Thursday, February 26, 2009

DIA MASIH KETAKUTAN...

Dia sudah mahu tidur.
Si dia tengok dari jauh.
Malam itu dia cuba.
Tapi dia lena.
Malam lusa dia cuba lagi.
Dan dia masih juga lena.
Tenang seperti tiada apa.
Tak rasa sakitkah dia?

Mandi.
Eh...kenapa rasa tak selesa?
Takut lihat merah.
Masih belum tiba hari berdarah.
Hati bisik. Mungkin letih agaknya.

Malam.
Dia mahu tidur.
Dia datang lagi.
Jari.
Dan dia...mahu jerit kerongkong tersekat.

Dia jadi murung.
Hidupnya sudah hancur.

Si gadis bukan lagi dara.
Si teruna mendabik dada.
Promosi si gadis pada teman bermain bola.
Datang seorang mahu mencuba.
kamu memang lelaki hina!!!!

Si gadis.
Malam-malam tidurnya tak pernah lena.
Igauan ngeri malam pertama.
Tapi bukan bersama suaminya.
Jiwanya. Maruahnya.
Di robek.Di rentap.
Dia terkulai.
Tapi masih berjuang.

p/s: sampai bila perlu malam ngeri itu dalam mimpi?

11 comments:

Anonymous said...

Sampai bila perlu malam ngeri itu dalam mimpi?

Hmm...sukar untuk saya meluahkan kata, kerana saya tidak pernah merasa apa yang dia rasa...

Perit pedih tatkala satu kepercayaan dirobek mereka..mereka yang seharusnya melindungi, namun mencemar diri...

Saya hanya boleh bayangkan kesakitan itu..jujurnya mungkin saya takkan punya kepercayaan lagi..bukan hanya pada mereka ini, tapi jua pada kehidupan itu sendiri..

Jika jiwa tidak tetap, mudah saja untuk ambil jalan singkat...pergi..tanpa perlu terseksa lagi...

Tapi saya percaya pada ketabahan wanita...jiwanya halus, nurani nya tulus..kerna wanita itu ibu...


p/s - Cik Min, bukankah sudah dipesan untuk berehat...Fikiran ini berat...Rehatlah...

Min said...

ADMSKY: Dia lalui hari2nya dengan ketakutan..tapi, dia masih mampu bertahan. Mungkin ada yg tahu..dan ada yg tidak. Dan seperti kata kamu.. dia telah hilang kepercayaan.

p/s sy tidur awal jugak mlm td :p

a.b geldofg said...

...........sampai bila ko dah boleh trima kenyataan

Atan said...

mimpi kat atan aje la.. mesti tak ngeri

Ebun said...

hmmmm... sadisnya.. at least saya buat suka sama suka.. huhuhu

addyaholix said...

kamu bercerita tentang siapa?
moga dia setabah kamu.

Min said...

ab: terima sehingga hari ini..

Atan: haha.. boleh jugak!

Ebun: suka sama suka? haha.. no comment.

addy: kalau cerita ini tentang sy?

Anonymous said...

sy rasekan keperitan yg penah dilalui oleh dia wlupun tidak secara keseluruhan.begitu berat n besar.merasakan bahawa diri dipermainkan n tidak berguna lg.

sabarlah wahai insan mulia,
bukanlah Tuhan itu tidak adil atau tidak memandangmu.Tuhan itu Maha Adil n Maha Berkuasa.setiap ujian yg diturunkan pada umatNya adlh bersesuaian dgn kemampuan hambaNya.memilih dirimu adlh sbgi ujian thdp keimanmu pdNya.redhalah dgn apa yg berlaku.

tp ini bkn pengakhiran hdupmu.berjuanglah.jgn pandang blkg.lihatlah masa depanmu.perhatikanlah sekelilingmu iaitu byk rakanmu sedia membantumu n menyokongmu.

sesungguhnya Allah bersama-sama org yang sabar.

-insan hina-

Anonymous said...

Sumtimes.. We have to let go wuteva dat had happen in our life.. Wut a co-incincidence,i did heard dis story from sum1 dat once become a "Queen of my life" before.. But, she did move on and now i know she is happy with her life and forgetting the past.. I admit sumtimes its not ez for us to forgive and forget... Its our choice to let it go or we still wanna live in it and trust me, memories is like e knife.. It could 'kill' u..

-ca$p3r-

Aishah Nur Hakim said...
This comment has been removed by the author.
Min said...

insan hina: dia masih berjuang.. shes ok now.

casper: i know u know..