Tersentuh. Mungkin thats the best word to describe my feelings yesterday. Di atas ini, gambar yang aku sempat snap dalam perjalanan balik dari ofis. Hujan renyai. Aku perlahankan kelajuan. Pandang ke kiri. Dia tak punyai kaki kanan? Ya Allah.. motosikal beroda tiga itu terlalu uzur untuknya.
Seorang lelaki memperlahankan motosikal. Memimpin motosikal si lelaki uzur ini sehingga ke simpang. Mulianya hatimu lelaki.
Aku rasa aku perlu mengesat air mata. Nafasku ku tarik dalam. Kasihan lelaki uzur ini. Motornya tua, kaki kanannya tiada. Dan.. lori2 serta kereta-kereta besar bagaikan gajah yang hendak memijak lumat keseluruhan jiwanya.
Duhai Tuhan.. Kau lindungilah dia. Walau siapapun lelaki uzur ini.. Dia pastinya lelaki tabah yang aku doakan Syurga..
6 comments:
sbnrnye masih terlalu byk lg org mcm2.bkn diminta utk dilahirkan jd cm2.tp itulah sunnatullah(ketentuan Allah).Dia ciptakan mmanusia/ciptaan lain utk kita berfikir.berfikir tentang kehidupan.sepatutnya kita bersyukur atas segala nikmat pemberiaanNya.walau sedikit.kita yg golongan sederhana mahu kaya tp adakah kita akan bersyukur bila kaya.n org yg miskin mahu jd sederhana mcm kita,tp adakah dia akan bersyukur bila nasib dia berubah nanti...smga Allah menempatkan kita smua bersama2 org muktakin n mukminin.amin....
"Dunia dan Akhirat itu ibarat wanita yang dimadu. Apabila kita senang antara salah satu, maka akan marahlah yang lain"....renungkanlah
sedih jugak. semoga dipermudahkan urusan lelaki tua itu..
:)
Anonymous 1: Thank u..
Anonymous 2: Hm..interesting..
Fathinz : Memang sedih. Tengok depan mata lagi sedih.
wer : Keep on reading yea..
erm..mmg sayu ble tgk org2 cmtu..
bersyukurla.. kita yg sempurna ni..walaupun skadar di mata..
tp kalau boleh sempurna segala2nya..
Post a Comment