Mungkin betul saya sudah makin meningkat usia.
Membuat emosi semakin mudah terusik.
Lirik pandangan mampu getar hati yang tenang.
Bait kata mampu luluh jantung yang diam.
Wahai jiwa-jiwa yang tenang... Apa mahumu?
Geleng dalam diam yang tiada jawapan.
Semalam mengusik seluruh kukuh dan utuh.
Semalam getar air mata yang kian lama tiada luruh.
Bukan kerana kamu pernah dan masih saya kasih.
Tapi kerna jiwa ini tak lagi betah.
Jiwa ini tidak lagi mahu di sakiti.
Walau untuk satu bait bicara.
Walau untuk satu renungan amarah.
Walau untuk satu decit keluh kesah.
Jiwa ini tidak mahu lagi dilukai.
Oleh mana-mana jiwa yang hadir.
Datang dan pergi tanpa ehsan dan perasaan.
Cukup.
Saya sudah jadi benci.
Pada sakit atas luka yang tak bertepi.
Cukup.
Saya sudah jadi penat.
Pada luluh jiwa yang panjang.
Hati saya sudah merajuk.
Pada rasa kejatuhan.
Selamat Datang bahagia.
Selamat Pergi duka.
**DOA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Pilihan itu sentiasa ada..jika pilihan kamu adalah untuk bahagia selamanya maka pilihlah bahagia mengikut firasat yg celik..sy doakan kamu bahagia sentiasa..
Good..time to move on then..
Kamu perlu bergerak tanpa menoleh lg ke belakang :-)
-jejaka kacak-
Post a Comment