Hari ini saya mahu bicara tentang bahagia. Luas sekali erti bahagia dalam diari kehidupan saya sendiri. Untuk mengatakan saya tidak bahagia, saya bakal di gelar manusia tidak pandai mengucap syukur. Tapi betul... ada saat saya duduk sendirian dalam bilik tidak berjendela ini, dengan sayu hati yang kesepian. Lupa bahawa saya punyai ramai lagi yang membahagiakan saya. Yang pada paginya menghantar pesanan dalam nada riang.. bertanyakan pagi saya. Yang pada jam satu petang mengingatkan saya tentang makan siang saya.. Yang pada malamnya mengingatkan tentang makan malam dan mengucap selamat tidur..
Dalam melayan sepi, saya juga selalu lupa.. saya punyai mereka yang menghargai saya. Yang sentiasa bertanyakan perkembangan hati saya. Mahukan yang terbaik untuk saya.
Dalam nada ini, saya pasti apa yang saya putuskan ini adalah yang terbaik buat masa ini. Bagi memastikan saya kembali tenang dalam kecamuk perasaan.
Tidak wajar hanya kerana dia yang satu, saya merasakan dunia bagai sudah berakhir. Tidak wajar hanya dengan dia yang mendiam tanpa perasaan, saya merasakan sudah tidak ada yang kasih.
Saya selayaknya bahagia. Bukan hanya bercinta dan mencintai antara dua hati. Tapi juga menghargai kamu yang sekelian selalu bersama saya. Dalam apa juga nada, dalam apa juga rentak irama.
*** Kalian tahu kalian penting dan terlalu istimewa!
*** Special Thanks and Love to my Family and Friends!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Ah...manis skali entry awk kali ini...
Semoga awk sentiasa bahagia..doa sy yg tak pernah putus utk awk sjk dulu
:)
min,nana masuk dalam kategori ni tak? (ngengade nak tanya),hihi
Lai: tx awak!! semoga awk juga temui bahagia...
nana: mestila masuk (saje la tu nak tanye.. padahal dah tau kan?? ) hehe....
;)
;)
bersyukurlah dengan apa yang ada. apa yang susah sangat nak bersyukur!!
sfg : I love the idea that you are one of my friend... who is always near my heart.
ihsan: wink!
Anon : siapa kata bersyukur itu susah? dan saya masih bersyukur kerana kamu membaca penulisan saya.. lucu ya.. kamu benci tapi kamu mencari cerita saya.. Bacalah.. agar saya terus-terusan menulis.. :)
Angah, please remember that I will always be with you no matter what happen. I won't leave you. Take care, sayang I miss you so so much
Post a Comment