Wednesday, February 16, 2011

entah apa kali ini

Saat ini, saya buntu. Tidak tahu apa lagi yang perlu saya coretkan. Kalau dikira hati yang tidak pernah henti laranya ini.. saya mampu karang cerita air mata sehingga subuh menjelang. Tapi saya sudah keletihan menyapu air mata sendiri dalam sejarah hidup yang tidak pernah mahu berhenti menyakitkan.

Tolong. Tolong jangan ukir kata-kata pujangga. Jangan coret nasihat yang saya tak mahu baca kala ini. Cuma tuliskan rasa untuk saya fahami bahawa hidup bukan di penghujung jalan kelam.

Apakah paksaan kehidupan menjadikan saya kandas di padang pasir sendiri? Terdampar lemas bersama debu yang menebal. Kehausan mencari setitik air dalam dahaga yang kekal.

Kamu semua cuba fahami saya. Ya. Termasuk kamu yang suka mencerca. Saya tidak pernah mahu jadi diri saya yang begini. Punyai air mata dalam tiap ketika masa. Itu jalan terbaik untuk saya lepaskan rasa jiwa yang lara. Jalan termudah untuk saya jauhi darah dalam luka yang di lakar sendiri.

Entah dari mana kesepian ini datang dan datang. Semakin jauh semakin rasa itu hampir. Adakah atas kecintaan yang hilang atau kesepian yang tak pernah padam? Saya sendiri tidak punyai jawapan dan kepastian.. yang kekal hanya rasa hati yang semakin hari semakin dalam lukanya dek kamu.

Walau seribu kali saya hela nafas capai tenang.. masih jutaan kali saya meraba mencari damai yang hilang. Mahukan rama-rama singgah dalam taman hati tanpa menyakiti.
.
Apa yang saya cuba coret? Kamu faham? saya sendiri keliru. Nanti lagi kita bicara. saya penat!

No comments: