Saturday, October 30, 2010

Thinking back.

Duduk seorang diri memang kadang-kadang boleh mendatangkan rasa sunyi dan kosong. Despite having everybody around you.. you just feel empty. Dan kala kosong bersarang, kita cuba untuk tidak berfikir yang bukan-bukan. Mengelakkan hati terganggu membawa kepada karutan yang bertimpa. Jadi.. cuba hubungi kawan-kawan (boleh dikatakan kawan lama- yang kita sentiasa ada untuk mereka)

Betul kata sesetengah yang telah mengalami ini.. saat kita memerlukan, cari dan mereka pasti jauh atau mahu pergi. Dan saat kita diperlukan... Kita berdiri sambil senyum dan menanti.

Salahkan keadaan bukan jalan penyelesaian. **sedih kerana dah siap bermake up dan berbaju baru tapi tiada yang mahu ketemu.

Dan betul juga kata-kata umi yang paling saya cintai.. kalau rasa sepi.. tadah tangan mohon ketenangan.

Dan air mata ini berguguran. entah sedih kerana apa. Entah apa punca cerita. Entah dari mana datang tsunami jiwa. Tapi.. ya.. saya tersedu dalam tangan yang menadah dan sujud yang menyembah.

Subhanallah.

4 comments:

Anonymous said...

min,nape sensitip lk ni? nnti kita g brcuti riang ria k...kdg2 mmg kita rsa x dhargai+ x d sayangi..tp tu prasaan je..mari berbaik sangka k :)

socialfreakgeek said...
This comment has been removed by the author.
Min said...

nana ke? : cepat bawa saya bercuti.. sesetip mungkin sebab tengah xm dan banyak yang menggangu keadaan dan fikiran...

socialfreakgeek: t.kasih... saya pasti senyum kerana saya tahu kamu antara teman yang baik yang saya punyai.. :)

Unknown said...

dugaan Allah dtg dlm pelbagai bentuk.menguji iman terhadapNya.kamu ada keluarga yg selalu menyayangimu,rakan yg menyokongmu dan sesiapa sahaja yg begitu mengambil berat terhadapmu.percayalah kamu xkan penah keseorangan...