Jujur. Kadangkala kita keterlaluan dalam meluahkan apa yang terpendam dalam hati. Menulis tentang insan-insan lain yang entah betul entah tidak penilaian yang kita berikan. Siapa kita untuk menghukum? Hanya dengan mengetahui satu cerita dalam sepuluh lagi yang tersimpan, tidak memberikan kita hak untuk mencerca dalam penulisan. Entahlah. Saya sendiri terkadang jatuh dari sasaran. Mahu menulis tentang yang lain, penulisan jadi cerita yang beda dan jauh dari landasan. Dan mungkin atas kisah itu yang terpapar, ada hati yang bakal terguris dalam sedar atau dalam diam.
Dewasa hari ini bukan lagi masa untuk berirama caci dalam cerca. Cukup hanya sekadar memahami, menyedari.. memaafkan dan melepaskan pergi.
Saya tidak menilai sesiapa hanya pada dasar mengenali dalam sekejapan. Apa yang tertulis, percayalah tidak akan sama secara mata bertentangan.
Mungkin perlu nilai diri sendiri kemudian mungkin boleh menilai yang lain. Namun, apa yang pasti, apa juga penilaian yang kita buat tidak mungkin yang sebenar tentang sesiapa pun. Maka, berhenti menghukum. Hanya Tuhan punyai hak mutlak melakukan itu.
Senyum. Selagi ada nyawa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Suka entri ni :-)
Post a Comment