Thursday, February 26, 2009
DIA MASIH KETAKUTAN...
Si dia tengok dari jauh.
Malam itu dia cuba.
Tapi dia lena.
Malam lusa dia cuba lagi.
Dan dia masih juga lena.
Tenang seperti tiada apa.
Tak rasa sakitkah dia?
Mandi.
Eh...kenapa rasa tak selesa?
Takut lihat merah.
Masih belum tiba hari berdarah.
Hati bisik. Mungkin letih agaknya.
Malam.
Dia mahu tidur.
Dia datang lagi.
Jari.
Dan dia...mahu jerit kerongkong tersekat.
Dia jadi murung.
Hidupnya sudah hancur.
Si gadis bukan lagi dara.
Si teruna mendabik dada.
Promosi si gadis pada teman bermain bola.
Datang seorang mahu mencuba.
kamu memang lelaki hina!!!!
Si gadis.
Malam-malam tidurnya tak pernah lena.
Igauan ngeri malam pertama.
Tapi bukan bersama suaminya.
Jiwanya. Maruahnya.
Di robek.Di rentap.
Dia terkulai.
Tapi masih berjuang.
p/s: sampai bila perlu malam ngeri itu dalam mimpi?
MAJOR LOSER?
This is wat happen today. Sy didatangi seseorang. Minta di ajar tentang sesuatu berkaitan kerja. Ok. Sy beri contoh dan dia bertanya soalan. Hm..penghinaan atau itu memang dia? Sy tak pasti semua org boleh faham sy.. jadi sy juga mungkin tidak mampu nak memahami dia. Dan noktah telah sy titikkan. Sy tidak mahu fahami dia yg seorang ini.
Kenapa? Mudah. Kalau kita mahu di ajar.. kita rendahkan diri.. terima ilmu yg org lain beri. Bila dia bertanya soalan, dia seperti membuat pertikaian. Eh,betul ke buat mcm ni? Kena ke tanye soalan mcm ni? Buku panduan tak de pun soalan2 mcm ni?
Sy kata: Soalan tu sy dah semak dengan bos.
Dia balas: Ye ke?
Ughh.. kalau tak percaya kemampuan sy..tak perlu rujuk pd sy. Mudah kan? Tapi contoh sy tetap di ambil sebelum keluar dr bilik sy, dia masih cari sengketa, sy kata watever major loser.. dengan gaya adik sy yg umur 5 tahun tu ckp (kan dia tiru gaya movie?) dan di balas dengan sms berbunyi mcm ni:
"Thanks a lot. I really don't like when u lambast me as loser. malas nak gaduh dengan kaum hawa. sama2 la kita rujuk balik ajaran islam dan hadis"
WTF? U kidding me? Dia yg selalu muncul depan muka sy dan kata "i ni mmg loser kan?" die yg bila sy cucuk pendrive dia pd pc sy, keluar nama "loser". Bila pulak sy kata dia loser? Grrrr..emo mcm perempuan PMS!
Tak cukup dengan tu, bila fakta tu sy balas pd dia, dia kata:
"kalau kita takbur dan bongkak pandai mcm mana pun tak guna gak. jgn takbur"
dan lagi
"Terima kasih atas cemuhan u. Seburuk-buruk manusia, jgn kita dedahkan aib org lain. Insaflah Min. ADA BANYAK KEKURANGAN U, ada i cemuh u mcm ni?"
Wah..wah..ini dah kira memfitnah ni. Bila pula sy cemuh dia? Bongkak dan takburkah sy dengan menegur dia? Lelaki yang seorang ini emosinya pelik...dan sy balas:
"I tak penah pun nak kata i sempurna. Semua org ada kekurangan"
Ape2 lah. Sy bukan membantu dia bersendirian waktu itu. Teman sebilik sy juga kerut dahi bila dia pertikaikan segala benda. Sy tak takbur. Sy tak cemuh dia. Sy tegur. Sy ajar. Dia terima atau tidak..itu hak dia. Kamu perlu belajar bersyukur..wahai lelaki. Sy mungkin bukan student DL. Juga bukan student lepasan universiti asing..tapi jgn permainkan harga diri sy. Sy tahu kamu tahu kisah silam sy. Tapi tak bermakna kamu boleh hina sy.
Tuesday, February 24, 2009
Saya Lambat...
