenyataan hidup yang saya perlu terima dengan redha.
Saya percaya, jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
Tapi kenapa Tuhan temukan kita dengan seseorang..
Jadikan hati kita terisi dengan dia..
Bahagiakan kita dengan dia..
Dan kemudian.. Tuhan tarik dia sekelip mata.
Tanpa kita tahu di mana silapnya..
Tanpa kita sedar di mana kekurangannya kita..
Tanpa kita rasa dia semakin jauh dalam mata pejam yang celik dalam lena..
Kadang-kadang saya tanya diri sendiri..
Apa kurangnya lagi dalam usaha saya menjadi yang terbaik.
Apa silap yang saya lakukan lagi dalam cuba merubah diri?
Saya tidak sedar mungkin.
Yang melihat juga kadangkala tidak mahu menegur.
Dan mungkin saya sendiri belum cukup sempurna untuk dikasihi?
Saya mungkin tidak selayaknya disayangi?
Saya mungkin tidak ditakdirkan untuk merasa bahagia yang panjang.
Hanya sendiri dalam cerita yang tidak tahu bila akan berhenti.

Dengari saya.
Saya sudah penat.
Cukup penat.
Saya mahu sendiri.
Biar saya sendiri.
Jangan lagi mencari.

**kalau kamu tahu hati saya hancur. Mungkin kamu menari tango!

Sunday, February 27, 2011

Menulis tidak untuk menyakiti

Jujur. Kadangkala kita keterlaluan dalam meluahkan apa yang terpendam dalam hati. Menulis tentang insan-insan lain yang entah betul entah tidak penilaian yang kita berikan. Siapa kita untuk menghukum? Hanya dengan mengetahui satu cerita dalam sepuluh lagi yang tersimpan, tidak memberikan kita hak untuk mencerca dalam penulisan. Entahlah. Saya sendiri terkadang jatuh dari sasaran. Mahu menulis tentang yang lain, penulisan jadi cerita yang beda dan jauh dari landasan. Dan mungkin atas kisah itu yang terpapar, ada hati yang bakal terguris dalam sedar atau dalam diam.

Dewasa hari ini bukan lagi masa untuk berirama caci dalam cerca. Cukup hanya sekadar memahami, menyedari.. memaafkan dan melepaskan pergi.

Saya tidak menilai sesiapa hanya pada dasar mengenali dalam sekejapan. Apa yang tertulis, percayalah tidak akan sama secara mata bertentangan.

Mungkin perlu nilai diri sendiri kemudian mungkin boleh menilai yang lain. Namun, apa yang pasti, apa juga penilaian yang kita buat tidak mungkin yang sebenar tentang sesiapa pun. Maka, berhenti menghukum. Hanya Tuhan punyai hak mutlak melakukan itu.

Senyum. Selagi ada nyawa.

Comments deleted.

Please take note that i did not delete any comments posted in my blog. If it is seen deleted... it is the person who wrote, deleted it him/her self. And if any of you have no interest in giving comments.. just stay away. TQ

Monday, February 21, 2011

Kerana Kamu Lelaki dan Aku Perempuan

Berpasangan itu lumrah kan? Selama hidup.. aku tak mahu menerima hakikat lelaki itu adalah untuk perempuan.. cubaan itu ada dan kegagalan atas rasa yang menolak itu sering berlaku. Aku tak pernah mahu ada rasa sangsi pada yang bernama lelaki. Menerima cinta dan belajar memahami sedang aku lalui. Namun cubaan yang terlalu keras dan terlalu memaksa hati menjadikan aku hari ini terduduk dalam air mata yang hampir tiada.

Jujur. Cinta perempuan yang aku lalui tidak sesukar ini untuk difahami,. Mungkin perempuan agak lembut jiwanya berbanding lelaki. Namun aku tidak pernah tahu bahawa dilukai lelaki lebih menyakitkan.

Kau lelaki yang aku sanjung dalam nama cinta yang agung.
Kau lelaki yang aku kira bisa lakar bahagia dalam cinta yang aku cari tak berpenghujung.
Namun..
Kau juga lelaki yang melakar janji kosong.
Lelaki yang menghancur dalam senyum.

