Monday, January 17, 2011

Semoga kamu tenang.

Hari ini saya tersentak lagi dari tidur yang seharusnya lena dan tenang. Saya tidak mampu pejam mata kembali. Tidak mahu mimpi itu mengganggu tidur saya. Saya takut. Terlalu takut dengan mimpi yang hadir. Dada saya senak dan sakit sekali. Entah bagaimana untuk saya perincikan kesakitan ini agar kalian mampu mengerti... Berdebar tiap kali mahu memejam mata kembali.

Saya masih merenung siling bilik. Mengharapkan tidur ini berakhir dengan baik sekali. Entah kenapa, fikiran saya terus terbang pada kamu. Entah mampukah kamu tidur kala ini? Siang yang penuh kepedihan buat kamu tadi mencengkam sanubari saya. Kesepian kamu dari membalas persoalan saya juga merunsingkan saya..

Saya tahu kamu terlalu kasihkan dia, sayang.
Saya tahu kamu terlalu butuh perhatian darinya.
Tapi kamu juga tahu dia bakal pergi bersama yang lain..
Dia bakal bina satu ikatan yang tak mampu kamu sangkal kekuatannya.
Perkahwinan dia dan pilihan keluarga.
Titik terakhir dalam segala persoalan hati kalian.
Kamu betul sayang..
Apabila kamu melepaskan dia.
Meletakkan noktah dalam tegas walau pedih.
Kamu benar sayang..
Dalam mendiam tanpa menjawab panggilan dan pertanyyan dia.
Kamu perlu lakukan ini.
Untuk kali terakhir.
Agar penderitaan kamu berhenti.
dan kesakitan kamu pergi.
Dan kamu bakal temui yang baru.
Atau juga yang lama.
Yang akan beri kamu sinar dalam cahaya bahagia.
Bertahanlah sayang.
Jangan kamu buka ikatan yang kamu simpul dan genggam.
Kamu bakal tenang.
Percaya saya.


** Semoga kamu tidur lena Aznee Ahmad.

33 comments:

socialfreakgeek said...
This comment has been removed by the author.
aznee ahmad said...

* aku yg sedang mengharapkan pelangi selepas hujan lebat diselangi guruh petir *

Min said...

sfg: masing-masing punyai cara yang beda untuk lalui kehidupan yang menyakitkan.

aznee: beb, kuat ok. tak ada makna lagi drmu bersedih utk dia.

socialfreakgeek said...
This comment has been removed by the author.
Min said...

nak pegang tangan macam mane tah? jab2 nak imagine.

socialfreakgeek said...
This comment has been removed by the author.
Min said...

Alala emo pulak ni...

socialfreakgeek said...
This comment has been removed by the author.
dan aku adalah aku said...

tarik nafas panjang2...selawat....hembusssssss

socialfreakgeek said...
This comment has been removed by the author.
socialfreakgeek said...
This comment has been removed by the author.
dan aku adalah aku said...

nice one sfg... sangat bermakna dan mendalam... saya suka saya suka... tq so much... tapi skarang saya sakit kepala tapi bukan kerana kisah itu tapi kerana cuaca yang agak panas * tetiba x relevan* ...

dan aku adalah aku said...

nice one sfg... sangat bermakna dan mendalam... saya suka saya suka... tq so much... tapi skarang saya sakit kepala tapi bukan kerana kisah itu tapi kerana cuaca yang agak panas * tetiba x relevan* ...

Unknown said...

sape nk pegang tgn sy??(tetiba perlukan kasih syg jgk...)

socialfreakgeek said...
This comment has been removed by the author.
dan aku adalah aku said...

alahai kesiannya...

Unknown said...

sfg : hehehe...blh je tp tgn sy kasar mcm kertas pasir.(wlu dh sapu losyen tiap2 hari...huhuhu).

daaa : kasihanilah diriku ini...

socialfreakgeek said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

sfg : awek xde so lampu hijau je...n kita blh jejalan.nnti sy sapu utk awak jgk...he3

sfg said...

ihsan:
aik! sejak bila tade awek nih? hahaha
takyah la sapu losyen kat tgn i ihsan... koser la i berlosyen-losyen nih... tua esok kedut jugak haha

jom je la jenjalan... jgn rasuah i dgn losyen u tu :p

Unknown said...

dh 4 thn sy xde awek...blh idup pn.he3...jgn risau psl kalo ade org salah sangka nnti.

jom.tp nk bwk min n aznee ke?hahaha(korg jgn mrh...)

dan aku adalah aku said...

tgk tu min....mereka juga tgglkan ku.... :(

Min said...

ku tak tinggalkan drmu pun..

socialfreakgeek said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

sfg : btl la...msti org tgk i ni power kan??ade awek rmi n blh ajak kuar sama2 smua skaligus...huhuhu.barula takabbur.he3

socialfreakgeek said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

bagus2...min blh pki lif bomba 2 nnti kalo ape2.brg dia plak byk tau.nnti dia pindah sy xnk tlg.he3...

Min said...

encik ihsan.. sy dah booking awak untuk angkat barang k

dan aku adalah aku said...

ya ihsan...masa ni la nak tunjuk kegentleman anda....huhu

Unknown said...

cik min syg intan payung : sy bz ketika itu...

aznee ku : perkataan yg x suke ku dgr...aku penah terkena 2.terus je x nak dh tunjuk kegentleman ku dh.serik!

dan aku adalah aku said...

wah ihsan ku , apakah yang telah berlaku padamu sehingga dirimu serik pada perkataan itu?

Min said...

ihsan: tiba-tiba bz.. huh!

Unknown said...

aznee ku : aku terpaksa menunggu pjg n lama semata2 kerana itu...uh!!tobat beb

min : kucing aku dijangka bersalin waktu itu...