Friday, April 22, 2011

Di mana Di mana

Mungkin saat ini saya bagai anak kecil yang teresak-esak menangis akibat belon yang pecah.
Atau kerana gula yang dipegang dirampas si abang.
Juga mungkin saya kelihatan seperti perempuan berkaca mata hitam berselendang menutup hidung dengan tisu sambil berjalan tunduk akibat kegagalan perkahwinan.
Juga saya mungkin seperti yang sedang dipaksa makan beratus ubat hanya kerana mahu sihat.
Ternyata segala telahan ini salah.
Saya yang sedang menekan punat ini adalah NUR A'MINAHTUL MARDIAH MD NOR.
Yang hampir kalah dalam perjuangan menenangkan hati.
Seorang saya yang duduk sambil berfikir dalam air mata yang mengalir.
Dengan satu pegangan.
Air mata bukan tanda saya tewas.
Bukan juga tanda saya tersungkur dalam larian deras.
Air mata yang mengalir ini air mata yang mendamaikan.
Yang mahu saya lihat pada realiti kehidupan.
Jangan berdiri pada paksi yang tinggi.
Hadapi dan cari.
Cinta saya ada.
Cinta dia juga ada.
Cinta kami sentiasa dalam pasti.
Cuma yang nyata.
Di mana?
Di mana dia yang pernah saya rangkul hatinya dalam genggaman erat cinta?
Di mana dia yang pernah hadir dalam mimpi dan jaga.
Yang ada hanya kamu.
Yang takkan pernah bakal hilang.
Cuma rentaknya makin nampak beda.
Langkah dalam hati-hati yang nyata.
Dan saya.
Tenang yang semakin kukuh ini.
Kadangkala bisa goyang dek jiwa yang rapuh.
Namun lihat mata ini.
Menusuk terus dalam hati.
Untuk kamu tahu.
Air mata ini bukan kecewa.
Bukan juga ketandusan bahagia.
Hanya lempias pada diri.
Yang kadangkala hilang dalam kabus kelam.

**kamu saya cinta.

No comments: