Monday, February 21, 2011

Kerana Kamu Lelaki dan Aku Perempuan

Berpasangan itu lumrah kan? Selama hidup.. aku tak mahu menerima hakikat lelaki itu adalah untuk perempuan.. cubaan itu ada dan kegagalan atas rasa yang menolak itu sering berlaku. Aku tak pernah mahu ada rasa sangsi pada yang bernama lelaki. Menerima cinta dan belajar memahami sedang aku lalui. Namun cubaan yang terlalu keras dan terlalu memaksa hati menjadikan aku hari ini terduduk dalam air mata yang hampir tiada.

Jujur. Cinta perempuan yang aku lalui tidak sesukar ini untuk difahami,. Mungkin perempuan agak lembut jiwanya berbanding lelaki. Namun aku tidak pernah tahu bahawa dilukai lelaki lebih menyakitkan.

Kau lelaki yang aku sanjung dalam nama cinta yang agung.
Kau lelaki yang aku kira bisa lakar bahagia dalam cinta yang aku cari tak berpenghujung.
Namun..
Kau juga lelaki yang melakar janji kosong.
Lelaki yang menghancur dalam senyum.

Kau hilang dalam tawa ceria.
Menjadikan aku hilang dalam pencarian punca bahagia.

Kerana kau lelaki dan aku perempuan..
Kau permainkan dalam irama halus tanpa aku sedar semuanya di penghujung.

Kerana kau lelaki dan aku perempuan..
Hari ini kau tersenyum tanpa jiwa yang lara..
dan aku?
Aku masih mencari sinar tenang yang makin malap.

Aku bakal bangun wahai lelaki.
Menghidupkan yang kelam.
Tanpa kau perlu sedar.
Kau hanya satu didikan.
Untuk aku kenal erti kemanusiaan.

3 comments:

nana said...

cik min,
u've declared to start a new life kan? tukarla background song ke lagu yg riang ria hepi slalu...cepat...!

Min said...

nana: alamak. kena la ambik semua lagu abg nuar ni... :)

Anonymous said...

bkn abg ye...kakak plis!!

-jejaka kacak-