Friday, December 31, 2010

Selangkah Menuju Baru

Hari ini terakhir untuk tahun ini. Terlalu banyak yang terjadi dan terlalu banyak yang menjadi memori jiwa. Menoleh dari Januari ke Disember.. kisah satu dua dan tiga.. Semuanya punyai tanda dalam benak dan lubuk jiwa.

Moga malam ini detik 12 menyinggah ke 1 Januari 2011, bakal menjadi mula dalam bahagia yang sering dicari dalam kabus yang tebal.

Punyai matlamat dan agenda yang dirangka. Moga bahagia dan jaya itu menjadi memori jiwa sepanjang 2011. Jangan lagi ada derita yang dicari sendiri.. Kalau ia derita, biarlah hadir tanpa diri mencari.

Kepada yang mencoretkan diari bahagia saya... kalian terbaik dalam hidup saya.
Kepada yang mengalirkan air mata derita saya... terima kasih atas rasa yang menyakitkan.. yang pasti memberikan saya talian kekuatan...

Selamat Tinggal tahun ini..

Selamat datang tahun mendatang.

Cinta jangan hilang.

Untuk Kesekian Kali

Masa mahu menulis ini, Fikiran dan hati saya kosong. Tidak tahu apa rasa yang muncul dan berlari-lari dalam detik nafas yang menyanyi.
Rasa bersalah ini semakin kuat.
Lebih-lebih lagi bila dia menyepi.
Walau sakit yang bermain tatkla kelancangannya bersuara.
Walau nanah dari luka lama berdarah dan mengalir deras.
Rasa bersalah ini entah bila akan hilang.
Kuatkan hati ini Tuhan..
Saya bimbang kerana rasa yang membelenggu..
Saya ambil langkah menoleh kebelakang.

**Bimbang

(maafkan saya... kita masih sentiasa boleh menjadi kawan)

Wednesday, December 29, 2010

SFG

Saya gembira kerana semalam saya telah tahu siapa kamu.. (SFG)
Satu hari kita mesti duduk dan berjumpa.
(lalala....)

Tuesday, December 28, 2010

Sejak Kebelakangan ini (4)

Kami berbincang dan saya tanpa ragu menceritakan semuanya. Memang saya malu, sebak dan sedih semasa terpaksa berterus terang. Tapi saya mahu penyelesaian secara dewasa.
Sekurang-kurangnya saya turun dan pulang dengan dada yang lapang. Kerana tiada lagi rasa sakit yang berkumpul. Menahan cerita yang melukakan itu.

Dan betul kata kamu lya.. saya patut berikan dia pujian kerana sanggup mendengar dalam penolakan yang nyata. Kamu tidak tega membincangkan tapi kamu masih mahu menadah telinga. Sepi mendengar bicara saya dalam menahan air mata. Syukur.

Kamu masih mahu melihat wajah saya dan membuahkan senyum yang masih sukar untuk saya tafsir dan rasai jiwanya. Namun kesudian kamu mendengar cukup melegakan beban yang berkumpul.

Dan kepada kamu semua (Nana, Umma, Ihsan, Lya, Aznee, Lai dan sfg)
Terima kasih atas semangat yang kamu berikan kepada saya.
Kekuatan yang berganda tiap kali kalian berbicara.
Apapun.. Kamu tetap sahabat saya..
Dunia Akhirat.
Semoga kalian utuh di sisi saya.
Insan yang punyai banyak cerita.
Hanya untuk hidup dan mengejar bahagia.

Hari ini yang lebih tenang

Terima kasih kerana membenarkan saya menangisi semalam dan bangun untuk lebih tenang hari ini.
Kerana rasa tekad yang telah saya tanam untuk melangkah tanpa menoleh ke belakang mengukuhkan hati yang disambar derita.
** sfg ; kamu menguatkan hati saya

Kepada kamu semua yang sentiasa membeikan semangat kepada saya,
Semoga kamu juga tenang dalam pelayaran ini.
Melalui segalanya dengan tenang dan pasti.
Saya tidak tahu sama ada selepas menulis ini hati saya akan tetap tenang atau tidak.
Dan jika penulisan selepas ini masih juga berbaur duka..
Semoga kamu semua masih bersama saya.
Cukup sekadar membaca cerita saya. Tidak untuk memahami dan menangisi bersama.
Mungkin air mata saya kering untuk pagi ini.
Dan semoga ia tidak mengalir lagi hanya kerana cerita derita yang panjang ini..

Monday, December 27, 2010

Please. Stay Away from my life.

Saya dah banyak kali mahu kamu jauh dari hidup saya.
Tapi kamu tetap datang.
Tolong..
Kali ini beri saya peluang mencari kehidupan saya yang lenyap dek obsesi kamu.
Beri saya peluang mengenal diri dan cinta saya dengan jalan yang diredhaiNya.
Kalaupun bukan bersama dia,
Saya tetap akan pergi jauh dari hidup kamu.
Saya tetap akan pertahankan maruah saya yang telah lama kamu pijak.
Di hadapan keluarga saya.
Di hadapan kawan-kawan saya.
Tolong pergi.
Lepaskan saya untuk mencari bahagia saya.
Mencintai tak bererti memilik.
Tolong rasional dalam bicara kamu.
Tolong waras dalam tindakan kamu.
Saya rayu.
Lepaskan saya untuk selamanya.

Sunday, December 26, 2010

Berhenti Untuk Sendiri.

Betul. Saya terlalu cepat membuat keputusan.
Tapi ini untuk kebaikan hati saya sendiri.
Supaya saya katakan pada hati bahawa semuanya akan kembali seperti sedia kala.
Saya akan temui bahagia saya..
Kalaupun bukan dengan dia,
Kalaupun bukan sepertimana yang saya mahukan sentiasa.
Cukup bermula dengan bahagia atas RedhaNya.
** cakap-cakap menenangkan hati sendiri (bisik hati saya)

Jadi, beritahu saya pilihan apa yang saya ada?
Biarkan hati sentiasa sedih?
Biarkan jiwa sentiasa mendung?
Sampai bila?
Mereka mahu pergi.
Mereka mahu lihat kejatuhan saya.
Pergilah.
Tapi saya tidak sekali-kali mengalah.
Semua mereka akan lihat kebangkitan jiwa saya,
Cuma beri saya seikit masa.
Untuk rawat luka yang maha dalam ini.
Bukan kerana kehilangan cinta.
Tapi kerana maruah yang dijaja merata.

Sejak Kebelakangan ini (3)

Sejak kebelakangan ini.
Rasa yang hadir bersama riang dan sinar bahagia mata.
Hilang.
Lenyap.
Sepertimana sepinya dia dari usikan berbunga bahagia.
Terima kasih.
Atas rasa yang sekejab cuma.
Terima kasih.
Atas titik tolak perubahan dilema saya.
SELAMAT PERGI CINTA.

