Sunday, August 30, 2009

Terima Kasih Allah...

Ya Allah... Dengan namaMU yang MAHA MENGETAHUI.. aku serahkan segalanya kepadaMU.

Saturday, August 29, 2009

angah jeles tak?

Pergi melaka dengan adik-adik. Menambahkan hutang kredit kad.. huhu.. Otw balik dengan adik-adik hayyan tanya:

Siapa yang paling cute?

Dua-dua angah dengan kak flora cute.

Dia tanya dia jawab.

Dia tanya lagi..

Tapi kalau hayyan cakap siapa yang paling cute, angah jeles tak?

Yang paling cute sikit kak flora.

Angah cute jugak la tapi.. (hayyan menambah)

CIS! budak ni nak jaga hati la tu.

Thursday, August 27, 2009

Hipokrit

Bila semua pekung di dada nak di buka.
Baru mahu tutup apa yang ada?
Hipokrasi terhormat.

Wednesday, August 26, 2009

warkah tiada cerita

Kenapa masih ada air mata yang menitis
Tatkala wajah bahagia hadiri hari
Mengapa masih menangis
Tatkala cerita lama sudah terkubur sepi

Mengapa ada manusia
Masih mahu tegakkan yang hina
Palit arang pada yang satu
Biar hanya dia menanggung malu

Darah daging bukan lagi pertalian
Darah daging itu sumpahan penghinaan
Melihat wajah-wajah air mata sepi itu
Melihat genang air mata sayu itu
Melihat noktah dalam luas jalan
Melihat awan dalam hujan

I see Tears.

I see tears.
Its from the mothers eyes.
Shes crying deep.
And it kills me.

I see tears.
Its from the sons eyes.
He's crying and begging.
And I'm trapped.

I see tears.
When she reads the charge.
And he admits his guilt.

I see tears.
And I act on it.
So help me God..
Let the world know that i'm proving justice.
Court is not only to give sentence.
Court is to teach and to educate.
I hope He will learn his lesson.
With his mothers tears as the most expensive bail.

I see tears.
When he is now only on bond.
Tears of happiness from the mother..
Of 45 years old.
And i can now breath..deep.

Tuesday, August 25, 2009

Die Budak Yang Nakal...

Dia memang gila-gila


Dia buat saya ketawa sentiasa.

Terima kasih atas kebahagiaan ini.

Cinta hatiku.. 1999-2009


Kata seorang sahabat juga cinta hatiku.. sabar..
Mereka mahu menjatuhkan kamu...
Dan dia juga kata..
Kamu telah lalui lebih dari itu.
Dan kamu pasti mampu lalui yang ini.
Betul kata dia.
SAYANG KAMU!

Saya sabar.

Monday, August 24, 2009

Cahaya Ramadhan.

Kadang-kadang..bila kita hidup dalam masa silam dan membenarkan diri terperangkap dalam kehidupan itu, kita akan sentiasa mengingati dan melalui kehidupan dengan cerita yang kita mahukan.
Dan kadang-kadang..bila kita sudah mahu melupakan, pencetus membuat kita menyingkap kehidupan lampau.. dan rasa amarah muncul tanpa di pinta tanpa diundang.
Mengalah?
Kata mereka mengalah tak bererti kalah.
Kalau bertapak di jejak keadilan..maka bermulalah era permusuhan.
Dan keluarga menjadi pertaruhan.
Antara keluarga, kerjaya dan maruah.
Aku harus membuat pilihan.
Dan pada ketika ini, aku berfikir tentang kehidupan masa depan.
Yang bersalah takkan pernah mengaku.
Itu kebiasaan dunia.
Si pembunuh kalau ditangkap sewaktu pegang pisau..
masih juga nafikan.
Kalau si ayah kahwin yang baru...dilihat mata dunia,
Si anak isteri masih geleng buat tak tahu.
Nama baik mahu dipelihara.
Kalau si pencuri mengambil harta..
Masuk bicara kepala tunduk minta simpati..
mengaku salah?
Orang yang buat salah takkan pernah mengaku.
Dan ada ibu2 juga bapa2 yang anggap anaknya malaikat dari syurga.
Suci tak pernah terpalit dosa.

Itu lumrah.
Manusia tidak nampak salah diri.
Bila ditegur..makin semarak pula rasa benci.
Kasihan.
Semoga Ramadhan ini memberi petunjuk terbaik..
Hanya pada DIA aku memohon dan berharap.

Sunday, August 23, 2009

Alhamdulillah..

Alhamdulillah.. selepas aku berbual dengan seseorang yang kuanggap sebagai kakak dari putrajaya dulu.. aku sedikit tenang. Istikharah, itu yang aku perlu lakukan. Kerana jika diturut rasa marah, aku mungkin akan bertindak dengan emosi bukan akal. Terima kasih puan..

Friday, August 21, 2009

Ladies...STOP THIS!!!!!!

Tak tahu nak luah macam mana. Tak tahu nak 'describe' macam mana lagi. Kalau aku isteri. Air mata mungkin dah tak punya apa-apa makna lagi. Yang aku kesalkan, macam mana seorang perempuan, sanggup melukai hati kaum hawa itu sendiri? Tak ada rasa kesian? Tak ada rasa bersalah?

