Hmm..
Macam mana hendak mulakan bicara yang tidak pernah ada perhentian ini.
Entah dalam nada apa lagi saya mampu bicara untuk dimengerti.
Semalam kamu buat saya berfikir.
Dalam sedar atau tidak.
Dalam nada tahu atau mahu.
Kamu menjauh dalam dekat.
Kamu merapat dalam ratap.
Ada detik saya rasa kamu tahu dan hargai.
Ada detik saya tahu kamu elak dalam pertanyaan yang pasti.
Ada juga detik kamu lembut dalam sayu pujuk hati yang satu ini.
Banyak waktu kamu lebih berdiam tanpa jawapan.
Banyak mengelak dari satu titik keputusan.
Kamu tahu dalam tangisan ini ada ratapan pinta dihargai.
Kamu juga tahu kasih ini semakin mekar dalam ketulusan yang tak bertepi.
Tapi..
Dalam tahu itu kamu masih ukir luka di hati ini.
Boleh kamu beritahu saya atas dasar apa kamu lakukan itu?
Kamu juga akan sepi.
Mengelak
Mengelak
Terus mengelak dalam memberi kata pasti.
Entah sampai bila.
** Jangan hilang baru mencari. Kala itu saya bakal pergi jauh dan takkan kembali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
keputusan kamu 2 dh btl...biarlah masa yg menentukannya
kamu pasti?
yup...ikutla ckp sfg.aku setuju sgt 2
sfg:i'm trying n doing my best...
ihsan: aku usaha ni ihsan
Jauh macam mana pun Angah pergi, Asa akan tetap ada dengan Angah ok?
Post a Comment