Tuesday, February 3, 2009

Malu

Catatan ini untuk mengingatkan saya dua perkara. KERJA dan MEMBACA. Saya telah melakukan kesilapan besar. Tidak peka pada keperluan masa. Saya tahu file telah sampai lambat di meja saya. Jumaat lepas. Saya tidak terfikir untuk melihat isinya. Hari ini saya segera taklimat. Aduhai.. hari ini genap 14 hari jika mahu buat rayuan atas penghakiman.
Saya perlu membaca. Tadi saya belajar tentang rayuan, penggunaan Seksyen 173A dan 294/294A Kanun Acara Jenayah. Maafkan saya. Saya akan lebih berhati-hati.
Mahu sedapkan hati. Saya pujuk diri sendiri. Sekuran-kurangnya saya selamatkan masa depan seorang insan. Mungkin ada hikmahnya.

5 comments:

Anonymous said...

hahaha...ayat tn roslan.blhla ko kuarkan ip 2 cpt.yang amat bersimpati...kakaka

Min said...

aku tau sape ni.. jahat nyer!!!

Anonymous said...

camne blh knl...x letak name pn...kakaka.nasibla :-)

Anonymous said...

“Hati itu umpama kaca, jangan biar ia retak.. Akal itu umpama air, jangan biar ia kering. Iman itu umpama debu, jangan biar ia hilang. Dan persahabatan itu umpama tali, jangan biarkan ia putus...". sama2la kita renungkan.jangan marah ye...gurau je

Min said...

Tak marahla..thank u.. pandai menulis..