Mata yang melihat jauh ke dalam benak itu bukan lagi mata redup kamu yang tenang.
Kamu kecamuk dalam perjuangan mencari diri yang hilang.
Bicara kamu.
Bait penulisan kamu.
Segalanya tergambar kepincangan.
Hati saya sayu melihat kamu.
Sayu kerna saya tahu kamu berperang dalam diam.
Senyum yang tergambar adalah kesakitan yang pejam.
Hadir saya bukan untuk menghancurkan.
Bukan juga untuk menambah kelukaan.
Jauh sekali untuk merapuhkan jiwa yang tenang.
Saya mahu berdiri teguh di sisi kamu.
Mahu memaut bahu kamu tatkala kamu kerunsingan.
Mahu mengusap lembut tangan kamu tatkalan kamu keresahan.
Mahu menyeka air mata kamu tatkala kamu kecamuk yang dalam.
Saya mahu kamu tahu...
Perjuangan kita ini takkan berhenti sekadar di sini.
Perjalanan yang masih punyai 271 hari ini takkan hanya tamat hanya pada hari akhir.
Larian ini masih jauh.
Tarikh itu hanya bisa menjadi titik penentu.
Dan saya masih untuk kamu.
Tiada mahu berhenti.
Tidak juga menafi bicara hati.
Teguhlah sayang.
Kamu bisa lalui perjalanan ini.
Kamu bisa kerna kamu pernah jatuh dan bangun kembali.
Bedanya hanya kamu terduduk kali ini bersama cinta saya yang tak bertepi.
Kamu.
Saya.
Kita.
Jangan sekali kamu tewas.
Jangan sekali kamu melepaskan.
Jangan sekali kamu meleraikan.
Hanya untuk kali ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment