Bila hati terdetik ada yang menjauh...
Bila hati terungkap ada yang menyepi...
Bila hati terusik ada yang menyendiri..
Pejam mata dan hela nafas seketika...
Mungkin di kala itu kamu mampu berfikir bukan atas jiwa...
Kosong yang saya rasakan bukan kerna menjauh..
Tidak juga kerna menyepi..
Apatah lagi mahu menyendiri..
Saya mahu melepaskan...
Tidak memaksa.
Tida mendesak.
Kerna itu bakal menjauhkan kamu dari saya..
Kerna emosi dan jiwa saya bakal membuatkan kamu senyum dalam paksa..
Saya hanya perlukan kamu di sisi.
Untuk peneman dan penyeri..
Bukan untuk saya menjadi serabut kamu dalam kalut.
Bukan untuk saya menjadi tekanan dalam lumpur yang menebal.
Merampas ruang nafas kamu.
Merampas bahagia kamu yang sedia kamu pertikaikan.
Gambaran bagai saya hanya memberi sakit dari bahagia.
Memberi derita dari tenang jiwa.
Untuk apa saya jadi pendesak cinta?
Saya mahu kamu hadir sendiri.
Bukan kerna rasa simpati.
Jauh sekali kerna saya dan hati yang sepi.
Tidak menjauh.
Tidak menyepi.
Tidak menyendiri.
Cinta saya masih utuh.
Kamu tahu itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
diri tidak cukup kuat untuk membantu mu, diri tidak cukup kukuh untuk menghadapi situasi. kau punya kekuatan hebat, meskipun air mata adalah peneman mu,smp hari ni kau masih utuh berdiri. dia hadir mengisi bahagia mungkin untuk seketika, dia masih disini bersama mu, tidak pernah hilang,masa telah berubah, dia kau juga berubah.
-NBN-
terima kasih atas kepercayaan pada kutuhan. semoga keutuhan ini kekal.
Post a Comment