Semalam adalah malam yang teramat panjang bagiku. Aku terlena tatkala malam baru mencecah angka sepuluh. Denyut pada kepala yang tak berhenti malah makin menderas menjadikan aku semakin tidak mampu mengangkat kepala. Aku cuba memegang dahi.. terasa urat-urat kepala semakin timbul dan bengkak. Datang lagi kesakitan ini. Aku paksa mata untuk pejam. Selubung seluruh tubuh sehingga ke kepala.
Angka 2.
Aku terjaga. Denyut yang makin mencengkam. Dan sentakan kenangan itu menusuk tepat ke dalam sanubariku. Nafasku sesak. Aku segera duduk dan melihat sekeliling bilik gelap itu. Tidak mampu aku menghela dan melepaskan nafas dalam tenang. Peluh semakin rancak. Aku bingkas cuba mencari jalan melegakan kesakitan yang maha dalam itu.
Angka 4.
Sekali lagi aku terjaga. Kali ini sentakan itu terlalu kuat dan menyakitkan. Sekaligus merentap nafas tenang dalam tidurku. Aku terduduk dalam usaha menghela nafas. Sesak. Senak. Sakit. Dan kepalaku semakin menggila. Tuhan... sesak sekali dada ini. Rongga nafas ini bagai sempit dihimpit.
Aku tidak mahu kembali lena.
Tidak mahu pejam mata.
Duduk berteleku dalam wuduk.
Air mata ini tidak mahu berdiam dan menyepi. Masih menari dalam nada sesak dan senak yang aku hadapi.
Sampai bila malam belum mahu berbintang. Hanya hujan badai yang tak putus datang.
** Masih keliru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
min...
jika jadi mcm tu, ambil wuduk... buatlah solat tahajud, solat hajat. minta dtg tenang kembali.
kdg2 kita rasa kitalah yg paling susah dlm melalui sesuatu musibah... tp mungkin ada insan lain yg telah berpuluh tahun menanggung derita dlm diam, mungkin sampai ke hari mati. cuma kita tidak tahu.
cuba lihat semua itu dari perspektif yg berbeza... kamu lena kemudian semua itu buat kamu jaga... lantas di situ dan kerana itu kamu boleh bgn dan beribadah kepadaNya dlm mlm2 sunyi bermunajat...
senyum min :)
ya Min,sentiasalah berdoa padaNya.Dia sajalah tempat utama bagi kita sebagai umatNya...
salam,
sungguh mendalam kata2 anda, actually i've had been in the same situation like you. Terasa malam itu terlalu panjang untuk kita. Berpusing ke kanan ke kiri malah ke atas mengadap dinding amat susah untuk mata ini menutupkan kelopaknya. kadang2 saya bangun sambil bersila memikirkan perkara yang berlaku dalam kehidupannya sambil memikirkan mengapa ia berlaku. Kemudian saya bangun ke bilik air di keheningan malam perlahan membuka pili air mengambil wuduk sesempurna yang mungkin. membentangkan sejadah dan menunaikan solat hajat dan tahajud meminta pada yang satu agar diberikan kebahagian di samping redha tawakal dengan apa yang berlaku pada saya. dan bersyukur padanya setelah hati ini kembali tenang. kelopak mata ini mampu tertutup dengan sempurna untuk bangun pada subuh esok utk mengadap yang satu kembali :-)
"ZAIN"
Angah ok? :|
zain: t.kasih.. insyaallah saya cuba..
Asa: smile.. selagi ada nyawa.
Post a Comment