Kau hilang dalam tawa ceria.
Menjadikan aku hilang dalam pencarian punca bahagia.

Kerana kau lelaki dan aku perempuan..
Kau permainkan dalam irama halus tanpa aku sedar semuanya di penghujung.

Kerana kau lelaki dan aku perempuan..
Hari ini kau tersenyum tanpa jiwa yang lara..
dan aku?
Aku masih mencari sinar tenang yang makin malap.

Aku bakal bangun wahai lelaki.
Menghidupkan yang kelam.
Tanpa kau perlu sedar.
Kau hanya satu didikan.
Untuk aku kenal erti kemanusiaan.

Wednesday, February 16, 2011

entah apa kali ini

Saat ini, saya buntu. Tidak tahu apa lagi yang perlu saya coretkan. Kalau dikira hati yang tidak pernah henti laranya ini.. saya mampu karang cerita air mata sehingga subuh menjelang. Tapi saya sudah keletihan menyapu air mata sendiri dalam sejarah hidup yang tidak pernah mahu berhenti menyakitkan.

Tolong. Tolong jangan ukir kata-kata pujangga. Jangan coret nasihat yang saya tak mahu baca kala ini. Cuma tuliskan rasa untuk saya fahami bahawa hidup bukan di penghujung jalan kelam.

Apakah paksaan kehidupan menjadikan saya kandas di padang pasir sendiri? Terdampar lemas bersama debu yang menebal. Kehausan mencari setitik air dalam dahaga yang kekal.

Kamu semua cuba fahami saya. Ya. Termasuk kamu yang suka mencerca. Saya tidak pernah mahu jadi diri saya yang begini. Punyai air mata dalam tiap ketika masa. Itu jalan terbaik untuk saya lepaskan rasa jiwa yang lara. Jalan termudah untuk saya jauhi darah dalam luka yang di lakar sendiri.

Entah dari mana kesepian ini datang dan datang. Semakin jauh semakin rasa itu hampir. Adakah atas kecintaan yang hilang atau kesepian yang tak pernah padam? Saya sendiri tidak punyai jawapan dan kepastian.. yang kekal hanya rasa hati yang semakin hari semakin dalam lukanya dek kamu.

Walau seribu kali saya hela nafas capai tenang.. masih jutaan kali saya meraba mencari damai yang hilang. Mahukan rama-rama singgah dalam taman hati tanpa menyakiti.
.
Apa yang saya cuba coret? Kamu faham? saya sendiri keliru. Nanti lagi kita bicara. saya penat!

Monday, February 14, 2011

If I am no one to u...

If i am no one to u.. please just let me go. Tell me that u hate me..so i'll understand. Tell me that u don't need me, then i'll move on. Tell me it's an empty wait, so i'll just try to ease the pain.

I am so sick and tired playing your game.

I'll just stop.

I'll just move one.

Once the time ends.

And I will never turn back.

That's my promise.

You'll suffer the way you make me suffer.

Friday, February 4, 2011

Kemelut Hati

Wahai hati. Kemelut ini semakin deras mengalir di benak hati.
Sikap kamu yang tahu dalam tidak itu mengelirukan seluruh jiwa saya.
Kadangkala kamu buat saya senyum bahagia.
Bagai kamu terlalu memahami apa yang ada dan di rasa.
Ada kala kamu bagai hilang dalam kabus pagi yang tebal.
Hanyut bersama hujan lebat yang bagai punyai kefahaman.

Saya masih mahu percaya.
Mahu yakin dalam hati bahawa kamu satu hari pasti hadir.
Dalam menyambut rasa ini.
Meredakan kemelut di hati.
Mewarnakan kanvas yang semakin pucat lesi.

Dan saya masih menanti.
Saat itu bakal datang nanti.
Kasihi hati ini dalam kepastian yang panjang.
Dengan doa yang sentiasa saya tadahkan.
Untuk kamu, untuk saya.
Untuk kita.

