Monday, January 30, 2012

I'm in LOVE!

Saya sangat bahagia. Saya baru kenal dengan seseorang. Setiap kali die senyum... Setiap kali dia pandang.. setiap kali dia tolak rambutnya ke belakang.. hati saya mencair dan terbuai penuh ceria.
Erm.. I think I'm deeply in love with him.


Okay-okay.. saya tahu ni mimpi yang tak mungkin jadi kenyataan. Tapi dia sangat comel.. :)

Thursday, January 26, 2012

Ya Allah Ya Tuhanku

Ya Allah Ya Tuhan...
Kali ini aku bermohon.
Agar aku diberikan jalan yang tenang.
Tidak lagi gundah dalam bangkit hari-hari.
Tidak lagi resah tiap pagi mahu melangkah pergi.
Aku mahu mencurah bakti.
Pada cinta atas ilmu yang selama ini kumiliki.
Tapi bukan di sini..

Tuhan..
Bukalah jalan untuk aku kembali tersenyum.
Untuk aku kembali luhur dalam ikhlas dan redha.
Bukan hanya pasrah tanpa mahu lagi berusaha.

Ya Allah Ya Tuhanku..
Jalan yang satu itu hanya KAU penentunya.

**Moga dipermudahkan jalan kerjayaku.

Two And Two Together

Hati yang hancur berderai tatkala kamu lontarkan persoalan.
Sungguh kamu terlalu sayangi dia.
Hingga tingkah aku tanpa tahu kamu persoalkan.
Salah apa dengan aku meluah rasa?
Salah kerana kamu merasakan aku mengguris jiwa yang tersayang?
Kalian tuduhlah.
Kalian simpulkanlah.
Kalian satukanlah dua situasi menjadi satu.
Aku masih tahu.
Tuhan ada untukku.
Moga ditunjukkan kebenaran.
dan
Tatkala itu, hati ini mungkin telah punyai luka yang maha dalam.

** Sepi

Wednesday, January 25, 2012

Siapa Sebenarnya .....

Siapa saya untuk hakimi sesiapa juga bukan persoalan untuk kamu rungkaikan.
Bila kefahaman yang beda diterima dalam pemahaman situasi kamu.
Pasti ada sebabnya.
Situasi yang sama mungkin?
Entahlah.
Saya juga meluah rasa.
Bukan pada kamu kalau itu yang ada pada benak jiwa kamu.
Kadangkala angin itu bertiup dan merembes hujan.
Menyapa pipi tanda perkenalan.
Tapi mungkin kerna ada petir, kamu menerima angin bagaikan ribut.
Atas khilaf kamu yang kamu lampiaskan pada yang lain mungkin.
Hanya kamu yang bisa merungkai lemas hati kamu sendiri.
Cukuplah menuding pada yang lain.
Matang atau tidak juga bukan kamu juri menilai.
Siapa kamu untuk bertanya siapa saya.
Paksi yang sama dalam percaya yang beda.
Tuhan kamu juga Tuhan saya.
Jangan diluah fitnah dalam amarah.
Kelak topeng kemaluan kamu buka tanpa sedar.
Dan tika itu, mungkin maaf itu belum bisa menyejuk taufan.
Dan hati yang beku kian membungkam.
Lakukan apa yang kamu fikir bahagia buat kamu.
Walau itu bisa lukakan yang kosong tanpa tahu.
Tuhan itu Maha Tahu. Maha Adil. Maha Besar.
Walau desah sekuman juga Dia tahu niat dan amalan.
Maka baik kamu juga saya.
Kita bukan Tuhan sesiapa.
Jangan membaca ruang pena kalau terguris itu yang kamu rasa.


**sengal!
**SENGAL!

Cinta hati saya.

"Tq angin..kembalikan miss saya yang baik"

"I'm glad to know you. God has sent me the best ever friend to me"

Kadang-kadang saya terfikir.. mendidik anak bangsa sendiri menjadikan saya berada di satu dunia yang beda. Setiap kali menatap wajah mereka satu demi satu.. ada sinar suci dan tulus dari pancaran mata hati mereka. Lelah sekalipun saya masih melangkah mencurah ilmu atas cinta saya pada mereka. Acap kali apabila saya resah... saya diam membungkam dan memori bersama mereka bakal bisa lahirkan senyum di bibir saya. Mereka terlalu istimewa. Walau apa sekalipun yang mereka bicara, dalam gaya apa sekalipun mereka tampil, mereka terlalu berharga.

Saya sangat bersyukur. Atas anugerah terindah ini. Di beri ruang dan peluang mengenali mereka, anak-anak yang saya didik walau hanya sekejapan cuma. Mereka tidak kenali saya atas dasar saya. Namun kejujuran dalam tingkah mereka bisa merembeskan air mata saya.