Kata Indah dari teman.

min,
i am so sad reading this. jika kamu cintakan seseorang min, cintailah dia dgn sederhana... jika kerana cinta kamu terpaksa menggadaikan maruah... berhentilah dr cinta tersebut. utk apa kamu berkongsi segala masa lampau jika akhirnya kamu sedar kamu bakal gagal menyimpan sesuatu yg terlalu peribadi dan bakal meletakkan kamu semakin rendah di mata org lain? apa pun masa lampau kamu, u should keep it to urself. itu adalah hak mutlak kamu, jgn kerana cinta kamu gadai hak kamu yg satu itu. cinta itu bukan satu desakan, min. cinta itu adalah kefahaman utk tahu waktu memberi, meluah, berkongsi, menerima dan berhenti.

dan kepada insan yg kamu cintai;
ikhlas sbg teman min, walaupun saya tidak rapat dgnnya... pls... she deserve to be happy as much as you do. if u do love her, jgn dgr cerita dari pihak ketiga. yg kamu cintai adalah dia... so give her a bit of ur trust, berilah dia ruang untuk menjelaskannya kepada kamu perkara sebenar. jika sekali pun dia ada sejarah sendiri, itu adalah sejarah... tidak ada manusia yg perfect/maksum. Bagi saya, jika perkara itu berkaitan dgn maruah dirinya... hormatilah dia sekiranya kamu benar2 cintakan dia. jgn desak dia utk bercerita apa yg bakal mengaibkan dirinya. jika kamu cintakan seseorg, jagalah aib dirinya sptmana kamu jaga aib diri kamu sendiri. Cintailah dia kerana dia yg kamu kenali hari ini bukannya kerana masa lampaunya. She deserve to be happy but at the same time she deserve to be respect too. Cinta itu adalah saling percaya, saling menerima, saling memaafkan dan saling menghormati... cinta itu tidak seharusnya ada unsur paksaan... berilah dia peluang dan ruang untuk menyayangi kamu... i believe u will not regret if only u could give her a little bit of ur compassion, a little bit of chances. terimalah dia apa adanya hari ini bersama kamu bukannya hari semalam yg ingin ditinggalkannya... share with her a little bit of ur kindness, please.

Saturday, December 25, 2010

Dengari saya.

Tolonglah dengar penjelasan saya, awak.
Saya tak pernah inginkan kehidupan macam ini.
Ini bukan pilihan saya.
Saya selalu mahu menggembirakan hati sendiri.
Tapi saya telah pilih jalan yang salah.
Jalan yang mustahil untuk saya jelaskan pada semua orang.
Terutamanya pada awak.
Macam mana saya nak cakap apa yang saya pernah lalui?
Macam mana saya nak jelaskan apa yang saya sedang tanggung?
Ini maruah saya, awak.
Maruah. Bukan perkara main-main.
Tak mahu.
Saya terlalu malu untuk bercerita.
Bukan kerana saya tak percayakan awak.
Saya masih belum sedia.
Dan untuk awak mengetahui semuanya bukan dari mulut saya,
Dan kemudiannya menjarakkan kita.. menghancurkan hati saya,
Jangan buat kesimpulan sebelum mendengar penjelasan saya awak,.
Itu masa lampau saya,
Saya berusaha keras untuk meninggalkan segala masa lampau saya.
Awak ingat saya happy hidup macam ni?
Tak awak.
Dengar cerita saya.
Tapi macam mana saya nak mula?
Bagaimana nak cerita tanpa ada air mata?

** Sebak.

Bintang Jangan Pergi

Bicara bahasa bisu,
Dalam berat hati yang menanggung.
Kenapa diam yang kamu simpan.
Tanpa luah apa kali yang terpendam.
Lihat mata ini.
Tenung wajah hening ini.
Biar tahu derita hilangnya bintang.
Biar tahu sepinya tanpa tawa riang.
Dekat kali kamu.
Jauh hati kamu.
Bintang sinar terang hati kelam.
Jangan Pergi.
Bukan hari ini.
Jangan esok.
Tidak untuk selamanya.

**Semoga bintang banyak malam ini. :)

Wednesday, December 22, 2010

Bintang jatuh.

Sepatutnya saya sudah tidur dek badan yang terlalu penat sesampai dari KK... (** thank u so much Lai sebab jemput saya di LCCT)
Mata beberapa kali saya cuba pejamkan tapi fikiran saya berputar..
Banyak yang berlaku semasa saya di KK.
Membuatkan hati saya remuk dalam senyum.
Menangis dalam tawa.
Saya mungkin sudah jatuh cinta.
Tapi cinta saya entah di bintang mana.
Langit yang terlalu cantik dengan sinaran bintang kelam dalam sekelip mata.
Cinta antara Benua?
Kamu tahu perasaan itu?
Dia mungkin tidak tahu.
Baca blog saya juga jarang sekali.
Jarak antara prinsip dan kepercayaan diri,,
Menjarakkan hati kami.
Kamu baca ini?
Semoga kamu tahu, remuk hati saya semakin dalam.
Namun saya mahu senyum.
Pada kamu dan bintang.
Mungkin malam takkan selamanya kelam.

** Berdoa sambil pejam mata.

Thursday, December 16, 2010

Dah sedia?

Tadi asa tanya sambil baring dan pandang muka.
Angah dah sedia?
Saya tarik nafas dan hanya mampu kata.
"Angah perlu. Mahu atau tidak"

Wednesday, December 15, 2010

Kelabu

Apa sebenarnya yang saya mahu ni?
Kenapa hati saya berbolak balik dari hari ke hari?
Ya Allah..
Saya perlu buat keputusan.
Saya terima satu pesanan ringkas dari kawan kesayangan.
"untuk umur 27 tahun..."
Dan pesanan tersebut buat saya berfikir.
Hati kami yang mudah terusik atau memang kami inginkan sesuatu yang masih belum digenggam?
Aduhai sayang..
Kamu sabar ya..
Jangan lagi alirkan air mata.
Kamu masih ada saya..
(**untuk nana tersayang)
Apapun..
Saya masih dilanda tsunami hati.
Tidak tahu.
Kelabu.

Kumpul- kumpul

Kamu memang peminat setia saya. Rajin sungguh kamu baca penulisan saya. **Rasa bangga :)

Hm.. T.kasih. Walaupun kamu tinggalkan komen yg merendahkan Maruah kamu sendiri, saya tetap rasa bangga kerana kebencian kamu menggandakan pahala saya. Juga meningkatkan senyum saya. Sabar ya.. Semoga satu hari nanti kamu lebih tenang dengan pelbagai lagi kebahagiaan saya.. :)

Oh ya, nanti saya kumpul semua komen kamu yang masih saya belum 'approve', saya publish di blog saya ya. Tolong teruskan membaca dan menambahkan komen di blog ini supaya penulisan saya akan terhasil dengan begitu indah sekali tentang kamu. Tolong ya. Saya pohon.

Selamat Berbahagia dengan kebahagiaan dan kegemilangan saya...

**senyum simpati untuk kamu. :)

Tuesday, December 14, 2010

***Sedih

Adik-adik takkan faham bagaimana perit menjadi saya.
Mereka takkan faham cinta agung saya pada mereka.
Semua apa yang saya curahkan..
Titis air mata pengakhiran perjuangan.

Monday, December 13, 2010

Sejak Kebelakangan Ini (2)

Mungkin dia berfikir dua atau tiga kali selepas tahu cerita yang satu itu.
Tuhan...Pengakhiran kepada yang belum bermula mungkin akan lebih memeritkan.
Saya sedikit terkebelakang.
Apa yang difikirkan dia sekarang mungkin takkan sama dengan apa yang saya rasakan.
Fikiran dan hati.
Entah bila temui jalan pasti.
Saya pernah katakan,
Walau sekelumit bahagia atas kehadiran dia...
Cukup merubah rudum jiwa saya.
Jangan tarik dia pergi.
Bukan sekarang.
Tidak esok.
Jangan selamanya.

Thursday, December 9, 2010

Sejak kebelakangan ni...

Sejak kebelakangan ni, hati saya bagai ada sesuatu yang saya tak pasti rasanya.
Fikiran saya sendiri tak menentu memikirkan hati yang satu ini.
Disember bakal pergi. Januari mengubah angka usia.
Saya percaya sudah sampai masanya untuk saya melangkah ke destinasi.
Untuk apa saya biarkan derita lama bermain dan bersarang dalam jiwa?
Hari-hari tidur memandang ke bawah kerana takutkan kenangan yang lampau?
Tersentap tidur tatkala lipas lalu di kaki. Bagai tangan kasar merayap di peha sendiri.
Kebingungan ini sudah sampai penghujung kepastian.
Saya terfikir dan merasa gapaian kebahagiaan.
Kalau kamu hadir kerana doa saya pada yang ESA..
Dan kalau kamu pergi atas ketentuan DIA jua..
Cukup sekadar senyum tawa yang kamu ukir di bibir saya.
Membuatkan hari-hari saya punyai sedikit cahaya cuma.
Namun tetap melodinya irama gembira.
Saya hela nafas tatkala memikirkan risiko ini.
Apakah hati saya sudah bersedia?
Bagaimana kala kehadirannya hanya untuk berteka-teki dan kemudian pergi?
Kata umi, yakin dalam hati.
Saya tak punyai harapan segunung tinggi.
Hanya doa untuk tiada lagi titisan air mata.
Agar bahagia bisa menjelma.
Agar nafas saya bisa lebih tenang..
Agar hari saya lebih bermakna..
Agar saya tidak lagi bermain dengan sepi.
Hanya kerna saya berselimut bahagia.
Mungkin kerana itu saya perlu belajar menerima.
Mengenal dan bertanya hati.
Titik noktah saya mulai berlari lagi.

Wednesday, December 8, 2010

Masanya dah sampai.

Mungkin betul masanya dah sampai untuk saya melangkah lebih jauh lagi dari kehidupan yang saya pilih selama ini.

Sunday, November 14, 2010

Tentang Lelaki..

Apa yang berlaku minggu ni?
Owh..
Bercakap tentang Anuar zain dan Asmara di TV3**
Juga tentang mereka;
Dia sangat comel..
Eh tengok yang tu pun kiut!
Alamak, ada isteri la pulak--- teet reject.
Eh, yang tu nampak simple je..
Attractive!!

**Akibat zaman sekolah tak punyai hati.

ERK!! adakah hati dah terbuka?? :)

Tuesday, November 9, 2010

Wajah









Mereka hadir dan pergi. Hadir kembali dan mengukir senyum. Seketika. Bahagia dan derita. Mereka adalah sebahagian kisah saya. Wajah - wajah yang pernah membahagiakan saya.

Sunday, October 31, 2010

Ops Bersih.

Prmulihan Hati. Sangat Susah.
Terlalu banyak kekotoran yang terpalit.
Kalaulah ada clorox untuk hati yang kotor.
Mungkin lebih mudah.
Tak mungkin terkandas dalam perjalanan yang goyah.

Saturday, October 30, 2010

Thinking back.

Duduk seorang diri memang kadang-kadang boleh mendatangkan rasa sunyi dan kosong. Despite having everybody around you.. you just feel empty. Dan kala kosong bersarang, kita cuba untuk tidak berfikir yang bukan-bukan. Mengelakkan hati terganggu membawa kepada karutan yang bertimpa. Jadi.. cuba hubungi kawan-kawan (boleh dikatakan kawan lama- yang kita sentiasa ada untuk mereka)

Betul kata sesetengah yang telah mengalami ini.. saat kita memerlukan, cari dan mereka pasti jauh atau mahu pergi. Dan saat kita diperlukan... Kita berdiri sambil senyum dan menanti.

Salahkan keadaan bukan jalan penyelesaian. **sedih kerana dah siap bermake up dan berbaju baru tapi tiada yang mahu ketemu.

Dan betul juga kata-kata umi yang paling saya cintai.. kalau rasa sepi.. tadah tangan mohon ketenangan.

Dan air mata ini berguguran. entah sedih kerana apa. Entah apa punca cerita. Entah dari mana datang tsunami jiwa. Tapi.. ya.. saya tersedu dalam tangan yang menadah dan sujud yang menyembah.

Subhanallah.

Friday, October 15, 2010

Di mana saya hilang.

Dua minggu. Dan hati saya masih tidak mahu berpaling. Wajah sayu siapa. Entah kesal atau hanya kata-kata. Saya lihat lebam yang bertanda. Ini bukan kehidupan yang selayaknya untuk manusia.
Hairan. Hari hari saya adalah untuk menegakkan hak teraniaya. Mangsa rogol, cabul, samun, bunuh.. Siapa akan berdiri bersama diri saya? *** masing-masing diam.

Sedangkan Nabi s.a.w maafkan umatya. Oh saya sudah tau itu. Tak perlu ulang seribu kali. Kerana saya cuma insan biasa. Kosong jiwa kadangkala.

Saya tak mahu ini. Yang saya mahu hanyalah satu. Ketenangan.

Damai selama dua minggu ini hanyalah kesepian. Saya sepi. Tapi saya juga tenang. Biar kekal begini. Biar malam-malam saya tiada lagi ketakutan dan kesakitan. Biar tiada lagi mimpi menyentap tidur. Kelam.

Sunday, October 3, 2010

He's no longer available









(kenangan yang tinggal)






Mendapat tahu dan menerima dari dulu. Kami tidak pernah ditakdirkan bersama. Percubaan yang gagal hanya selama 6 bulan....dan dia akan menyusuli yang lain-lain bersama kehidupan baru. Perpisahan kami atas satu hati yang terluka. dan saya tahu kini dia bahagia. Itu memang selayaknya untuk dia. Saya tidak pernah membenci atau berdendam. Marah juga sudah hilang. Perjalanan kehidupan antara kita berakhir tatkala kamu menjadi milik yang lain. Memori 11 tahun lalu akan saya pahat dalam ingatan. Cinta saya tidak pernah padam dan hilang. Air mata dan sejarah antara kita telah saya kunci dalam peti yang saya akhirnya lempar ke lautan. Biar ia pergi bersama kebahagiaan kamu. 10 tahun saya mengejar cinta kamu. 6 bulan kita cuba mengemudi bahagia. Dan kita tewas pada keegoan kamu dan saya. Kamu seharusnya bahagia.

** sentiasa mendoakan kamu bahagia bersama dia.

In memory of Megat Mohamad Megat Omar~~
4E1 SMTKL

Saturday, September 25, 2010

Tahun depan kawin.

Umi kata saya perlu kawin pada 23.4.2011. Dan saya termenung dengan kenyataan itu. Macam mana saya nak kawin kalau saya tak punya senarai yang mampu menjaga pulih hati jiwa saya? Masalah besar. Mungkin umi bergurau? Tapi bunyi macam sangat serius dan yakin.

Bila saya marah dengan kenyataan umi. Umi senyum dan kata.. "insyaallah ada tu.. yakin dengan doa umi"

Masalahnya bukan yakin atau tidak saya pada doa si ibu.

Masalahnya adalah saya sendiri tidak tahu adakah perkahwinan itu antara kemahuan saya?

Pening.

Boleh atau tidak saya memilih untuk tidak berkahwin?

Ok saya hampir masuk 28 tahun. So? Kerana angka itu saya perlu menjadi isteri? Saya rasa itu persepsi yang salah. Siapa sokong saya? (Aduh nana, jangan kata saya sudah tua..)

Ada siapa-siapa mahu saya berkahwin?

Ya aisyah.. jangan angkat tangan terlalu tinggi ya. Saya tahu kamu mahu saya menjadi isteri supaya kamu tak perlu menunggu giliran. Takpe.. kamu potong sahaja giliran saya. Saya tak minta apa-apa.. (cuma nak cincin sebentuk boleh?) haha...

Aduh. Jiwa saya celaru. Ok. Saya tahu saya perlu banyak berdoa dan dekatkan diri padaNya supaya saya tenang. Tapi saya juga manusia biasa. Mungkin tenang itu masih belum milik saya?

23.4.2011?? Apa bakal terjadi pada tarikh kelahiran umi saya ini?

----kompius----

Wednesday, September 22, 2010

Biar malam berbicara

Kalau malam mampu berbicara..
Mungkin malam akan menitiskan air mata..
Bersama hela nafas yang semakin terhenti.
Tersekat dalam jiwa yang semakin kosong dalam diam.

Berbicaralah wahai malam.
Biar mereka tahu bagaimana tidurku dalam tangisan.
Biar mereka dengar sendu dalam setiap titisan..

Dalam sujud dan dalam tangan yang ku tadah..
Ku isi kekosongan yang semakin jelas.
Menyebut namamu ku kembali tenang..
Mataku pejam.
Tangisan makin hilang.
ALLAH..
Satu pengakhiran kekosongan.

Wednesday, September 8, 2010

perlu faham.

bila kita terlalu kasih.. tak bermakna kita perlu memiliki tiap hela nafasnya.

Wednesday, September 1, 2010

Boleh maafkan saya?

Saya rindu kamu.
Maafkan saya.
Apa juga salah saya.
Ya?

Tuesday, August 31, 2010

Selamat Hari Merdeka?

Negara kita sudah merdeka dari jajahan fizikal yang menyakitkan.
Perwira negara berjuang dalam darah yang tak pernah dilupakan.
Merdekakah kita sebenarnya?
Dari jiwa dari minda?
Kenapa sia-siakan perjuangan yang lampau.
Dengan penjajahan zaman hari ini.
Dan aku sendiri masih dijajah.
Dalam perjuangan keluar yang perit dan menyakitkan.

Monday, August 30, 2010

Jauh Hati

Saya sering meletakkan diri dalam pilihan yang salah. Dalam memilih hala hidup dan cinta. Saya seringkala merasa pilihan yang di buat adalah yang terbaik bila mana segalanya adalah penderitaan yang panjang.

Serik belum pernah menghuni kamus hidup saya. Terus-terusan memilih jalan hidup yang entah di mana kesudahannya selain air mata yang semakin kering.

Saya akur. Jalan ini bukan jalan keredhaan. Cinta ini datang dalam murka yang Esa. Tapi dalam tahu itu ada hati yang mahu dibelai manja. Pilihan yang tidak tahu betul salahnya. Dan dalam tidak mengetahui saya memilih satu antara dua.

Salah siapa atas pilihan yang kosong ini? Hati atau jiwa? Akal entah ke mana. Bila air mata bermain di lubuk perasaan...tatkala itulah mata buka luas dan minda segera berputar. Hentikan. Namun apa daya yang ada. Semua hanya kejahilan fikiran. Kedaifan perasaan. Kekhilafan perhitungan.

Saturday, August 14, 2010

26 Episod

Doakan saya.
Semalam saya menerima khabar.
Sinopsis drama 26 episod saya diterima di stesyen TV "~~~rahsia dulu~~~"
Saya mahu mengalirkan air mata.
Bukan senang orang baru seperti saya boleh diterima masuk dalam industri.
Doakan ini bukan hanya cakap kosong lagi.
Saya perlukan masa lebih dari 24 jam sehari..
Mungkin tidur saya makin hilang masanya.
Yang penting...
Kamu semua harus doakan saya.

Wednesday, August 4, 2010

Mata Hati


Alhamdulillah.
Bernafas saya untuk hari ini.


Mungkin saya boleh pertimbangkan ini ~~~

Monday, August 2, 2010

kasih sayang


Pagi tadi hantar hayyan~~ (adik yang bongsu) ke sekolah. Sampai terus dia kata;

'angah hantar hayan sampai kelas ok'

Di depan pintu kelas, Awin ~~ (kawan baik hayan) dah menungu. Mereka terus senyum girang.

Hayan dah tak nampak saya lagi. Terus peluk awin dan mereka pimpin tangan jalan ke padang.

(jarak 2 minit perjalanan dari kelas ke padang)

Tangan mereka tak lepas.

Dan saya kagum.

Mereka dipenuhi dengan kasih sayang.

~~Indahnya dunia yang penuh kasih sayang~~

Sunday, August 1, 2010

Kata Hati

Aku semakin hilang dalam kekalutan fikiran yang hitam.
Asap dalam kepulan yang terlalu lebat tanpa hujan.
Aku belajar tersenyum dalam sedu tangisan.
Aku belajar tertawa dalam bisikan kekecewaan.
Aku semakin tegar dalam kehilangan yang mencengkam.
Masih dalam diam.

Friday, July 16, 2010

Boleh kamu hilang?

Tak suka.
Bila serabut dalam kepala dan pusingkan dunia saya.
Tenang dulu sebelum datang.
Kacau bilau pening dalam kering kontang.
Hilang kamu tenang saya.
Boleh kamu pergi jauh?
Supaya saya tenang kembali?
Supaya saya hidup atas paksi hari ini.
Hela nafas untuk lepas.
Diam

Wednesday, July 14, 2010

Allah mendengar doa Kami.

Doa Kami dalam setiap sujud.
Doa Kami dalam setiap lagu nafas.
Dengar walau lambat.
Hati Kami sayu dalam syukur.
Terima kasih Allah...
Semoga hati mereka disatukan.
Semoga umi Dan ayah dilindungi dan dirahmati.

Monday, July 12, 2010

sayang ayah umi

sayu hati saya melihat ayah yang diam
membisu dalam nada sunyi dan sepi
hati ini mahu kata..
mahu pujuk mahu paksa...
degilnya wahai ayah.

syukur saya punyai umi dan ayah.
Jangan lagi tarik mereka dari saya.
Hancur dunia.
Hancur hati saya.

It's only a hye..

Dia datang pada dasar satu.
Datang bukan untuk bersama kamu atau saya.
Dalam diam hati melepaskan.
Biar dia pergi jauh seperti dulu.
Saya mahu tenang.
Tidak ada rasa resah dalam tak tahu.
Tidak Ada rasa gundah dalam pejam mata yang keliru.
Entah Dari mana.
Entah atas dasar apa.
Kamu datang dalam hidup saya
Sekali lagi kamu takungkan airmata yang hampir tumpah.
Dalam sedu Dan tahanan sendu..
Dan kamu yang satu..
Kering hati kamu.
Itu saya tahu.

Friday, July 9, 2010

Happy birthday love!

Happy birthday!!
Love u!

SMS esok ya... After 9 am.

This is a wake up call.
Why?
It's time to remind urself.
Of what?
Of the reality.
Once u were so in love.
Once u were everything and she's everything.
Today...
We are far from never.
Sad?
It's heartbreaking.
Once upon a time...

Thursday, July 8, 2010

Jangan Hidup dengan kisah lampau

Orang kata kalau kita hidup dalam kisah lampau, lebih-lebih lagi kisah yang menyakitkan.. yang boleh buat kita tarik nafas dan rasa pedih entah dari mana.. yang buat kita telan air liur supaya air mata tak lagi tumpah atas kisah yang sama.. Kita akan terus dalam sakit yang dalam.

Tapi, tak salah kan.. kalau kita hidup dalam kisah lampau.. ingat pada keadaan yang mampu buat kita senyum. Contohnye?


1.Mungkin boleh ingat masa pertama kali jumpa. Menjemput di Stesyen Komuter sambil terdetik. "macam mana agaknya rupa dia"

2. Mungkin juga boleh ingat saat kali pertama menyambut hari lahir bersamanya.. usaha untuk berikan kesempurnaan walau kesuntukan dan kesempitan. Sedap ok coklat M&M tu...

3. Mungkin boleh pejam mata dan hela nafas panjang, melihat kembali hari bersama dia dan rakan-rakan mencari coklat pada hari cuti.

4.Boleh juga ingat macam mana bangun pagi berkejar ke kereta untuk penuhi tuntutan kerja dan ilmu.

5.Macam mana dengan kali pertama berjumpa tok.. saat dipeluk dan diterima bagai keluarga.

6.Mungkin boleh ingat bagaimana susah mencari rumah sewa...

Banyak yang indah dalam derita. Mungkin itu patut dikenang dan bukan kesilapan panjang. Ingat pesan umi: memaafkan dan melupakan. Selamat datang kehidupan.

Wednesday, July 7, 2010

-kosong-

Pejam mata dan tarik nafas panjang.
Untuk segala imaginasi dan kenangan.
Datang atau hilang.
Pergi atau kembali.

Hati masih teguh di sini.
Mahu dalam samar.
Bicara dalam senyum.
Hanya sekadar menanti.

Friday, July 2, 2010

Memang aku tak kata aku baik!

Siape pulak yang cakap aku baik?
Aku sendiri tak pernah nak cakap aku baik.
(Aku tau korang yang selalu kata aku tu tengah mencebik sambil mengangguk)
Aku manusia.
Bukan malaikat.
Ada korang kat sini yang suci?
Tak pernah buat salah, tak pernah buat sejarah?
Korang memang hebat.
Tapi aku orang biasa.
Buat salah hari- hari.
Benda yg ingatkan tak salah pun, hujung hari confirm disahkan salah jugak.
Tipu la kalau aku tak pernah menipu.
Curi? Penah jugak Kecik-Kecik dulu. (ayah nangis Kat kfc sbb aku ambik duit along)
lari? Pernah aku lari duduk rumah Arwah nenek sebulan.
Betray? Aku pernah tinggalkan orang yang terlalu baik untuk orang lain.
Banyak la lagi salah aku.
Aku tengah muhasabah diri.
Hm.. Aku tak pernah Cuba jatuhkan Kawan sendiri.
Fitnah orang pada aku? Uish... Memang tak terkira la kalau nak kata pendengki ni...
Aku minta maaf pada yang aku buat salah.
Ada balas dengan maki.
Aku buat salah apa sampai nak di Maki?
Tapi.. Yelah kita bukan NABI s.a.w...
Walau aku memaafkan Dan melupakan,
orang lain mungkin dah bergunung benci.
Takpelah,
umi ajar maafkan Dan lupakan.
Umi ajar sedar kesilapan.
Korang nak ikut, baguslah.
Yang mencebik sambil nak Cepat-cepat taip komen mencerca tu..
Aku tak dapat nak kata apa.
Moga Yang Di Atas memahami.

Monday, June 28, 2010

Saya sedang mencari cinta

Mungkin kamu cinta hati saya.
Mungkin kamu bakal bahagiakan saya.
Tapi kamu ini entah Ada di mana..

Isteri kedua?

Kalau saya perlu jadi no dua dlm senarai isteri yang ada,
Kalau saya perlu dapat yang kedua dalam yang satu,
Mampukah saya atau kamu?

Friday, June 25, 2010

Merepek

Hari ni nak tulis entry bahasa pasar boleh? ikut suke aku la kan.. geram la dengan manusia yang tak pandai nak mengaku salah. dahla tak mengaku salah, putar salah dia sampai last2 kite plak jadi salah. Gile betul!!

Buat perangai macam budak2. keje nak cari salah orang nak tutup salah sendiri. Biarlah. Ingat dunia ni empat segi ke? Dunia ni bulatla.. satu hari mesti kena balik punye. Malasla nak merepek banyak2. Bukan faham bahasa pun.

Thursday, June 24, 2010

Hati

Wahai hati,
Jangan lagi berlembut.
Jangan lagi bersabar.
Jangan lagi biarkan.

Wahai hati,
Keraskan kelembutan.
Sabar untuk dibataskan.
Biar ada keimanan.

Jangan maruah kamu di pijak.
Jangan rajukmu diperlekehkan.
Jangan kepercayaanmu di perkotak katikkan.
Jangan diammu untuk dipersendakan.

Beli Kiwi Cicah Kopi. Nak Cuba?

Pelikkan kalau makan kiwi di cicah kopi?
Tapi dalam pelik ada nikmat.
Dalam nikmat ada kepedihan.
Terlalu sakit pedih hati ketika kiwi di cicah pada kopi.
Saya tak tahu di mana mula di mana akhir.
Tak tahu ke mana hala ke mana tuju.
Marah tidak hancur mungkin.
Antara kiwi dan kopi ada hati yang hancur.
Dalam diam dan angguk.
Semakin degup semakin getar.
Hati ini tidak mahu lagi melihat indah.
Derita yang diberi dalam cerca kiwi dan kopi yang disembunyi.
Salah yang di cari lahirlah kiwi dan kopi.

Wednesday, June 23, 2010

Mencari sabar

Macam mana nak jadi seorang yang sabar?
Kesabaran datang dari mana?
Entah dari mana dan ke mana masih tak pasti arah lalunya.

Saturday, June 19, 2010

Penipuan?


Nak tau?

Simple.. butik my mom (pelamin hati) mencari pengganti our current assistant wedding planner sebab dia nak sambung belajar. One lady came in and give us the first impression that she is so into the job... we decided to give her a chance.

Kali pertama buat wedding di Tasik Titiwangsa, she seems ok.. Hm.. Good act gurl!

Kami di desak untuk keluarkan surat tawaran bekerja kepadanya untuk percubaan 3 bulan dan sekaligus di bawa masuk sebagai pengganti our assistant wedding planner.

Selepas pelamin kedua dikendalikan si dia ni, dia upload gambar2 dalam facebook sebagai gambar pelamin yang di usahakan oleh "dia dan rakan-rakan"...

Kemudia dia mc dua hari dan msg seterusnya, dia kata dia ada masalah rahim dan perlu tangguh kerja atau berhenti untuk ke Singapore.. God Knows .. sama ada dia menipu atau bercakap benar.

Anyway... After one week of silence, customer butik kami datang untuk settle booking dan maklumkan kami begini:

" Hari tu jumpa .......dia..... dia ... terus buka pakej wedding yang dia ada, dan suruh kami cancel dengan pelamin hati"

The latest news, she declared herself as a wedding planner with the same coverage as our boutique.

Hm.. manusia jenis apa ya macam ni?

Ini adalah manusia yang perlu saya doakan agar mendapat petunjuk dan keinsafan. Semoga Allah berkati kesemua usaha kamu yang kamu katakan sebagai " alhamdulillah semuanya berjalan lancar..." yup.. semua rancangan kamu untuk belajar dari kami berjaya.. Saya juga percaya rezeki di tangan Allah. Good Luck!

Monday, June 7, 2010

Persahabatan Hujung Jari

Saya ke putrajaya 04/06/10. Semua dah berubah. Mereka juga berubah. Dulu mereka melihat pancaran rindu. Hari ini mereka hilang dalam lautan masa. Saya sedikit terkejut dengan perubahan itu. Huluran tangan juga disambut di hujung-hujung jari sahaja. Salah siapa? Masa dan tempat telah menjarakkan segalanya. Hubungan yang akrab, cinta yang tulus, persahabatan yang iklas dan janji yang abadi selamanya.. Saya doakan rakan-rakan di Putrajaya sentiasa bahagia.. Tq for the friendship.

Tuesday, June 1, 2010

i miss someone!

I miss someone.
Someone who's always in me.
A friend that shares everything with me.
I miss you.
I miss us.
I remembered the first time we actually says hye..
You with your baju kurung back from school.
Its a blessing.
To share 10 years of my life with a friend like you..
Take care too.

Thursday, May 27, 2010

Untuk kamu adik sayang.

Seburuk-buruk mana sekalipun.. kamu masih saya sayang. Kamu adik saya. Jangan parahkan lagi luka yang sudah mahu kering, adik.

Kita ada semua. Hati kita patut satu adik.

Kita sepuluh dan mereka dua.

Namun jiwa kita tak ada tiga atau empat.

Air mata mungkin sudah kontang.

Tapi hati masih mahu mengalir harapan.

Darah ini masih dari yang sama.

Kasih ini masih kekal ada.

Kamu semua adik saya.

Sayang sampai Mati.

Jiwa takkan berhenti mencari.

Tuesday, May 25, 2010

LAGENDA BUDAK SETAN

Aku memang gilekan buku ni dari zaman "Budak Setan" lagi.. Sangat best dan sangat sangat touching. Tak sabar tunggu filem!!!!

Monday, May 24, 2010

Berfikiran Positif

Tadi bos panggil masuk bilik. CUba senaraikan siapa dan kenapa. Saya tak nak fikir lagi. Siapa pun kamu. Apa sekali niat kamu.. biarlah. Malas dan penat. Semoga kita sama-sama di rahmati Allah... Insyaallah.

Saturday, May 22, 2010

Terima kasih atas segalanya

Salam.
Betul kata alex.. dah lama tak menulis. Bukan apa.. malas dan tak ada masa. Perkembangan terbaru? Saya nak berkongsi apa yang berlaku minggu ini pada saya. Melihat kepada shout box saya sahaja dah boleh tau ada yang memusuhi saya. Biarlah. Kata umi saya, biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Katalah apa nak kata, buatlah apa nak buat. Membalas tidak. Marah juga tidak. Negara kita ada peruntukan freedom of speech remember? Jadi cakaplah mengikut rasa anda. Saya hanya percaya pada hikmah dan percaya pada ketentuan Allah. Kalau saya di pihak yang benar. Masa sahaja yang akan menentukan.

Apa yang saya tak pernah lalui lagi dalam hidup saya? Hm.. mungkin saya belum pernah merasai di bom seperti di Afghanistan dan saya tidak merasai Tsunami seperti di Acheh secara definisi naturalnya. Tapi menggambarkan suasana Tsunami dan di bom dalam perang saraf manusia telah saya lalui sejak dahulu hingga kini. Dan alhamdulillah saya berjaya laluinya..

Saya pernah di bogelkan di internet hanya kerana iri dan dengki. Yang terbaru.. pihak pentadbiran di mana saya berkhidmat telah dilayangkan dengan email berbaur menjatuhkan saya, hanya kerana saya dipilih sebagai salah seorang penerima satu anugerah di pejabat. Dengki atau iri? itu hanya si penulis dapat menjawabnya.

Saya hanya mampu berdoa agar si penulis... baik yang memberi komen di shout box saya atau yang melayangkan email kepada pentadbiran atasan saya sentiasa mendapat rahmat dari Allah. Semoga dalam usaha anda semua menjatuhkan saya, menjadikan saya lebih tabah dan kebih kuat dari hari sebelum ini. Perjuangan saya masih panjang. Siapa pun saya. Apa juga kepercayaan saya.. Di mana saja perkhidmatan saya, Apa saja pegangan hidup saya... Saya punyai hak untuk menentukan jalan hidup saya. Selagi Umi dan ayah merestui saya... Selagi Allah melindungi saya... Saya akan terus berdiri. Membuatkan anda semakin goyah mungkin. I am enjoying my life, my work and every minute of my life. Anda?

Pesan umi.
Jaga diri. Jaga Peribadi.

Wednesday, April 7, 2010

matahariku

Matahariku

Tertutup sudah pintu pintu hatiku
yang pernah dibuka waktu
hanya untukmu
kini kau pergi dari hidupku
ku harus relakanmu meski ku tak mau

reff :
berjuta warna pelangi di dalam hati
sejenak luluh terhening menjauh pergi
tak ada lagi cahaya suci
semua nada beranjak
aku terdiam sepi

**
Dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karena panah cinta menusuk jantungku
ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu

Thursday, March 25, 2010

WhEn LovE~~~ is NoW HatE~~~

Dunia ada macam-macam jenis manusia.. ada macam-macam ragam yang kadang-kadang tak disangka-sangka. Bila satu hari kata cinta, esok tagih belanja yang pernah ada. Itu bukan cinta. Itu kekusutan dalam nadi 'keikhlasan' yang di canang merata.

Tuesday, March 16, 2010

Syukur kami selamat



Salam. lama tak update. Sebab... tapi alhamdulillah keempat-empat kami selamat.

Sunday, February 14, 2010

Kawin di mata saya (1)

Saya masih kecil ketika kali pertama saya 'terjebak' dalam alam kawin-kawin ini. Lelaki yang saya kenali sebagai ZAKI ini sangat comel dan merupakan sepupu kepada sepupu saya. Kami selalu berjumpa kalau hari raya. Erm... masa kami umur 12-13 tahun, ZAKI selalu ikut keluarga kami beraya pada hari raya kedua.

Perkahwinan kali pertama kami.. haha.. masa tu, kami lepak-lepak dekat longkang besar belakang rumah arwah nenek; kami duduk sebelah-sebelah dan saudara kami yang seorang lagi cabut rumput yang panjang macam lipan. sy pegang hujung kanan dan dia pegang hujung kiri. Kami tak pegang tangan!!! Pegang rumput je.. :P dan kami main langkah-langkah longkang.

Masa tu rasa gembira sgt. Lepas tu, ZAKI ambik rumput lain dan simpul-simpulkan jadi cincin, ZAKI sarungkan pada jari saya. Kami kawin dah masa tu! Haha..

Sejak tu, kalau kami jumpa, kami akan malu-malu. Tak nak cakap dan dah tak lepak sama-sama. Bila dah besar.. umur dah 15 tahun, ZAKI dan saya makin renggang. Bila saya tanya umi kenapa ZAKI sombong umi kata, ZAKI dan baligh.. dah tak boleh main macam dulu-dulu.
Mana ZAKI sekarang? saya dah lama tak dengar cerita. Tapi tak boleh lupa, paling malu bila saya dalam bilik mandi, ZAKI tak tahu dan terus rempuh masuk. Nasib saya cuma tengah basuh muka... huhu.. malunye....

Thursday, February 4, 2010

Permata Yang Hilang

Tuhan
Kesilapan ini datang dari diri sendiri
Bukan dari dia atau mereka.
Biar mereka terus bahagia...

Tuesday, February 2, 2010

Merdekakah hati?

Saya bercakap tentang kemerdekaan negara pada penulisan sebelum ini. Tetapi hari ini saya menulis tentang kemerdekaan hati. Hati saya masih belum merdeka dengan apa yang sedang berlaku di sekeliling saya. Semangat saya semakin hilang dengan melihat hati mereka yang suram dan sepi. Saya hanya anak. Titik.

Saya menulis bukan untuk yang lain yang saya kira akan membaca dan mulai mengata tentang ini.(dan ada yang telah melompat dengan penulisan saya- kalau tak suka jangan baca)

Institusi keluarga bukan lagi satu institusi harmoni yang pernah saya lalui bertahun dahulu. Apa yang ada di depan mata, pada dekat dan pada jauh. Pada keliling dan pada keadaan yang disiarkan di dada akhbar bukanlah satu keharmonian. Perpecahan keluarga sedang berlaku di sana sini dan saya tidak mahu perpecahan berlaku dalam keluarga saya.

Saya melihat dan membaca blog mereka adik-adik saya.. yang ada hanya penulisan tentang hati mereka. Yang ada hanya penulisan tentang pilihan cinta mereka. Tentang kebahagiaan dan kesyukuran pada nikmat yang mereka ada. Tetapi saya tidak mampu menulis itu lagi. Saya terperangkap dalam jaringan sepi dan sayu ini. Ini soal masa depan yang masih berkejar-kejar tiap jam 5 petang. Ini tentang dia yang sedang berjuang untuk periksa pertama dalam sejarah kehidupan.

Peranan saya? Saya telah cuba dan jari yang empat masih menuding diri sendiri dan satu pada saya. Yang baik dikatakan "buat-buat baik". Saya harus lakukan itu buat masa ini. Ketika ini saya sedang menarik nafas dalam terik dan pedih menahan air mata yang hampir menitis. Perjuangan memerdekakan hati yang semakin hari meronta ini mungkin akan melalui liku yang panjang.

Tetapi masih ada yang mampu senyum dan melihat tanpa suara. Meneruskan hidup tanpa rasa.

Perjuangan yang belum selesai

Persepsi saya sebelum pergi kursus kenegaraan adalah sangat negatif. Saya pergi tanpa rela dan hanya untuk tujuan melengkapi keperluan PTK.

Hari pertama & Kedua

Kami diberi ceramah tentang tanah air, kerajaan, rakyat dan kedaulatan. Satu ceramah yang saya kira membuka mata saya tentang apa yang sedang berlaku di Malaysia. Tentang bagaimana tanah air hari ini sedang dilanda perpecahan yang sekiranya tidak di bendung mungkin bakal mengimbau sejarah 13 Mei 1969. Saya jadi takut dan mulai berfikir.. apa akan jadi pada anak bangsa.. pada bumiputera yang selama ini dilindungi oleh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sekiranya kontrak sosial, pakatan murni tidak difahami dan dihayati lagi oleh rakyat Malaysia lebih-lebih lagi bangsa saya sendiri.

Hari Ketiga dan Keempat

Kami memulakan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang memberi ruang kepada kami untuk menyuarakan pandangan tentang isu Perkara 153, Perkara 3, Perkara 181, Perkara 152 dan Perkara 14 di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kesimpulan yang saya dapat buat hanya satu... anak-anak Malaysia telah lama melupakan sejarah. Perkara berkaitan Kontrak Sosial ini tidak di fahami dan dihayati oleh rakyat Malaysia sendiri tidak kira, bumiputera, atau bukan bumiputera dan yang paling menyedihkan.. ia tidak dihayati sendiri oleh bangsa Majoriti Malaysia "MELAYU".

Saya percaya sekiranya rakyat memahami sejarah, tidak ada perkara buruk akan berlaku. Tidak ada pertikaian tentang Agama Islam sebagai agama Persekutuan.. Tidak akan timbul isu Hak-Hak Istimewa orang melayu dan bumiputera... tentang Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.... kerana Perkara 14 telah menerangkan tentang isu kewarganegaraan bangsa cina dan India yang bersama Malaysia.

BTN bukan kursus untuk mengkerajaankan rakyat.. tetapi satu usaha untuk memberi peluang kepada kami untuk berfikir dan menghayati bagaimana sukarnya kemerdekaan itu dicapai. Bagiamana nenek moyang kita telah bersusah payah menggadai nyawa darah dan harta benda demi kemerdekaan yang satu.

Hari ini, merdeka tidak di sambut dengan nyanyian kedamaian NEGARAKU tetapi hanya dengan konsert di merata tempat dengan anak muda berkeliaran di serata ibu negeri dan ibu negara. Melaungkan merdeka sambil menogok arak dan berpesta di kelab-kelab malam. Penghayatan telah hilang. Bendera Malaysia sendiri pernah di bakar oleh anak bangsa. Jiwa anak bangsa telah dikaburi dek kesenangan masa hari ini... Penderitaan dan air mata Almarhum Tunku Abdul Rahman dan perjuangan Dato Onn tidak lagi meninggalkan kesan di hati anak Malaysia hari ini.

Saya khuatir satu hari nanti dengan pelbagai agenda dan pertikaian antara bangsa-bangsa di Malaysia, negara luar akan mengambil peluang membedil dan menjajah Malaysia. Saya takut... kemerdekaan hanya dapat dirasakan setakat ini dan kita terpaksa berjuang semula.

Sejarah itu penting untuk difahami dan dihayati.
Tanpa sejarah, hari ini mungkin takkan sama seperti semalam.
Takkan sama seperti esok.
Dan esok mungkin akan hilang dari pandangan.
Bersama sejarah penderitaan yang baru.

Saya sedar...
Perjuangan kita masih belum selesai.

Tuesday, January 26, 2010

~Away~

Salam...

I'll be away starting 2.30 pm 28th Jan 2010 till 1st Feb 2010. No phones allowed. No outside world communication! (God Help me!!!) :(

Any inquiries do not hesitate to call;

Bell
0173394783
0192656734
(regarding your weddings)

OR

email us

pelaminht@gmail.com
min.mdnor@yahoo.com

Love Or Obsession?

I'm confused.
Pelik bila ada orang yang kata dia 'cinta' tapi dalam masa yang sama... dia tak percaya.
Pada saya, dalam perhubungan..kena ada percaya.
TRUST.
I dont know. Just that things are so weird this days.
People kill out of jealousy.
It's happening.
Telefon beratus ribu kali just to check .. is your love one with someone else?
Who text her/him?
Who's on the line with her/him?
Checking her/his facebook inbox?
Buzz into her/his email?
Read all her/his text msgs?
CRAZY.
That is not love...
Thats obsession!
Yes dear. It is an obsession.
Bila saya mengalami masalah ni dulu.
RIMAS.
BENCI pun ada.
and i decided to say GoodBYE.
So, jangan sampai pasangan anda meninggalkan anda hanya kerana obsesssion yang kononnya CINTA tu...

*sedih baca kes bunuh kekasih ni.

Friday, January 22, 2010

sepi

Rumah ini mulai sepi
Tiada lagi hilai tawa gurau senda.
Hairan dengan keadaan ini.

Monday, January 18, 2010

Kehilangan

Hari ni hari sedih saya.
Saya kehilangan anak kecil yang saya hanya sempat agah sekali atau dua.
Jam 7 pagi terima panggilan dari kak ira dalam tangis.
Anak sayang itu dah pergi meninggalkan kami semua.
Dan saya...
Saya menangis dalam diam.
Kesal.
Hati berontak mahu terus pecut.
Tapi tugasan perlu selesai.
Saya bergegas ke Masjid AL Falah.
Lihat si ibu dalam tangisan.
Kami berpelukan.
5 minit tangannya dalam genggaman dan sendu kami bertautan.
Anak kecil itu telah segak dengan wangian.
Dan saya kucup sambil jari menggenggam si ibu yang masih tersedu.
Sabar Diar...
Anak itu akan memanggil kamu di syurga...
Perginya dalam senyum bahagia.
Kerana dia tahu..
Dia mampu melambai ibunya..
Dalam lindungan Jannah Yang Maha Esa.
Dan kamu Diar..
Kami semua di sisi.
Meminjamkan bahu untuk ditangisi..

Painful Love Story

Its painful. To love and to hate at the same time.
But yes.
I hate you.

Sunday, January 17, 2010

Butik Pengantin Pelamin Hati

Kawan-kawan,

Lama tak update blog. Hari ni curi-curi masa sikit sebab nak share sesuatu yang sangat berhaga dalam hidup. Our team telah bertungkus lumus menyiapkan butik kami. Selepas pelbagai masalah dan halangan berlaku, we actually manage to get it done! Walaupun penat, walaupun tak larat, walaupun badan sakit-sakit, walaupun duit dalam bank dah semakin susut menyusut dan menyusut, kami masih berdiri dan masih teruskan perjuangan yang baru di titik permulaan. Jiwa saya bersyukur atas segalanya.

Dan pada bakal pengantin...
Datang butik kami untuk pakej-pakej istimewa hari perkahwinan anda!

Lots of love,
min

Friday, January 8, 2010

I leb u too aishah

Angah marah bukan sebab benci, tapi sebab sayang. Aishah suka sangat buat angah bengang. Tapi, takpelah. Aishah tulis blog tajuk mardiah tu.. sedih pulak baca... si flo ni pun nangis.. sibuk je. apa-apa pun. Aishah tetap adik angah. Sampai bila-bila pun aishah adik angah. Jangan nakal-nakal la please. Take care. I leb u too.

Thursday, January 7, 2010

Kamu

Saya ingat kamu akan faham keadaan saya sekarang. saya selalu sedih bila kamu saya lihat dari jauh. Dan bila kamu makin dekat dengan hati saya.. kamu tak mahu fahami saya.

Tuesday, January 5, 2010

kenapa saya sedih

kenapa saya sedih?
sebab saya sedihla.
Tapi kenapa?
Tak tahu nak cakap apa.
Banyak sangat.

Monday, January 4, 2010

Anjing Cinta

Masa umur 20 tahun pernah bercinta. melalui satu tahap dipukul dan diherdik macam anjing. sekarang lalui perkara yang sama. Mungkin ini balasan cinta orang seperti kami. sedang tidur, boleh dipukul. boleh ditumbuk.boleh di ganyang. Tapi kali ini saya tak biarkan. Saya lawan. Dan bibir sy pecah. Tapi saya tidak menitik hujan walau setitis. Saya masih mahu teguh.

Kecewa itu bukan hanya untuk cinta

Tahu kenapa manusia ada rasa kecewa?- sebab pernah dilimpahi harapan menggunung. Jangan juruskan minda pada cinta sahaja. Ini kecewa secara total. Berharap pada seseorang..berharap pada sesuatu. Menyakitkan bila harapan yang diberi diragut sendiri. Dari berlari jadi merangkak dan masih belajar berjalan. Hidup bukan mudah dan tak seindah impian.

Kata umi, berkawan biar ramai. Yang kasih biar satu. Saya memilih untuk berkawan dan mempercayai. Tetapi hakikat hidup, berkawan itu indah bukan selamanya. Saya kecewa. Harapan itu tertanam bersama helah dan alasan. Dan saya? Menjadi kami dalam perjuangan. Kami masih cergas. Mulai berlari dalam irama indah ini. Letih, menyakitkan tetapi kepuasan masih belum dalam genggaman.

Love Sex & Betrayal

Life is painful when we are deeply in love.

Friday, January 1, 2010

Orang Melayu Meniaga

Heran. Call belakang majalah pengantin tanya perkembangan. Katanya "rezeki masing-masing" .
Selak - selak majalah ratu sehari.. waah banyaknye yang sama dengan yang lain. Tapi yang asal tak bising apa pun.

Conteng2 Arang

Dia mungkin senang hati selepas lagakan kami.
Kami terpaksa hadapi kerana ada yang buta mata dan hati.
Dia gunakan solat untuk bezakan.

Dia kata begini:

"Hidup sendiri. Tak ada lelaki"
"Hidup duit diberi"
"HIdup orang memberi"
"Hidup bersama perempuan tak ada lelaki ingini"

Dan dia..menulis atas nama Allah dalam contengan.