Lepas sorang-sorang dirampas, merampas, bercerai kemudian berkahwin. Terpampang dengan bangganya di dada akhbar. Mungkin yang ditinggalkan atau meninggalkan tidak lagi mahu menangis.. mungkin juga sudah pasrah... Tapi aku pasti.. luka itu masih bertaut kukuh dalam hati.

Kesal.

Tidak kira poligami, atau berkahwin satu lagi.. sudah disalah ertikan oleh manusia-manusia zaman ini. Sana-sini mencanang dakwah.. akhirnya diri sendiri bersujud di kaki sendiri. Apa yang diludah, dijilat kini.

Payung emas bukan lagi jadi pertaruhan. Sunnah bukan lagi jadi panduan. Nafsu dan duniawi jadi ikutan. Benci pada perampas dan pemusnah rumah tangga orang.

Tuesday, August 18, 2009

akhirnya saya jatuh cinta

Pernah rasa jatuh cinta?
Saya pernah.
Saya sedang.
Saya mahu terus dibuai ombak cinta ini.
Bahagia.
Ops.. jangan salah faham.
Bukan lelaki yang saya bicarakan.
Eh aishah...jangan kecewa pula..
Kakakmu belum mahu berkahwin lagi..

Saya sedang mencintai diri sendiri.
Saya jatuh cinta pada kehidupan bersama adik-adik yang dua orang di rumah.
Saya cintakan dua rakan kerja yang gila di balai pd.
Saya cintakan kawan-kawan yang ditaburkan ke merata Malaysia.
Yang sentiasa setia bersama saya.

Saya benar-benar bahagia.
Kerana saya tahu.
Mereka juga cintakan saya.
Dan dengan itu...
Saya mahu kalian doakan saya.
Untuk kekal bahagia.

Benar kata orang..
Kebahagiaan bukan hanya dengan dua jiwa menjadi satu..
Kebahagiaan bisa datang dengan keadaan sekeliling yang menyenangkan.
Terima kasih Tuhan..
Walaupun saya penat dengan keadaan kerja yang tak pernah tenang..
Saya tahu mereka ada.
Dan yang jauh di merata Malaysia..
Masih setia melayan panggilan telefon saya..
Bila saya kebengapan..

Terima kasih Tuhan.

Saturday, August 15, 2009

The Ultimate Betrayal!

you!
make her cry. make her sad.
you...
take him away just for your sake.
you acted like an angle.
you acted like you care.
you were always there.
you were with him when she's his girlfriend.
you tell her everything you did with him.

you said you love her.
you said you will protect her.
sisters?
Betrayer.
Thats you!
full stop.

Thursday, August 13, 2009

Kesayangan saya...




Ini kisah anak-anak kesayangan saya.

mereka tidak kata ah..tidak kata tak nak...
mereka tidak mengeluh..
mereka tak pandai merungut..
mereka hanya senyum dan mereka tertawa bahagia...

RTM oh RTM

saya sedang sibuk menyediakan proposal untuk pitching di rtm isnin ini. Haish.. rasa macam otak dah berkarat beku dan tak mahu berfungsi. Inilah akibat hari-hari hanya tahu baca pertuduhan dan tekan hukuman... bila tiba masa untuk berkarya, komputer terpasang tak ada tulisan yang menari. akhirnya mata pejam. Tidurla apa lagi...

Wednesday, August 12, 2009

GILA

mereka kata saya gila.
sebab saya tak pernah mahu berhenti.
berlari tanpa tahu garis penghujung.
kali ini saya mahu terbang tinggi.
sayang sekali.
sayap patah tak berjahit tak bertampal.
Jadi apa mungkin saya sudah harus capai titik noktah?
hati saya geleng.
tak nampak di cermin.
minda saya angguk.
tak nampak di kaki sendiri.
nantilah saya fikir lagi.

I love you

if only i know you love me

now that you know?

i'm in love with her.

I understand.

But... i do have feelings towards you.

Don't. That will break her heart.

I know.

Good bye.

I wannna be with you.

Be with her. She loves you.

Thursday, August 6, 2009

Tenang

Alangkah bahagianya bila malam datang dan saya dapat merasai sentuhan kasih itu. Membaluti setiap ruang tubuh saya dan setiap rongga nafas yang ada. Di dalam deraian air mata bersama sujud yang terakhir, saya merasakan ketenangan abadi. Kalaulah setiap detik ketenangan itu lahir dalam jiwa...

Ketenangan yang terlalu indah dan damai. Tidak tertanding oleh cinta manusia. Tiada debat. Tiada nada suara. Hanya saya dan DIA. Mencurahkan segala yang terpendam. Mendengar setiap degup nadi yang berdetik.

Saya tahu DIA sayangkan saya.
Saya tahu hanya DIA mendengar segalaNya.

CintaNya terlalu menusuk jiwa.

hidup

Adik,
Kenapa tak pernah faham?
Entah apa lagi adik buat di kedah tu.
Entah siapa la yang berkawan dgn adik dekat sana.
Tolonglah.
Jangan lukakan lagi.
Jangan tambahkan lagi.
Cukup.