Monday, March 14, 2011

Sejak Kebelakangan ini (10)

Dia tidak lagi muncul.
Dan saya semakin merelakan.
Walau dalam hati sedikit resah.
Bersama getar yang tak pernah kebah.
Kamu harus bahagia.
Kerna saya juga mencari bahagia jiwa.
Saya senang di sini.
Mengisi ruang sepi dengan tawa yang lain.
Menari dalam lagu girang sekeliling.
Saya bahagia.
Punyai teman-teman gurindam jiwa.
Walau ada yang cuba meroboh.
Walau ada cuba menceroboh.
Kami utuh.
Dan kamu harus saya kalungkan penghargaan.
Atas keakraban saya dan teman-teman.
Kamu pergi.
Mereka hadir.
Cinta hilang dalam datang.

**Nana,Aznee,Lai, Ihsan, Lya & Affa. Terima kasih atas cinta ini.

4 comments:

Anonymous said...

bile plak aku cintakan ko ni??adus!!

-jejaka kacak-

Min said...

JK: oit! sila jangan salah faham ye.

archird affiq said...

Sehari tak tengok wall boleh kena sawan,
Itu la dia pesbuk punya penangan,
Kita semua erat persahabatan,
Mogo tak putus ~ kekal berpanjangan.

:)

Anonymous said...

hohoho...

-jejaka kacak-