Saturday, December 25, 2010

Bintang Jangan Pergi

Bicara bahasa bisu,
Dalam berat hati yang menanggung.
Kenapa diam yang kamu simpan.
Tanpa luah apa kali yang terpendam.
Lihat mata ini.
Tenung wajah hening ini.
Biar tahu derita hilangnya bintang.
Biar tahu sepinya tanpa tawa riang.
Dekat kali kamu.
Jauh hati kamu.
Bintang sinar terang hati kelam.
Jangan Pergi.
Bukan hari ini.
Jangan esok.
Tidak untuk selamanya.

**Semoga bintang banyak malam ini. :)

7 comments:

sfg said...

sabar min... ingat qada' dan qadar... berusaha selagi mampu dan kemudian tawakkallah. pegang nasihat saya kejap... besederhana min, sbg teman saya tidak mahu lihat dn baca ttg kekecewaan kamu dek harapan sendiri... beserhana min kelak jika sekalipun kamu kecewa, kamu masih kuat utk berdiri dan berlari...

Min said...

saya bersederhana sfg.. sentiasa. Tapi hati saya tidak kuat untuk selalu senyum dalam kesederhanaan yang saya pupuk.
Sfg,
saya mungkin sudah letih dengan semua permainan jiwa ini.. tolong.. fahami saya kali ini.. Ini kelukaan paling dalam tanpa sedar yang saya alami.. dan yang tidak menyedari kelukaan ini adalah dia yang saya cintai.. bukan atas kemahuan saya.. tapi atas kehadiran dia dalam hidup saya. Dia tidak tahu.. dia terlalu istimewa...

socialfreakgeek said...
This comment has been removed by the author.
Min said...

sfg: kamu faham lebih dari yang saya tahu? mungkin satu hari nanti kamu bisa kongsi cerita itu dengan saya kan?
saya juga bakal ada untuk kamu. tak kira apa jua keadaan.. ingat tu.

socialfreakgeek said...
This comment has been removed by the author.
Min said...

sfg: saya perlukan kekuatan kamu itu

socialfreakgeek said...

insya-Allah min...
jika apa yg saya lalui blh buat kamu jadi kuat, saya rela bercerita dan berkongsi. don't worry k... u will survive this ordeal, mark my word :)