Friday, January 28, 2011

Malam Belum Mahu Berbintang

Semalam adalah malam yang teramat panjang bagiku. Aku terlena tatkala malam baru mencecah angka sepuluh. Denyut pada kepala yang tak berhenti malah makin menderas menjadikan aku semakin tidak mampu mengangkat kepala. Aku cuba memegang dahi.. terasa urat-urat kepala semakin timbul dan bengkak. Datang lagi kesakitan ini. Aku paksa mata untuk pejam. Selubung seluruh tubuh sehingga ke kepala.

Angka 2.
Aku terjaga. Denyut yang makin mencengkam. Dan sentakan kenangan itu menusuk tepat ke dalam sanubariku. Nafasku sesak. Aku segera duduk dan melihat sekeliling bilik gelap itu. Tidak mampu aku menghela dan melepaskan nafas dalam tenang. Peluh semakin rancak. Aku bingkas cuba mencari jalan melegakan kesakitan yang maha dalam itu.

Angka 4.
Sekali lagi aku terjaga. Kali ini sentakan itu terlalu kuat dan menyakitkan. Sekaligus merentap nafas tenang dalam tidurku. Aku terduduk dalam usaha menghela nafas. Sesak. Senak. Sakit. Dan kepalaku semakin menggila. Tuhan... sesak sekali dada ini. Rongga nafas ini bagai sempit dihimpit.

Aku tidak mahu kembali lena.

Tidak mahu pejam mata.

Duduk berteleku dalam wuduk.

Air mata ini tidak mahu berdiam dan menyepi. Masih menari dalam nada sesak dan senak yang aku hadapi.

Sampai bila malam belum mahu berbintang. Hanya hujan badai yang tak putus datang.

** Masih keliru.

Thursday, January 27, 2011

SAYA GERAM!

Memang saya tahu kita hanya kawan dari mula lagi. Tak perlu tegaskan pada saya dalam ucapan selamat pagi. Entah kenapa walau hati saya pedih tiap kali mengenangkan kekosongan hati kamu pada pandangan mata saya ini, saya tetap mahu mengingati kamu. Ugh, saya sangat marah pada diri sendiri.

Mungkin kamu tak perlu tanya pada teman kita apa punca saya berdiam diri.

Mungkin yang perlu kamu buat adalah mengetuk hati kamu dan bertanya, mungkinkah kamu ada melukakan saya dalam sedar atau tidak.

Mungkinkah kamu ada mengusik hati saya dalam nada senda tawa yang bersisa?

Geramnya!

Fikir ba sendiri...

(Oh, saya tahu kamu takkan membaca penulisan saya)

Wednesday, January 26, 2011

Sila Faham

Kalau saya menyepi.
Bukan bermakna saya melarikan diri.
Bukan juga bermakna saya mahu terus mendiamkan diri.
Tapi mungkin, kamu boleh ambil masa dan berfikir.
Duduk dan imbas kembali.
Sila fahami keadaan saya.
Sebelum bertanya kenapa.
Sila lihat mungkin terlalu banyak sudah petanda yang saya beri.
Namun kamu masih tak mengerti.
dan hingga saat ini masih tidak mahu memahami.

Maka, ambil masa untuk bersendiri.
Berfikir dan datanglah kembali.
Hanya kalau kamu menghargai.
Jika tidak,
Biarkan saya sendiri.

Tuesday, January 25, 2011

Saya selayaknya Bahagia...

Hari ini saya mahu bicara tentang bahagia. Luas sekali erti bahagia dalam diari kehidupan saya sendiri. Untuk mengatakan saya tidak bahagia, saya bakal di gelar manusia tidak pandai mengucap syukur. Tapi betul... ada saat saya duduk sendirian dalam bilik tidak berjendela ini, dengan sayu hati yang kesepian. Lupa bahawa saya punyai ramai lagi yang membahagiakan saya. Yang pada paginya menghantar pesanan dalam nada riang.. bertanyakan pagi saya. Yang pada jam satu petang mengingatkan saya tentang makan siang saya.. Yang pada malamnya mengingatkan tentang makan malam dan mengucap selamat tidur..

