Saturday, September 25, 2010

Tahun depan kawin.

Umi kata saya perlu kawin pada 23.4.2011. Dan saya termenung dengan kenyataan itu. Macam mana saya nak kawin kalau saya tak punya senarai yang mampu menjaga pulih hati jiwa saya? Masalah besar. Mungkin umi bergurau? Tapi bunyi macam sangat serius dan yakin.

Bila saya marah dengan kenyataan umi. Umi senyum dan kata.. "insyaallah ada tu.. yakin dengan doa umi"

Masalahnya bukan yakin atau tidak saya pada doa si ibu.

Masalahnya adalah saya sendiri tidak tahu adakah perkahwinan itu antara kemahuan saya?

Pening.

Boleh atau tidak saya memilih untuk tidak berkahwin?

Ok saya hampir masuk 28 tahun. So? Kerana angka itu saya perlu menjadi isteri? Saya rasa itu persepsi yang salah. Siapa sokong saya? (Aduh nana, jangan kata saya sudah tua..)

Ada siapa-siapa mahu saya berkahwin?

Ya aisyah.. jangan angkat tangan terlalu tinggi ya. Saya tahu kamu mahu saya menjadi isteri supaya kamu tak perlu menunggu giliran. Takpe.. kamu potong sahaja giliran saya. Saya tak minta apa-apa.. (cuma nak cincin sebentuk boleh?) haha...

Aduh. Jiwa saya celaru. Ok. Saya tahu saya perlu banyak berdoa dan dekatkan diri padaNya supaya saya tenang. Tapi saya juga manusia biasa. Mungkin tenang itu masih belum milik saya?

23.4.2011?? Apa bakal terjadi pada tarikh kelahiran umi saya ini?

----kompius----

7 comments:

Mrs Poyo said...

harap-harap betoi la tu kak oii..
'hihihihi

Syahril said...

Salam alaik. izinkan sy nak share pdpt sy dlm isu ini secara umum... maaf kalo pdpt sy ni bbeza dgn awk... pdpt sy bdasarkan apa yg sy tau saje... SY HRP AWK TRY LAA BACA SMPAI HABIS... kalo awk sudi laa :)...

kalo sy di tempat awk... begini cara pemikiran sy...

01 Sy akan pujuk hati sy utk yakin dgn doa ibu...lebih2 lagi kalo ibu sy ni jenis ibu yg mithali, isteri yg solehah, dan hamba Allah yg bertakwa. sbb DOA IBU SGT MUSTAJAB. rasanya majoriti muslim tau psl ni.

"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah iaitu doa orang yang kena zalim atau kena aniaya ke atas orang yang menzaliminya, doa orang yang sedang belayar dan DOA IBU BAPA KE ATAS ANAKNYA." (Hadis Riwayat Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah)

02 Sy akan bertekad utk menunaikan permintaan ibu utk gembirakan dia. siapa tau esok lusa ibu dah takdak (sbb Allah jemput pulang)... so sy taknak ralat di kemudian hari... biar sy susah... biar sy sedih... biar sy tak dpt apa yg sy inginkan... asalkan ibu gembira...

"Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan dia dengan sesuatu apa jua dan HENDAKLAH KAMU BERBUAT BAIK KPD KEDUA IBU BAPA dan kaum kerabat, anak-anak yatim..." (Surah an-Nisa’, ayat 36)

"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan HENDAKLAH KAMU BERBUAT BAIK KPD IBU BAPA. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “uh” dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (Surah al-Isra’, ayat 23)

Mudah kata, dgn rujuk 2 ayat kat atas, lepas kena taat pada Allah, MESTI KENA TAAT PD IBU BAPA. byk lg ayat lain yg mbawa mksd yg sama. jelas, parents dok ranking ke 2 dlm hidup sy dlm carta ketaatan sy... kalo sy nak capai target utk masuk syurga Allah...

03 Bila sy dah teguh dgn 2 perkara di atas... sy pasti perkahwinan itu adalah kemahuan sy kerana kemahuan ibu juga kemahuan sy...

04 Sy akan pujuk diri sy bhw sy sesekali tidak boleh untuk berfikiran "Boleh atau tidak saya memilih untuk tidak berkahwin?" atau. kerana 2 sebab:

i. PERKAHWINAN ITU SUNNAH RASULULLAH

Daripada Aishah r.a. berkata, bersabda Nabi s.a.w. : "Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku, maka bukanlah dia drp golongan umatku." (Riwayat Ibn Majah)

ii. ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK HAMBA-NYA

Firman Allah, maksudnya: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah; 216)

Bagi point (ii), sy mesti sedar bhw setiap yg berlaku adalah kehendak Allah yg dtg utk menguji sy. Maka sy kena yakin bhw Allah laa yg buat ibu membuat permintaan sdemikian... utk menguji keimanan sy...

bersambung...

05 Persepsi angka umur jadi faktor perlu berkahwin atau tak.. MMG SALAH... tak kira berapa usia... asalkan sudah cukup syarat... boleh saja kawen... janji JGN SENGAJA LMBTKAN KAWEN sbb takut mati sblm sempat laksana sunnah Rasulullah... maka dikhuatiri tak termasuk dlm umat Baginda s.a.w.

06 Next, sy akan cuba buang segala persepsi negatif mengenai perkahwinan... sy pun cuba baca dan hayati entri ni

http://kisahsebuahperjalanan.blogspot.com/2009/08/khas-untuk-yang-sudah-berkahwin-dan_28.html

07 Sy akan belajar ilmu perkahwinan sedalam mungkin sebelum tarikh keramat 23.4.2011 supaya sy tau lg phm apa tggngjwb sy dlm rumahtangga nanti mengikut syariat Allah (bkn menurut 'syariat' manusia). antaranya:
- ilmu persediaan perkahwinan
- ilmu semasa melayari rumahtangga
- ilmu sekiranya berhadapan dgn mslh rumahtangga (sy rujuk komen di http://minmdnor.blogspot.com/2009/10/wanita-untuk-disakiti.html)
- dan ilmu2 yg sewaktu dgnnya

08 Sy perlu bertindak (laksanakan segera) dgn byk berdoa kpd Allah dan dekatkan diri kepada-Nya dgn amalan2 sunnah agar sy lebih tenang dan tetap pendirian.

09 Sekiranya sy tetap tak tenang, sy akan check blk dgn amalan sy...mgkin ada kekurangan...tapi jika dah buat sehabis baik pun masih tak tenang, sedarlah sy yg Allah suka sy terus berdoa byk2.. sbb Allah tau bila Allah dah makbulkan doa sy... sy pasti tidak atau lupa utk berdoa lg... atau makin kurg berdoa... sedangkan doa itu ibadah yg bleh dekatkan diri sy dgn-Nya. ohh sayangnya Allah pada sy... Alhamdulillah

10 pada tarikh kelahiran ibu sy nanti... akan kelihatan wajah ceria seorang ibu yg sedang menerima hadiah yg istimewa drp seorang anak...hadiah yg dipinta2 selama ini...

----jgn kompius sgt k :)----

Asa said...

Kalau angah kawin, Asa lah orang yang paling happy di dunia!! :)

Min said...

asa: Happy? y?