Friday, February 10, 2012

Ampunkan Aku Ya Allah...

Biar hati ini sepi seketika.
Tidak mahu melihat pada yang tersimpul.
Tidak mahu mendengar apa jua cerita sini dan sana.
Biar hati ini diam dari bicara.
Agar tidak bertindak atas dasarnya sahaja.
Biar jiwa ini diisi dengan cinta pada DIA yang maha ESA.
Tiap air mata yang gugur ini hanya untukMU Ya Allah.
Tiap sujud ini hanya untukMU Ya Allah.
Atas kekhilafan aku melihat dan menilai.
Atas kelukaan yang aku cipta dalam tidak sedar.
Atas kekecewaan yang aku jadikan teman seharian.
Ampunkan aku Ya Allah..
Sering menjauh dan hanya kembali bersama desah dan deras air mata.
Ampunkan aku Ya Allah..
Dalam riang sering kealpaan.
Dalam gundah sejadah dicapai....
Ampunkan aku Ya Allah....
Khilafku pada jiwa ku.
Pincangku pada imanku.
Rapuhku pada hatiku.
Namun cintaku tetap utuh UntukMu.
Tuhan yang satu.

Thursday, February 9, 2012

**Emo pagi

Saya tahu dalam saya mahu pergi jauh.. Ada yang berlagu riang. Mahu kenduri kesyukuran. Peluang yang mungkin di tunggu dan di nanti sambil melonjak-lonjak bagai anak kecil dihulur aiskrim pelangi. Saya hanya mampu berpesan. Jangan kerna jarak yang jauh kalian girang mahu berbalik pada asal. Jangan kalian mahu bertepuk dan meraikan pemergian. Saya bukan pergi untuk mati. Saya membawa amanah dan maruah. Dan saya tidak meninggalkan hatinya sendiri. Hanya jarak. Bukan menjauh dari cinta dan perasaan. Hanya jarak. Bukan kebencian atau dendam.

Sunday, February 5, 2012

Awk ok ke?

Bila orang tanye aku ok ke? Aku hanya mampu jawab aku ok. Aku tak tahu apa yang ada dalam fikiran dan hati aku sekarang. Aku tahu setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Aku bakal pergi jauh. Perjalanan yang tak pernah lagi aku tempuhi. Kali ini betul2 jauh dari orang tersayang. Dari umi,ayah dan adik-adik. Dari kekasih yang baru mahu dekat dan sentiasa denganku. Dengan anak-anak didikku yang selama ini aku hargai dan terlalu menghargai aku. Dari teman serumah yang menyayangi aku. Dari kenangan dan teman-teman yang sentiasa di sisi aku. Aku pergi jauh. Mungkin tidak perlu menaiki kapal terbang atau tidak mampu dihubungi...namun ini penempatan yang paling jauh aku bakal lalui.

Aku ok ke?
Banyak kegusaran yang bermain di benak. Banyak bisikan negatif yang berlegar-legar di fikiran. Banyak suara-suara sayu yang berbicara di hati.

Mampukah aku lalui dugaan baru ini YaTuhan...
Mampukah aku melalui cabaran baru ini...
Mampukah aku tersenyum kembali selepas sekian lama aku melalui keperitan yang panjang...

Aku hanya mampu memohon kepada Yang Esa..
Agar aku kekal tabah dan cekal.
Agar mereka yang aku kasihi tidak akn pernah pergi dan hilang hanya kerna jarak yang memisahkan.

Untuk mereka-mereka yang aku kasihi...
Jangan pergi meninggalkan aku..
Jangan hilang hanya kerna jarak yang beribu batu...
Jangan sepi hanya kerna aku kini bukan lagi di sisi dalam jarak yang mampu digapai...
Kasihku takkan pernah hilang..
Cintaku takkan pernah padam...
Hanya perlu pergi untuk perjuangan yang baru...
Masa depan yang baru..
Atas redha dan doa kalian..
Agar aku menjadi kebanggan..
Untuk kalian sebut sebagai orang yang kalian kenali dan kasihi.

**ok ada org kata jangan stress nanti cepat tua. Mari kesat air mata...