Dalam melayan sepi, saya juga selalu lupa.. saya punyai mereka yang menghargai saya. Yang sentiasa bertanyakan perkembangan hati saya. Mahukan yang terbaik untuk saya.

Dalam nada ini, saya pasti apa yang saya putuskan ini adalah yang terbaik buat masa ini. Bagi memastikan saya kembali tenang dalam kecamuk perasaan.

Tidak wajar hanya kerana dia yang satu, saya merasakan dunia bagai sudah berakhir. Tidak wajar hanya dengan dia yang mendiam tanpa perasaan, saya merasakan sudah tidak ada yang kasih.

Saya selayaknya bahagia. Bukan hanya bercinta dan mencintai antara dua hati. Tapi juga menghargai kamu yang sekelian selalu bersama saya. Dalam apa juga nada, dalam apa juga rentak irama.

*** Kalian tahu kalian penting dan terlalu istimewa!
*** Special Thanks and Love to my Family and Friends!

Monday, January 24, 2011

Sejak Kebelakangan ini (9)

Hmm..
Macam mana hendak mulakan bicara yang tidak pernah ada perhentian ini.
Entah dalam nada apa lagi saya mampu bicara untuk dimengerti.
Semalam kamu buat saya berfikir.
Dalam sedar atau tidak.
Dalam nada tahu atau mahu.
Kamu menjauh dalam dekat.
Kamu merapat dalam ratap.
Ada detik saya rasa kamu tahu dan hargai.
Ada detik saya tahu kamu elak dalam pertanyaan yang pasti.
Ada juga detik kamu lembut dalam sayu pujuk hati yang satu ini.
Banyak waktu kamu lebih berdiam tanpa jawapan.
Banyak mengelak dari satu titik keputusan.
Kamu tahu dalam tangisan ini ada ratapan pinta dihargai.
Kamu juga tahu kasih ini semakin mekar dalam ketulusan yang tak bertepi.

Tapi..
Dalam tahu itu kamu masih ukir luka di hati ini.
Boleh kamu beritahu saya atas dasar apa kamu lakukan itu?
Kamu juga akan sepi.
Mengelak
Mengelak
Terus mengelak dalam memberi kata pasti.
Entah sampai bila.

** Jangan hilang baru mencari. Kala itu saya bakal pergi jauh dan takkan kembali.

Sunday, January 23, 2011

Hadiah Hari Lahir


Comel kan hadiah yang umi bagi saya? Pagi semalam sedang saya gosok baju, umi datang sambil senyum-senyum dan bawa satu kotak merah hati. Umi hulur pada saya dengan senyuman yang paling menawan. Saya sambut dengan mata kebil-kebil dan malu-malu..(dalam hati seronok tak terhingga).

Umi kata, bukalah tengok. Saya segera buka kotak tersebut dan ketawa dalam nada gembira. Umi tersengih-sengih menahan tertawa. Saya tak terkata. Umi berikan saya patung di gambar tu, yang ada kain untuk di gantung di dapur.. (untuk lap tangan.. comel!!!!). Dalam kotak tu, ada apron warna merah, dan juga sarung tangan warna maroon tu (untuk pakai masa angkat benda panas)....

Hm.. saya pandang umi dalam tawa yang masih bersisa dan tanya.. "motif?"

Umi sahut tawa saya dan senyum sambil angkat bahu. Saya peluk umi dan cium penuh kasih di pipinya. Sabar ya umi.. InsyaAllah Jodoh angah akan sampai...

:)

** I love u umi!

Friday, January 21, 2011

Sejak Kebelakangan ini (8)

Tuhan..
Rasa apa yang sedang bersarang dalam lubuk hati ini?
Kekalutan apa yang sedang saya tanggung ini?
Kegelisahan apa yang datang tanpa henti ini?

Awak...

