Hari yang tinggal menjangkau angka 274.
Saya semakin takut dan resah dalam pencarian yang saya tidak pasti ke mana arah tujuannya.
Mungkin cinta yang dikejar bakal tumbang tanpa perlu di goyang angin.
Mungkin hati yang kasih bakal hancur tanpa perlu ditusuk sembilu.
Mungkin jiwa yang kosong akan terus hilang tanpa perlu diisi.
Terlalu banyak yang terjadi dalam angka 91 hari.
Kesakitan dalam cinta yang dalam.
Luka dalam kasih yang pejam.
Kerna itu saya bertanya diri kini.
Apa yang saya cari.
Ke mana hilang maruah diri.
Dulu utuh tanpa goyah.
Dulu teguh tanpa goncang.
Semuanya hilang dalam sekejapan yang terjadi dalam diam dan sedar.
Apakah yang saya mahu.
Adakah cinta ini yang dapat merungkai resah gelisah dalam sunyi tanpa pecah?
Saya sampai pada titik tindak.
Tidak lagi mahu merayu menangih cinta yang terhenti pegun.
Keras seperti saya sendiri berlari dalam tiada kejar.
Diri semakin hilang harga dan nilai.
Perlu bernafas semula dalam perlahan dan kejap.
Entah di mana mahu mula.
Entah bagaimana mahu bertatih dan mengira 1,2 dan 3.
Yang pasti saya tidak lagi mahu mengejar bayangan yang berlari.
Yang tiada punya rasa kesal bila melukakan.
Yang tiada kata maaf bila torehan semakin dalam.
Bersalah itu tanda nama saya.
Menghancurkan itu tanda nama saya.
Dan semuanya bakal saya padam.
Biar saya merangkak sebelum melangkah.
Biar saya bertatih sebelum berlari.
Biar saya berlari sebelum memecut.
274 hari yang bakal dilalui...
Moga lebih indah dari 91 yang membahagiakan.
**274 hari lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment