Friday, August 5, 2011

Pembunuh cinta.

Kamu dan kamu.
Membunuh jiwa saya.
Dari detik pertama cinta ini ada.
Hingga saat ini kamu masih setia.
Setia membiarkan saya disakiti.
Kamu dan kamu.
Membunuh cinta saya.
Kamu ada segalanya.
Apa lagi yang kamu mahu?
Yang ini juga kamu rebut dari rapuh jiwa saya?
Tiada rasa sedikit di sanubari kamu dan kamu?
Biar saya bina bahagia.
Biar untuk kali ini tiada lagi diari cerita derita.
Apa lagi rayu perlu saya persembah?
Untuk kamu dan kamu bisa mengerti?
Jangan dihalang yang satu ini.
Kerna saya bisa mati.
Dalam misi pembunuhan cinta bersiri.

2 comments:

Anonymous said...

cinta bukan pembunuh, cinta adalah nyawa
cinta bukan menyakiti, cinta adalah penyembuh
cinta bukan rumit, cinta adalah pelerai
cinta menyatu bukan pemisah
cinta adalah apa yang kau mahu…indah itu cinta

-NBN-

Min said...

cinta tidak pernah membunuh. cuma yang berada di sekeliling cinta yang bakal membuat cinta mati dan lenyap berama kekecewaan yang maha dalam.