Air mata yang mengalir tidak akan mampu membawa beku itu mencair.
Hati kamu semakin membeku.
Dalam ketuk dan rempuh.
Kamu masih kaku.
Cinta kamu yang tergambar dalam renung mata.
Kasih kamu yang terhasil dalam setiap sentuh.
Sayang kamu yang membakar dalam tiap senyum.
Disepikan oleh satu titik menanti penghujung.
Jauh mahu bertatih.
Sakit dalam cinta yang terhiris.
Jauh mahu berlari.
Sakit dalam cinta yang semakin menyala api tiada padam.
Lelah.
Kamu bikin saya lelah mengikut rentak tari yang meledak tiap pelosok jiwa.
Dalam lelah itu cungap saya tiada bersahut.
Mahu berlari entah kenapa langkah tertutup.
Cinta yang sakit.
Cinta yang sakit.
Cinta kita yang sakit.
Sakit kamu.
Sakit saya.
Cinta yang terlalu sakit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment