Sunday, December 26, 2010

Berhenti Untuk Sendiri.

Betul. Saya terlalu cepat membuat keputusan.
Tapi ini untuk kebaikan hati saya sendiri.
Supaya saya katakan pada hati bahawa semuanya akan kembali seperti sedia kala.
Saya akan temui bahagia saya..
Kalaupun bukan dengan dia,
Kalaupun bukan sepertimana yang saya mahukan sentiasa.
Cukup bermula dengan bahagia atas RedhaNya.
** cakap-cakap menenangkan hati sendiri (bisik hati saya)

Jadi, beritahu saya pilihan apa yang saya ada?
Biarkan hati sentiasa sedih?
Biarkan jiwa sentiasa mendung?
Sampai bila?
Mereka mahu pergi.
Mereka mahu lihat kejatuhan saya.
Pergilah.
Tapi saya tidak sekali-kali mengalah.
Semua mereka akan lihat kebangkitan jiwa saya,
Cuma beri saya seikit masa.
Untuk rawat luka yang maha dalam ini.
Bukan kerana kehilangan cinta.
Tapi kerana maruah yang dijaja merata.

10 comments:

ADMSKY said...

Min,

Cinta tak pernah mengajar untuk merendahkan,
Kasih tak pernah kenal untuk mencerca,
Yang khilaf adalah manusia,
Bukan rasa anugerah tuhan yang satu ini.

Andai cinta itu berbalas dendam,
Berbalas diam,
Maka itu bukan cinta yang dianugerahkan.

Tiap insan itu berhak bahagia,
Cuma soalnya, bahagia yang bagaimana?
Hati ada untuk merasa, namun akal jua perlu saksama,
Menilai indah dalam resah,
Kerana semua itu pasti ada hikmah.

Tidak pernah ada mudah dalam jalan yang benar,
Beronak berliku hanya untuk menguji,
Sekuat mana hati kamu.
Apakah benar kamu tegar?
Tekad dan bulat?

Dan andai ini suatu redha,
Berani saya katakan, ini bukan dugaan yang satu untuk kamu.
Pedih lagi kan menghiris,
Namun penghujungnya adalah manis.

Doa saya, agar kamu tabah.
Cinta itu akan jadi milik kamu,
Dan itu memang takdir yang tersurat buat kamu.

ADMSKY said...

Min,

Cinta tak pernah mengajar untuk merendahkan,
Kasih tak pernah kenal untuk mencerca,
Yang khilaf adalah manusia,
Bukan rasa anugerah tuhan yang satu ini.

Andai cinta itu berbalas dendam,
Berbalas diam,
Maka itu bukan cinta yang dianugerahkan.

Tiap insan itu berhak bahagia,
Cuma soalnya, bahagia yang bagaimana?
Hati ada untuk merasa, namun akal jua perlu saksama,
Menilai indah dalam resah,
Kerana semua itu pasti ada hikmah.

Tidak pernah ada mudah dalam jalan yang benar,
Beronak berliku hanya untuk menguji,
Sekuat mana hati kamu.
Apakah benar kamu tegar?
Tekad dan bulat?

Dan andai ini suatu redha,
Berani saya katakan, ini bukan dugaan yang satu untuk kamu.
Pedih lagi kan menghiris,
Namun penghujungnya adalah manis.

Doa saya, agar kamu tabah.
Cinta itu akan jadi milik kamu,
Dan itu memang takdir yang tersurat buat kamu.

socialfreakgeek said...
This comment has been removed by the author.
archird affiq said...

Awk..
Sy juga menghadapi kesepian itu..mungkin situasinya berbeza.. pun begitu..teman,rakan & sahabat bayak memberi dorongan positif..

Nah!lihatlah..betapa kamu punya ramai teman, rakan & sahabat yang ikhlas menyayangi kamu..who will never ever giveup in supporting u all the way..

Be strong.. cause u are a strong person inside out since the day we met!!

Min said...

ADMSKY : Sudah lama kamu sepi dari memberikan kata-kata yang menenangkan jiwa saya, semoga penghujung yang manis itu akan hadir.
Saya tidak lagi mahu kesakitan ini berpanjangan.

SFG: being alone is not a failure. i like that!
saya sedang merawat hati. Melepaskan apa yang terpendam dan kelukaan yang terlalu dalam. Mungkin cinta dia bukan milik saya. Namun saya perlu pertahankan maruah yang hilang. Mengembalikan ketenangan yang panjang.

Lai: Thank u awak. kerana sentiasa ada. Kamu istimewa!

archird affiq said...

:) sy hargai kata-kata awk tp nyata sy tidak layak utk dilabel begitu...tidak dimata Nya tidak juga dimata insan yg sy syg.. Hahahaha bab itu kita cerita di blog sy bukan disini *sigh*

socialfreakgeek said...
This comment has been removed by the author.
Min said...

Lai : tapi kamu tetap istimewa di mata saya

sfg: sy sedang berjuang.. mempertahankan maruah sy..

socialfreakgeek said...
This comment has been removed by the author.
Min said...

Semoga Allah memudahkan urusan saya.