Saya tak faham awak.
Saya tak tau macam mana untuk faham apa yang awak nak.
Saya tak pandai nak cari apa yang saya tak buat lagi untuk yakinkan awak.
Saya mungkin tak sama macam dia yang awak cinta hingga hari ini.
Tak sama juga macam dia yang awak sebut tiap kali kita berbicara hari-hari.
Tapi,
Untuk kesekian kali,
Cubalah belajar untuk mengerti dan memahami.
Belajarlah untuk menghargai dan meyakini.
Saya punyai hati.
Awak mahu biar saya terus berlari?
Atau awak mahu saya berhenti setakat ini?
Bicara supaya saya tahu apa yang awak mahu.
Agar saya mampu belajar melepaskan.
Mencari tenang dalam kalut yang meresahkan.

Dan saya..
Saya tak mahu mengejar bayang-bayang yang tak pernah berhenti berlari.
Saya tak mahu menghancurkan hati sendiri.
Cukup kisah lama yang begitu menyakitkan.
Kisah lama yang terlalu melukakan.
Yang mungkin awak tidak mahu tahu.
Yang mungkin awak bakal dengar dalam angin lalu.
Tapi derita yang saya lalui,
Terlalu panjang dan dalam.
Belajarlah untuk mengambil sedikit dalam banyak.
Memahami derita dalam lautan bahagia.
Untuk awak menerima seadanya.


*** Keluh lagi untuk kesekian kali.

Entah bila akan berakhir.

Entah bila agaknya yang melakukan ini akan mengerti.
Akan faham bahawa kami sedang bersedih.
Akan sedar bahawa kami ini menangis dan meratapi kesakitan jiwa yang semakin sepi.
Bagaimana untuk aku sendiri memberi sedar dalam lena panjangnya?
Aku semakin letih Tuhan..
Aku semakin putus segala nadi harapan.
Pedih.
Tiap kali hela nafas ini ditarik dan dilepas.
Bagai terlalu berat dan keras.
Cukuplah.
Belajarlah untuk menghargai kami.
Kami kasih.
Kami cinta.
Tapi kami juga punyai hati.
Punyai jiwa.
Belailah kami.
Sentuhlah hati kami dengan kasih sayangmu.
Berikan kami ruang merasai cintamu.
Hentikanlah derita ini.
Mengertilah wahai hati kamu.
Kami perlukan kamu lebih dari berdiam diri.
Kami perlukan kamu lebih dari memerhati.
Kami perlukan kamu untuk satu kehidupan yang panjang.
Dengarlah.
Suara hati yang takkan mampu aku sampaikan dengan bicara.
Kerana kamu takkan pernah mahu mendengar dan memahami.
Entah bila kecewa ini akan terhenti.
Entah bila rasa ini akan berakhir.
Noktah yang kami nanti.

** I love u.

Wednesday, January 19, 2011

Please ba...

Please ba..
Awak sorang je yang boleh tolong saya..
Saya dah cerita semua kegusaran saya, kan?
Awak faham kan?
Please ba Ihsan..
Please ba..
Awak kan sayang saya?
Saya pun sayang awak satu dunia penuh.
Awak kawan saya dunia akhirat.
Awak banyak tolong saya.
Saya takkan lupa.
Saya selalu bawa ketulusan hati awak ke mana juga saya pergi.
Please..
Please ba ihsan..
Awak boleh tolong saya kan?
Tolong saya ya..? ya?

** kebil-kebil mata comel saya.

Tuesday, January 18, 2011

Saya Bakal Pergi...

Saya bakal pergi ke satu tempat baru.
Itu yang saya tahu.
Tapi, saya juga tahu tempat itu bukanlah tempat yang baik dari apa yang digambarkan.
**Takut
Kalau saya keluh kesah.
Saya nampak seperti tak pandai mengucap syukur dalam hati yang lapang.
Apakah ini permulaan yang baru dan lebih baik?
Apakah ini permulaan yang bakal mengubah apa yang perit pada yang indah?
**Serabut
Atau saya suka meletakkan diri saya dalam kalut sebelum melangkah masuk?
Kamu semua mungkin tahu saya insan yang bagaimana dari penulisan saya yang tidak seberapa ini.
Kenapa hati saya resah gelisah mendengar perkhabaran tadi?
Aduhai.
Kuatlah hati.
Saya akan lebih tenang dan lebih bahagia.
Biar apa juga yang bakal berlaku.