Nenek panggil sy "madiah"
Kalau lapar..nenek jerit dari depan.
Lari-lari sy hantar makanan.
Nenek tak boleh jalan.
Hari rabu.
Dialisis di Taman Connought.
Kancil lambang kesetiaan sy pd nenek.
Hantar, dukung.
Nenek pakai roda dua.
Sebelum turun.
Nenek pandang muka sy.
Belikan "pato"
Sy senyum.
Jemput nenek jam 6.00.
Sy tunjukkan mr.potato & kentang putar
"Lapar" kata nek yan.
Kala tuala basah sy lalukan.
"Sejuk"
"Nek, kena mandi..pampers kena ganti"
Nek Yan pasrah.
Cantik macam primadona kata wardah.
"Lapar"
Tadi nenek baru makan...
"Lapar lagi"
Mak..tak boleh makan banyak sgt..kata mak long
Sy sayu.
Bila tak de org, nenek sy suapkan..
Nenek cium dahi tanda sayang.
Angah...Balik sekarang...sayu
Kancil pecut laju.
Hati berdegup kencang.
Rumah penuh.
Kenapa suram?
Nek Yan baru 2 minit pergi.
Sy lambat!
Sy tak sempat.
Umi pangku nek yan.
Mak Ngah menangis.
Mak Long tersedu.
Aishah..di sudut pintu.
Kaki jejak bilik.
Nenek tenang senyum.
Coklat masih sy pegang.
"Madiah belikan feroche ye"
Sy lambat!
Nenek tak sempat makan.
Coklat berbalut kegemaran.
Sy rindu Nek Yan.
Ya Allah..
KAU tempatkanlah Nek Yan bersama orang-orang beriman...
UGHHHH!
Sunday, February 22, 2009
~Jam Lima Pagi~
Subuh masih jauh.
5 pagi.
Mata sudah celik
Tak bisa lagi kelayuan.
Hati kecil berbisik perlahan...
I'm moving on..
Ini permulaan baru.
Hati ini nekad.
Ini bukan kesudahan tapi perjuangan baru..
Terlalu banyak yang aku mahu..
Dan aku mampu lakukan perubahan.
Subuh..
Air suci membaluti tubuh..
Dia jawapan segala persoalan.
Aku mulakan hari ini dengan senyuman..
Friday, February 20, 2009
Die memang over!
Kenyit-kenyit mata dekat kite..
Bunga2 keluar dekat hati kite..
Tapi..
Tiba-tiba die hilang pulak..
Erm.. kite sms die..
Die tak reply la..
Erm..kite call die..
Ala.. dia tak angkat pulak..
Takpelah.. kite bagi die mase la..
Ish..ni dah seminggu ni..
Die tak call pun..
Tak sms pun..
Takpe..kite sms die la..
Bagitau die kite nak pindah dah..
Erm..seminggu lagi..
Tak reply jugak..
Takpelah..
Tibe2
Tadi die sms pulak kite..
Eh, die ni kenape?
Kite tanye, kenapa tibe2 msg kite?
Die kate nak minta pendapat kite..
Ooo..dah susah baru cari kite..
Huh..Kite marah ni..
Ala..tapi kite tak lepaskan kat die la..
Susah la mcm ni..
Last2 kite tak reply msg die..
Buat ape?
Buang kite..kutip kite..
Ikut suke die je.
Huh. Kite marah ni.
Tak de mood nak bagi tajuk.
Mahu atau tidak...
Telah tertulis ini perjalanan hidupku.
Ada kala menangis bisa meredakan
Ada ketika menangis bisa merobek jiwa.
Pasti ada yg bertanya..
kenapa penulisanku kebelakangan ini berbaur rasa kecewa dan duka..
Mudah.
Perasaan itu yang menghantui.
Bukan atas pilihanku.
Aku mahu kembali pada diriku yang sebelum ini...
Punyai kekuatan dan kejituan hati.
Hilang.
Aku mahu mengalah...
Tapi pilihanku ditentang mereka.
Tuhan...
Hati ini mahu kuat.
Jiwa ini mahu tabah.
Aku mahu menerima ketentuan.
Kata aku?
Moga ada yang mendengar...
p/s: menangis dekat ofis memang tak cool!
Thursday, February 19, 2009
HIJRAH
mungkin ini perjuangan baru.
tapi...
rasa aku kini mati.
jiwa aku kini kosong.
aku mahu pasrah..
tapi separuh jiwa ini masih mahu berjuang.
di mana ketetapan hati..
masih lagi kucari.
Tuhan..
p/s : mata bengkak tak leh tido.. :(
Tuesday, February 17, 2009
Clorox
Adik saya baru 13 tahun. Pengawas sekolah berasrama penuh.Pegi perkhemahan. Balik dari perkhemahan terus telefon dari sekolah.
"Umi, Anwar Ibrahim tu jahat umi!!!!" (dia kata pada mak aku)
Ish.. pergi perkhemahan ape ni?
Janganla letak clorox dlm kepala budak2.. biar diorang belajar sendiri. Biar diorang tengok sendiri. Politik bukan dunia kanak-kanak. Politik dunia kotor. Jahat atau baik Anwar Ibrahim tu bukan urusan kanak-kanak kecil. Grrr....
Monday, February 16, 2009
Soklan budak kecik
"Angah, ade tak pemadam yang boleh padam hati dengan otak?"
Aku cam tebeliak kejab dengan soalan tu. Disebabkan tak tau nak bagi jawapan paling berhemah, aku tanye die pulak:
"Kenapa nak padam hati dgn otak?"
Die sengih comel.
"Sebab nak lupekan semua benda yang menyakitkan hati"
Aku selambe jawab.. "Operate boleh kot.."
Ternyate jawapan aku yang agak bengap mentega tuh dah buat budak kecik ni cubit aku.. :p
hm..ade ke benda yang boleh padamkan benda2 yang menyakitkan hati..? ish budak kecik ni buat aku berpikir la...
Friday, February 13, 2009
Ring Ring
Jauh dari kerja-kerja dan kepeningan pejabat yang sedang sarat dengan isu-isu gila.
Kami mau dihantar keluar.
Kononnya mahu di hantar ke negeri-negeri untuk tujuan pengalaman.
Kecewa.
Kebelakangan ini saya dikelilingi dugaan maha hebat.
Saya tidak menulis untuk mempertikaikan ketentuan.
Tuhan tahu tujuan kejadian.
Ketika saya berfikir sendiri.
Pelbagai panggilan saya terima.
Mulanya saya mahu ignore.
Tapi hati saya tak membenarkan.
Kasihan.
Ramai bercerita.
Mengadu rasa hati.
Saya rasa dihargai.
Dicari ketika berduka.
Juga kala mereka bahagia.
Saya mampu tersenyum..
Saya tahu mereka percayakan saya.
Kepada mereka yang berkongsi jiwa dengan saya.. saya pasti doakan jalan terbaik bagi kalian. Sabar. Tuhan tak pernah kejam..
p/s : Saya juga rindu mahu bekerja semula.. tapi nanti ah.. saya belum puas di sini.
Thursday, February 12, 2009
Bingung @ Bengong
Buat kerja mcm gila tapi mata mereka pejam sahaja?
Aku pernah. Aku sedang. Dan aku masih.
Hantarlah aku ke mana saja.
Aku mahu berlari.
Atau mungkin aku boleh terbang tinggi?
p/s : mood gue ini.. :(
Tuesday, February 10, 2009
Bergendang irama Dia
Sampai bila mahu biar dipermainkan?
Saya diam. Dia bergendang.
Saya suap. Dia kembali.
Mahu habis satu tabung baru sedar?
Tiap hari susah hati.
Penat ah..
Berdepan?
Mungkin itu jalan penghabisan.
Curah semua yang terpendam.
Tinggal.
Biar diam dia dan lakonannya.
Serius ni... saya kepenatan!
p/s: penulisan ini bukan pd siapa2. ini kisah kami. kisah aku dan dia. org yang sama dengan 'dia berdua'... :)
Ramainya orang Gila.
Dia bunuh dia..Dia rogol dia.
Dia cabul dia..Dia pukul dia.
Dia rompak sana, dia tembak sini.
Manusia serupa haiwan.
Benci. Jelik.
Hari-hari manusia gila.
Dan aku. Kerna Kerjaku.
Hari-hari bersama kisah mereka.
Monday, February 9, 2009
SY SANGAT MARAH.
Dia Berdua- 2
Aku mematikan enjin kereta. Air badak dan bubur nasi yang ku buat ku ambil. Aku capai telefon dari beg. Nombor dia ku dail.