Wednesday, August 3, 2011

Semalam bersama bulan

Celik dalam pejam.
Walau payah mengungkap sepi.
Walau jerih mengungkap cari.
Kamu jiwa yang pernah hilang.
Dalam pilihan bait kehilangan.
Dua tahun melakar janji.
Diri ini terus utuh berdiri.
Membina harapan dalam kesal dan sendiri.
Tanpamu malam bagai tiada bintang.
Sepi datang dalam pergi.
Bulan tidak mahu bersinar.
Kamu bikin sunyi semakin kelam.
Tatkala tangan tak mampu menggapai.
Renung saya pada bulan.
Seri jangan hilang.
Walau masih jauh jarak larian.
Walau masih berliku laluan badai.
Bisik saya pada bulan.
Sinarkan cahaya dalam kelam malam.
Agar janji ini bersemadi.
Pada cinta kita yang pernah tenggelam.
Hilang sekejapan cuma.
Tatkala nafas kembali digapai.
Kamu kini dekat dalam jauh.
Angka dua bakal jadi tiga.
Namun saya masih di sini.
Dalam larian deras yang saya perlahankan.
Agar kamu gapai tenang.
Agar bulan kembali bersinar.
Indah kala malam.
Suara kamu sering dalam mimpi.
Menghiasi malam-malam mendatang.

1 comment:

Anonymous said...

kalau jodoh dia pasti hadir, jangan gundah atau resah, masa yang di pinta, biarkan dia bersama masa.teruskan utuhmu, biar lambat tapi pasti,tiba waktu, kamu akan faham dan dia pasti jelaskan. sabar ok.

-naugthy by nature-