Sunday, February 1, 2009

~andai dia tahu~

Cukup 4 hari aku tak produktif. Idea aku mati. Mati dengan segala yang berlaku di sekeliling. Jenguk blog seseorang. Hati aku jadi hampa & kecewa.
Alangkah baiknya kalau dia tau betapa hati kami telah dihancurkan. Alangkah baiknya kalau aku ada kekuatan untuk meluahkan betapa aku pernah menjadi dia. Ingin mencari kebebasan hakiki yang akhirnya aku kesal sehingga hari ini.
Berlibur. Membuat keputusan yang salah. Pilihan yang bodoh. Semua itu aku.
Ketika dia berontak mahu difahami. Ada hati yang sedang menangis memohon didengari. Ketika dia seronok membilang bintang. Ada air mata yang mengalir bersama sujudnya pada Illahi.
Berapa dalam lagi luka yang mahu dia torehkan?
Berapa banyak lagi parut yang mahu dia basahkan?
Mungkin berbezaan antara aku dan dia hanyalah sejarah. Sejarah hitam yang membuatkan aku terus-terusan membuat pilihan yang salah. Jangan jadi seperti aku. Kesal. Serik. Penat. Semuanya terpaksa aku hadapi tiap malam tidurku. Tiap sujudku bersama air mata.
Duhai Tuhan... Aku kesal kerana aku menjadi hambamu yang lupa dan leka. Aku kesal kerana saat dan ketika ini aku tak berdaya melakukan apa-apa.
Duhai Tuhan... Aku mahu lempar segala amarah dan kebencian ini. Aku mahu memaafkan dan melupakan..
Duhai Tuhan...Aku terlalu rindukan dia. Gelak tawa dan bicara ceria.
Duhai Tuhan...berikanlah dia kekuatan. Berikan dia kefahaman dan pengertian. Kasih ini takkan pernah hilang.

6 comments:

Apa Kau Nak said...

Salam Min, mungkin kalau ada masa...satu hari kita boleh jumpa buat brainstorming. Atau menulis proposal-proposal untuk saluran-saluran yang boleh dipercayai. Saya pun kalau fikir sorang-sorang selalu blank so sometimes jika beruntung saya menemui kawan yang boleh diajak brainstorming untuk menghasilkan jalan cerita.

Dan jangan tangisi pilihan yang lalu. Orang yang telah merasai kemanisan paling manis dan kepahitan paling pahit sebenarnya sedang dikurniakan tuhan deria istimewa seorang penulis realitas. :)

Min said...

Thanks kak intan.. tak sangka kak intan sudi nak baca blog saya.. kita pasti boleh jumpa. Brainstorming? Dah lama tak buat ni..Alhamdulillah.. Kak ina menemukan saya dengan kak intan.

Anonymous said...

'Kasih ini takkan pernah hilang'.
ayat yg buat aku terpikir sejenak.
maknanya ko msih ada hati kat dia.aku x slhkan ko.aku pn cm2 gak.walau dh 2 thn lbh.cuma yg penting walau kita x disatukan dgn dia,jgn pk yg kita ini akn trus cmni n akn terima nasib cm2 jgk.mencintai seseorg adalah dgn melihat dia bahagia walau bersama dgn org lain.

aku tahu yg semua pengalaman ko akan buat ko jd lbh tabah.kuat hadapi dugaan.n kalo kisah ko blh dibukukan aku nk jd pembeli pertama ko.selain karya norhayati berahim yg aku baca.hehehe...caiyyoo

Min said...

mungkin entry ini akan dianggap entry berkenaan cinta. tapi bukan. ini tentang kehidupan...

lemOn said...

angah. nape cam kite plak terase ni? adoyh.. :(

Min said...

hey dik.jgn la terasa.. nothing to do wif u..