**Amin...

Monday, January 17, 2011

Sejak Kebelakangan ini (7)

Awak,
Boleh tak awak pandang muka saya sambil cakap apa awak rasa?
Saya bingung awak.
Awak selalu buat saya tertanya-tanya.
Saya bukan nak awak cakap awak sayang saya.
Saya bukan nak awak cakap awak perlukan saya.
Cuma beri saya satu jawapan.
Ke mana hala kita.
Semalam kan awak..
Saya dah buat keputusan.
Saya bagi awak masa uruskan apa yang perlu sekarang ni.
Dalam masa yang sama, saya akan terus berusaha mencari ke mana arah kita.
Awak perlu berubah.
Belajar dari kesilapan yang lama.
Awak ingat janji awak pada saya?
Awak kata "Min, saya nak kenal-kenal. Tak lama min."
Saya pegang janji tu, awak.
Jangan ulang lagi kealpaan awak yang dulu.
Yang sengaja tidak tahu dalam tahu pada mereka.
Awak sendiri cakap awak silap.
Awak sendiri cakap awak lambat.
Mungkin saya tidak sehebat mereka.
Tidak secantik dan sebijak mereka.
Tidak punyai serba-serbi yang boleh kamu banggakan acap kali menyebut tentang saya.
Bukan wanita yang mampu kamu dabik dada dalam nada cerita.
Tapi saya punyai hati ini.
Yang mampu beri awak kasih dalam ketulusan cinta.
Yang mampu ikhlas dalam tiap nada bahagia.
Tolong percaya saya bukan seperti yang lain.
Tolong beri saya kesempatan untuk rasai bahagia yang kekal bersama kasih yang awak ada untuk saya.
Jangan awak.
Jangan jadikan dia penghalang kita.
Dia kisah lama yang panjang.
Beri saya peluang rasai tenang...

Dan awak,
Selepas saja masa yang saya berikan itu terhenti.
Saya bakal pergi.
Tanpa lagi saya menoleh penuh cinta pada awak.
Saya mahu berhenti.
dari mengharap sesuatu yang tak pasti.


*** Bingung.

Semoga kamu tenang.

Hari ini saya tersentak lagi dari tidur yang seharusnya lena dan tenang. Saya tidak mampu pejam mata kembali. Tidak mahu mimpi itu mengganggu tidur saya. Saya takut. Terlalu takut dengan mimpi yang hadir. Dada saya senak dan sakit sekali. Entah bagaimana untuk saya perincikan kesakitan ini agar kalian mampu mengerti... Berdebar tiap kali mahu memejam mata kembali.

Saya masih merenung siling bilik. Mengharapkan tidur ini berakhir dengan baik sekali. Entah kenapa, fikiran saya terus terbang pada kamu. Entah mampukah kamu tidur kala ini? Siang yang penuh kepedihan buat kamu tadi mencengkam sanubari saya. Kesepian kamu dari membalas persoalan saya juga merunsingkan saya..

Saya tahu kamu terlalu kasihkan dia, sayang.
Saya tahu kamu terlalu butuh perhatian darinya.
Tapi kamu juga tahu dia bakal pergi bersama yang lain..
Dia bakal bina satu ikatan yang tak mampu kamu sangkal kekuatannya.
Perkahwinan dia dan pilihan keluarga.
Titik terakhir dalam segala persoalan hati kalian.
Kamu betul sayang..
Apabila kamu melepaskan dia.
Meletakkan noktah dalam tegas walau pedih.
Kamu benar sayang..
Dalam mendiam tanpa menjawab panggilan dan pertanyyan dia.
Kamu perlu lakukan ini.
Untuk kali terakhir.
Agar penderitaan kamu berhenti.
dan kesakitan kamu pergi.
Dan kamu bakal temui yang baru.
Atau juga yang lama.
Yang akan beri kamu sinar dalam cahaya bahagia.
Bertahanlah sayang.
Jangan kamu buka ikatan yang kamu simpul dan genggam.
Kamu bakal tenang.
Percaya saya.


** Semoga kamu tidur lena Aznee Ahmad.