Pernah satu ketika.. saya cukup terusik dengan bicara kukuh salah seorang dari mereka. Mungkin mereka masih belum tahu segalanya tentang hidup. Saya juga tidak tahu. Tetapi mereka punyai satu jiwa yang pasti... kejujuran.

Saya mampu tersenyum tiap kali mengenangkan mereka. Kalian permata hati saya.

** Untuk semua student saya. Cinta hati saya.

Kamu

"Sudahlah. Dah bosan blah lah. Tunggu apa lagi"

"Siapa kamu untuk menilai? Tuhan? Kamu tahu apa yang ada dalam hati setiap insan? Jangan menghakimi kalau kamu tak mahu dihukum tanpa peluang."


Saya percaya kamu membaca penulisan saya.
Terima kasih.
Sekurang-kurangnya ada yang membaca.
Tidak kira amarah atau lelah.
Itu penulisan saya.
Dan kamu.
Tidak punyai hak untuk bicara atas penulisan saya.
Kamu juga bukan Tuhan sayang.
Dan kamu bicara tentang penghakiman tanpa peluang?
Lucu.
Benar-benar menggeletek jiwa satu ini.
Saya sudah lelah dihakimi tanpa bicara adil mahupun ruang dan peluang.
Saya sudah lelah memahami bicara nestapa yang lain dan berakhir dengan duka sendiri.
Dan kamu?
Apa yang kamu tahu tentang saya?
Sekadar menidakkan pada bicara.
Sekadar menilai pada dasar penulisan saya?
Kamu juga bukan Tuhan sayang.
Paksi kita sama.
Tuhan kita sama.
Jiwa kita sahaja yang beda pendapatnya.
Jadi, bicara di layar ini milik saya.
Enggan memahami atau tidak mahu mengerti.
Itu hak kamu.
Mahu melompat pada sah atau nafi.
Itu hak kamu.
BIAR AKU BERBICARA.
Cerita tanpa nama.
Yang terkena sahaja yang mampu rasa keju atau cilinya.
Manis pahit itu bicara saya.
Dunia saya.
Luahan saya.
Pelik.
Berani kamu kerana benar atau berani kamu tanpa nama?
Sembunyi balik "entah siapa".
Entahlah.
Bosan.
Orang seperti kamu terlalu ramai pada mata kehidupan.
Kamu hanya cebisan dari jutaan.
Moga kamu mendapat apa yang kamu cari.
Dalam penulisan hakiki.
Tanpa saya tuju pada si A atau B atau C.
Hanya saya dan Tuhan.
Meluah dalam hak penulisan.

**Mungkin kamu perlu baca Perlembagaan Persekutuan. :)

**Please come again. :)

Tuesday, January 24, 2012

Bosan

Mungkin penamat rasa amarah ini sudah menjelma.
Lelah meluah pada yang tak endah.
Pedih berbicara pada alam yang enggan mendengar.
Bosan mengungkap kata pada yang tuli.
Maka aku tiba di penghujung rasa.
Bisa ini biar nanah biar basi.
Tanggung pada tunggak hati berdiri.
Rapuh bukan bicara sendiri.
Pedih biar aku tanggung abadi.
Tiada guna mahu jerit.
Tiada guna mahu amarah.
Pada bayang yang takkan hilang.
Selagi mentari sinar terang.
Kini yang tinggal hanya aku dan jiwaku.
Diam sepi bersama lagu pilu.

**bosan

Wahai Sang Isteri

Wahai kamu yang bertopengkan persahabatan.
Jangan diuji sabar yang makin menghilang.
Kamu punyai suami dan juga sang kecil yang masih mencari kehidupan.
Jangan kamu persiakan hanya kerna cinta pada dia yang pernah datang.
Kamu kupas lemahnya suamimu.
Kamu pertikai kejujuran yang jitu.
Entah bagaimana jika sang suami tahu.
Dan berhentilah hubungi aku hanya untuk membuka aib suamimu.

Sunday, January 22, 2012

Rimas!

Saya memang sedang rimas sangat-sangat dengan kamu.
Jadi sila jangan tanya lagi saya apa-apa soalan yang boleh buat saya tambah rimas.
Owh dan kamu juga.
Tak perlu nak merindu pada hubungan yang kamu bakal nusyuz jika kamu miliki.
Dan ini blog saya.
Jangan persoal saya tulis untuk siapa dan kenapa.
RIMAS bangat!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, January 19, 2012

Aku belum mampu menjadi isteri.

