Kalau menangis itu dapat meredakan keresahan..
Kalau menangis itu dapat mengembalikan kasih sayang..
Kalau menangis itu dapat menghilangkan ketakutan..
Kalau menangis boleh beri kekuatan..
Saya mahu menangis setiap hari.
Saat ini.
Genangan air mata ini bakal jatuh.
Kerana apa?
Gagal memujuk hati kamu.
Gagal menjadi yang sejuk dalam panas.
Gagal menjadi yang tenang dalam suram.
Saya mahu menangis.
Buang semua kesakitan yang tersimpan.
Mahu hilangkan kekecewaan yang bersarang.
Biar air mata ini tumpah.
Biar ia mengalir deras.
Bukan kerana sesiapa.
Tapi kerana saya.
Yang sering tersadung ketika melangkah.
Sering memilih yang salah.
Sering tak betah pada yang pasrah.
Kerana saya.
Mahu tetap berlari.
Mengejar dan tak pasti bila untuk berhenti.
Masa yang panjang.
Masa yang semakin lama.
Bersama kesedihan yang bersarang.
Biar saya menangis.
Itu sahaja kekuatan yang ada.
Bakal kering nanti.
Bakal pergi nanti.
Bakal hilang.
Jangan kesal.
Keletihan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Kadang-kadang air mata itu lebih membahagiakan dari sebuah senyuman.
kerana kita x pernah memilih ia...
-jejaka kacak-
~~~kEhIlAnGaN~~~dIsItU kItA mUlA mEnGEnAl BeTaPa BeHaRgA sEtItIs AiR mAtA...
Kadang-kadang tangisan itu mampu memberi kelegaan tapi kalau terlalu berduka, ia hanya menyakitkan.
keep smiling (=
Post a Comment