Friday, February 6, 2009

Eka

Nak Cerita. Hari ni sibuk. Tak dapat nak menulis sebab otak dah penuh dengan kes-kes yang menjelikkan dan meloyakan tekak.
Malam tadi. Jenguk kawan yang ada masalah rumahtangga. Bercerai? Diceraikan?. Itu saya tak pasti. Apepun... semalam ada pengalaman baru, di rumah kawan yang seorang ini saya dikenalkan dengan seseorang namanya Eka dari Indonesia. Gadis ini sangat menarik. Bercerita tentang hidupnya. Dia duduk di depan saya dan menjadi penglipur lara.
Bercerita dari zaman smr ke smp nya. Sekarang menuntut di MONASH Sunway. Dia sangat menarik. Ya iya dong.. haha.. saya terhibur dengan ceritanya. Suaranya ya enak.. Eka cukup pandai main gitar sambil menyanyi.. Hidup Eka bagaikan terlalu sempurna. Eka berpacaran dengan pria dari Jeddah namanya Abdullah...
Kisah Eka seakan-akan cerita2 indonesia yang saya nonton di tv. (Terpengaruh dengan bawang merah bawang putih???).
Saya pingin ketemu Eka lagi.
Lalala.. aku pulang jam 2 pagi.. Hari ini badan melayang. Tapi pengalaman ini sangat indah.

3 comments:

Anonymous said...

not to comment on ur post..merely on ur statement..
'org yang paling kita sayang adalah org yang paling melukakan'..
well..ada benarnya, kerana hati tidak akan tersentuh tanpa ada rasa kasih yang datang menjenguk..namun mudah jua hati kita terluka kerana hati itu memang sifatnya halus dan mulus...
apa yang aku tahu, hati itu sukar dimengerti secara rasional kerna hati itu hanya mengerti untuk mengasihi....

Min said...

ADMSKY : macam mana kite nak ajar hati utk faham.. to let go n move on? Susah kan?

Anonymous said...

sebenarnye hati blh dididik.tp bergantung kpda usaha kita n masa.kalo kita ajar hati kita cm2,kita akan jd cm2.ada cara ukt kuatkan hati iaitu dgn dekatkan diri pd Allah.insyaallah segala2nya akan pulih n berjalan dgn lancar.ketentuan Allah mengatasi segalanya.