Mendengar kisah kamu.
Melihat reaksi kamu.
Pada ikatan yang kamu bina atas lafaz yang suci.
Membuat hati ini terdetik..
Aku tidak mahu menjadi isteri itu.
Maaf. Jiwa belum bisa teguh untuk jadi sang muslimah.
Yang mungkin menerima segala kurang dan cela.
Memaafkan segala yang terguris dan terhiris.
Mendengar kisah kamu.
Aku takut jadi isteri itu.
Yang bermula dengan hanya berkongsi kisah duka.
Atau hanya mahu meluah rasa.
Berakhir dengan fitnah dan cerca.
Aib dan pekung di buka.
Hukum jatuh menimpa ubun-ubun kepala.
TIDAK.
Aku masih belum bersedia.
Mahu gelar diri sebagai isteri.
Suci hati masih belum aku perolehi.
Memahami masih belum aku mengerti.
Beda lelaki dan perempuan masih belum mampu aku hargai.
Maka aku belum boleh menjadi sang isteri.
Kerna bimbang satu hari nanti.
Aku bakal hubungi kamu pula.
Atas niat yang sama.
Berkongsi dan meluah kisah hati.
Berakhir dengan nusyuz seorang isteri.

Nauzubillah.

Tuesday, January 17, 2012

Mati

Hati yang mati bukan hati yg bernyanyi riang.

Layak?

** Owh sedang terkejut.

Seorang suami datang sambil menolak kepala isterinya. Terhantuk di bucu kabinet di hadapan buntang mata.

Jerkah tanpa belas.

Lalu herdik lantang.

"Kau tidak layak di panggil isteri dan ibu"

Si isteri tunduk sayu. Genggaman tangan anak dilerai, disambut seorang lagi bertudung kemas. Lalu sang suami menghempas diri di sofa dan anak di pangku.

"Hanya sahabat."

**Mode: terkesima dan segera tutup pintu.

Monday, January 16, 2012

S.E.R.A.B.U.T

Bila sahaja kamu bicara begitu di awal pagi. Hati terus berdetik resah.
Bagaimana mahu lalui malam.
Bagaimana mahu lalui perubahan.
Bagaimana mahu lalui beda yang meruntun jiwa.
Keluh buat kali yang ke sepuluh.
Tidak mahu rutin bertukar.
Tidak mahu beda dalam selesa yang telah sebati.

Saturday, January 14, 2012

siapa aku.

walau berderai hati ini melihat kalian, tiada apa yang mampu menghalang cinta kalian. biar hancur. biar luluh. masih begitu. masih utuh. dan aku.. ?

Friday, January 13, 2012

------------

Untuk rasa yang kecamuk ini. Mungkin tak perlu di luah. Kerna bakal menimbulkan amarah.
Untuk minda yang celaru ini. Mungkin tak perlu dikongsi. Kerna bakal menimbulkan benci.
Untuk jiwa yang resah ini. Mungkin tak perlu di ungkap. Kerna bakal menimbulkan fahaman yang silap.
Untuk air mata yang mengalir ini. Mungkin tak perlu di usai kisah sepinya. Kerna bakal hanya melukakan.

** selamat tinggal pada cinta itu.
** selamat tinggal pada jiwa itu.
** selamat tinggal pada kerjaya yang dijulang.
** selamat tinggal pada kepedihan perasaan.

~~mahu abdikan diri pada kertas-kertas dan tandatangan.

Bucu Empat Penjuru.

Sebanyak mana sekalipun bicara yang kudengar.
Segunung sekalipun kata-kata mahu bikin tenang...
Hati ini masih kecamuk dalam perjalanan yang pincang.
Penjuru empat bucu.
Dalam sepi alam yang mencari keriuhan.
Aku hari ini.
Tidak dalam jiwa yang tegar pada kepedihan.
Hari-hari yang kulalui bahai jasad tanpa nyawa.
Jiwa kosong tanpa irama.
Hanya renung mata yang hadir bersama derai air mata.
Gugur dan gugur lagi.
Tiada yang bakal mengerti.
Tiada yang bakal tahu.
Kosong Jiwa dalam sekejapan cuma.
Tatkala yang aku cinta di tarik dalam paksa.
Bertahun mengabdi diri.
Berjuang dalam cinta yang tidak bertepi.
Dan akhirnya aku terdampar di sini.
Bucu empat penjuru.
Mereka ragut keseluruhan hidupku.
Melempar aku ke sini tanpa rela dalam paksa.
Entah hingga bila.

Thursday, January 12, 2012

Pasrah

Bila ada air mata yang mengalir tanpa sedar... Saat itu terdetik di hati. Aku telah tiba ke penghujung tabah. Yang ada hanya pasrah. Meredah segala takdir yang ditulis.

Wednesday, January 11, 2012

:)

Tahun Baru dan Usia Baru. Saya masih seperti dulu. Tidak mahu mengharap terlalu tinggi. Hanya berdoa untuk satu perjalanan yang indah dalam dugaan yang pastinya ada.. atas Cinta Sang Pencipta. Moga tahun ini bersama usia yang telah menginjak kematangan diri menjanjikan memori yang lebih baik dari pengakhiran yang lepas. ~Semoga Allah besamaku~