Aku mahu menulis. Menulis setiap isi hati dan diskripsi minda. Tapi tiap kali aku berada di hadapan skrin aku jadi penulis bisu dan buta. Idea aku mati bersama jiwaku yang kosong. Aku punyai janji yang perlu aku tunaikan. Tapi kepercayaan pada si pembuat janji membuat aku ragu untuk meneruskan penulisan. Bagaimana kalau sekali lagi hasil tulisan penulis baru sepertiku di curi lagi? Atau bagaimana kalau hasil penulisanku tidak diberi bayaran seperti sebelum ini?
Ada orang ketawa pada latar belakang undang-undangku. Ada Ijazah undang-undang, kerja dengan jabatan yang menegakkan undang-undang..(itu kepercayaan aku).. tapi aku tidak tahu cara mana untuk mempertahankan penulisanku.
Aku mahu menulis. Berkongsi cerita dan jiwa pada semua. Tapi hati ini bagai belum hilang rajuknya.
6 comments:
tulis je dlu...pas2 bru buat deal btl2
thank u 4 ur support...
Salam Min, skrip memang jangan diberi sebarangan. Saya pun baru dan pernah disuruh orang untuk menulis skrip yang proposalnya dibuat oleh orang lain. Bayangkanlah si penulis skrip asal. Penat dia berfikir skripnya orang buat macam apa aje. Saya tolak.
Tak keterlaluan,kan kalau saya katakan..industri ada virus penindasan pada org-org baru..
so,hati2 lah di jalanraya
jgn kna tipu lg
Post a Comment