Saturday, March 12, 2011

Healing the Pain.


Dalam tawa dan senyum yang panjang.
Saya masih merasa sepi yang membungkam.
Kamu saya lihat dari jauh.
Kamu saya gapai tak tersentuh.
Pedih tatkala hati melihat bait penulisan.
Pedih melihat wajah-wajah yang menyakitkan.
Saya cuba dekati kamu yang menjauh.
Atas kesilapan saya atau kamu?
Sesak.
Nafas yang cuba di hela.
Tersekat dalam hembusan irama kamu.
Mengubat kelukaan yang dianggap terpadam.
Ditoleh dalam bahagia.
Masih ada bait derita.
Masih ada birat kelukaan.
Kamu dan saya.
Masing-masing punyai cerita.
Utuh di simpan dalam jiwa.
Terlukis dalam bening renungan mata.
Kesakitan kamu masih blum padam.
Hanyut dalam cerita semalam.
Dan saya, cuba meyakinkan.
Mencari riuh dalam hening.
Walau ternyata..
Di balik senyum tercarik luka.

**Catwalk! Fun!

15 comments:

Anonymous said...

pakai tudung tpi x sedar diri...sape nak enjoy dgn kau dgn brtudung tutup kejahatan tu...kau renung dan tgk gmbar2 kau smua...x ubah cara seorg bohsia murahan...aku x mahu manusia2 yg rapat dgn kau mengumpat belakang kau...atleast aku trus terang ,aku x mcam mereka,belakang kau mengumpat yg klau kau sendiri pun x snggup dgar...tlong lah sedar lah diri..salam

Anonymous said...

Kadang-kadang masa itu perlu untuk menyembuh luka semalam..
Agar parut itu indah jadi kenangan.

Min said...

indah jadi kenangan.
Saya tunggu.

Anonymous said...

Penantian itu suatu penyiksaan. .sggupkah membiar en ia terluka berdarah lalu menjadi parut yg kekal selama2nyer dan ia menjadi kenangan yg sukar utk dilupa en? it will make u suffer,my dear. .ia akan menjadi indah jikalau kamu berjaya melepas en kenangan itu pergi,terbang dgn bebas. .kenangan hanyalah kenangan~
Cipta la kenangan yg baru. .mungkin ia adalah perkara yg tersgt indah dlm hidup kamu. ^^

Min said...

kenangan yang baru dalam luka yang lama kadangkala mampu jadi indah dalam tiada sedar..

Min said...

anon 1: Siapa kamu untuk menilai hijab dan kehidupan saya? Malaikat yang tak pernah punyai dosa? Atau kamu penghuni syurga yang turun dalam suci yang pasti?
Semua manusia punyai kekhilafan. Punyai sejarah yang mahu di padam. Saya tidak pernah meletakkan diri saya sebaik Siti Khadijah r.a. Tidak juga pernah menjatuhkan kamu sehinanya. Kalau kehadiran saya merosakkan ketenangan kamu. Jangan lagi kamu peduli. Saya tidak mengganggu kamu. Tidak juga meletakkan kamu dalam senarai yang saya jauhi. Siapa pun kamu. Apa juga yang kamu katakan...saya pasti kamu punyai sebab kamu sendiri. Saya pernah di hina lebih jelek dari ini. Maka...kalau kamu mahu terus berkata-kata.. Bicaralah.. Saya redha. Kerna Allah itu ada. Yakin. Saya tidak pernah DIA pandang hina. Dan yakinlah.. Allah kasihkan kamu juga. :)

Anonymous said...

sy juga mgharap en keindahan kenangan itu hadir dlm hidup sy tanpa dalam sedar. .berdoa utk keajaiban~ ^^

-(anon 3)

Min said...

Anon 3: Keajaiban bakal datang. Yakin dalam hati. Affirmation!

Anonymous said...

amin. .alangkah indahnyer jikalau ia dtg dan tidak pergi utk slama2nyer. .yah! affirmation min! \(^^)/

Anonymous said...

tlg la x pyah guna nama tuhan..kau tahu apa kau buat kan? kan?tak kan nak snarai kan dkt sni en? =)

Min said...

Anon: kamu ada krisis identiti ya? :)

Anonymous said...

anon : kehadiran ko x penah kami smua alu-alukan kt sini.wlu ko pengecut mcm bangsat pon kami tetap x penah sakitkan hati busuk ko 2.kami tahu yg kamu byk sakit hati.tp ape blh buat dh nasib hdup ko x brape baik.wlu ape2 pn slalu2 la bc blog ni.moga2 ko makin sakit hati.n kalo x puas hati,datangla cari aku...

-jejaka kacak.wowwww!!!!!!-

Min said...

JK: biarlah dia JK. Kita doakan dia tenang. Doakan dia jumpa apa yang dia cari dalam hidupnya. Kalau dia seberani yang di kata.. dia tak perlu baling batu sembunyi tangan. Kita bukan pengecut. Maka... senyum. Selagi ada nyawa. :)

Anonymous said...

aku pon xnak la mengata...tp jika aku terasa,maka dia pon perlu kena.aku x suke jaga tepi kain org tp buruk padahnye kalo jd pengecut.biarlah dia dgn labunya..aku pon blh melenting kalo dh melampau!!

-jejaka kacak-

archird affiq said...

hmmm... pedulikan aje anon yg saiko itu.. yang penting dia nmpk... 1 serangan yang dilancarkan ~ ramai yang berdiri disisi untuk melindungi.. that's whats frens are for.. am i right min?ihsan?