Dalam hidup, kadangkala kita terlalu memikirkan kesedihan yang datang tanpa henti. Hidup dalam sejarah kelam dan hitam sehingga mengganggu malam yang tenang. Bukan mudah untuk lalui kehidupan yang sentiasa dibayangi ketakutan. Apatah lagi tatkala tiada siapa yang mampu berdiri di belakang hanya sekadar untuk memeluk dan katakan bicara tenang.
Bukan satu. Bukan dua. Bukan tiga. Keperitan yang saya lalui dari kecil hingga dewasa. Selama perjalanan itu, saya hidup bersama air mata dan duka. Rasa kecewa yang menebal dan membunuh pelosok jiwa saya.
Kamu semua mungkin tidak tahu apa yang berlaku kepada saya. Atau ada yang tahu tapi tidak mahu peduli. Atau mungkin tahu tapi pejam mata dan menambah luka yang ada. Saya tahu.. Tidak ada apa yang saya mampu lakukan untuk mengubah sejarah yang tercipta. Bangun dalam sentakan ngeri setiap malam tanpa ada yang mahu memeluk dalam tenang.
Tapi saya juga tahu.. Tidak ada siapa yang harus saya persalahkan. Tuhan telah memilih saya sebagai anugerah pada ujian yang tak putus datang. Dan saya juga tahu.. Tuhan melihat kekuatan hati saya..
Kadangkala apabila ada air mata yang tak mampu mengalir... Saya menahan sakit dan pedih yang maha dalam. Bila segala pengorbanan di pandang sepi. Bila segala cinta ditolak haknya. Bila segala usaha diperlekehkan dan di hina. Tapi saya juga tahu, laluan hidup bukan mudah dan bukan selalunya indah. Saya juga tahu.. Hanya saya mampu memberi indah dalam kelam yang tercipta.
Sungguh. Saya sampai pada kemuncak derita. Keletihan yang saya rasai. Derita yang saya lalui. Sakit yang saya rasakan. Bukan mudah dan tak mampu terluah. Saya rindukan keteguhan saya yang dulu. Yang mampu tersenyum dalam maruah yang dicalar. Yang mampu berlari dalam jatuh yang dicipta insan lain.
Kadangkala saya bertanya sendiri. Ke mana hilangnya kekuatan saya selama ini? Kenapa saya biarkan jiwa lain menghancurkan keteguhan jiwa yang satu ini? Kadangkala saya hampir pesong apabila mempertikaikan Tuhan..
Saya tahu... Kepedihan ini adalah kekuatan saya. Saya mampu berbangga kerana saya telah melalui semuanya tanpa ada yang bersama saya. Kini, walau pedih menikam setiap pelusuk hati saya... Saya tahu... Saya mahu tersenyum. Saya mahu bahagia.
Semoga Allah bersama saya. Sedekat urat leher. Satu nyawa yang dianugerahkan. Satu hidup yang dipinjamkan. Inilah saya. Kekuatan yang hilang dan kembali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment