Friday, March 11, 2011

Tarik nafas

Sendirian semalaman membuatkan fikiran berputar ligat.
Pelbagai persoalan dengan seribu jawapan yang penuh beza.
Entah kali ini kekalutan rasa apa yang membelenggu diri dan jiwa.
Pertemuan dua malam yang mencatatkan cerita jiwa dan duka.
Menyingkap kisah semalam dan bahagia.
Ya. Dia pernah membahagiakan.
Kerna hadirnya dia, aku melangkau keutuhan pendirian.
Dan kerna itu juga, hati insan lain terluka dalam sengsara yang kelam.
Tapi, atas rasa cinta yang bersarang, kami pejamkan mata, pekakkan telinga.. melangkah dan melangkah.. hingga satu saat.. dia pergi.
Pemergian yang terlalu menyakitkan.
Kehancuran perasaan di kala itu menjadikan aku hilang kewarasan akal dan fikiran. Amarah bersarang.
Aku terlalu kasihkan dia.
Terlalu dalam rasa cinta yang ada..
Dan dia melepaskan tanpa aku tahu punca cerita.
Andai aku memilih dia.. andai aku mampu lenyapkan rasa hilang punca.

Pertemuan selepas jarak yang panjang.
Pertemuan selepas semuanya kembali tenang.
Pertemuan dalam sangkaan aku sedang bahagia membina cinta.
Pertemuan dalam cerita semalam.
Pertemuan dalam bening renungan mata yang membaca.

Tersentuh.
Aku sedar saat ini, aku cepat benar tersentuh dengan lenggok bahasanya.
Dengan anggapan yang aku letakkan tiap kali membaca penulisannya.
Cinta yang tidak pernah pergi ini membuatkan jiwa halus ini terusik terus.
Nampakkah dia?
Sedarkah dia?
Adakah dia merasai yang sama?
~~sepi~~
Entah bila akan terungkai persoalan yang bersarang.


**tarik nafas**

No comments: