Saya kembali menulis. Rasa hati yang takkan mungkin dimengerti.
Saya tidak mahu memaksa rasa yang sama.
Letih berputar dan bermain rasa hati yang semakin kalut dalam pencarian yang hilang.
Sukar agaknya memahami hati saya ini.
Sukar agaknya menyelam jiwa yang semakin sepi ini.
Dalam tawa yang panjang, saya punyai masa silam yang menyakitkan.
Dan dalam memadam kesilapan lampau..
Saya kehilangan satu kekuatan yang perlu dikumpul rapi.
Digumpal dan diikat penuh kukuh dalam sanubari.
Setiap saat yang saya lalui dalam nafas hari-hari..
Adalah detik yang mengharapkan pengertian dari kamu..
Oh ya, kamu!
Kerana untuk dimengerti oleh hanya satu nyawa, mungkin takkan saya perolehi sampai bila-bila.
Sangat sukar memahami saya agaknya.
Kamu beleklah hati ini.
Lihat calar dan robek luka yang semakin parah ini.
Entah bagaimana untuk saya rawat kelukaan yang semakin dalam ini.
Sukarnya perjalanan memahami hati seorang saya.
Entah bila bakal ada yang mengerti.
Membaluti dan menampal hati yang berkecai.
Menjadi satu yang kekal.
Dalam nada cinta dan kasih sayang....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
mungkin masa sahaja yang belum tiba...
mungkin masa sahaja yang belum tiba...
Min..
Jangan sesekali berputus asa dalam apa saja tindakan.. bagaimanapun tawakal itu tetap perlu selepas usaha yang telah kamu lakukan kerana itu lah yang membezakan kita.. Allah itu Maha Adil.. tidak selamanya dia memberikan kamu derita..Dia akan berikan kamu jalan penyelesaian yang terbaik..saya tahu saya tidak layak berkata begini kerana kamu lebih arif dari saya. Tapi saya yakin..kamu kuat min..kuat di dalam dan di luar..dan tidak ramai orang punya kekuatan setinggi kamu..jangan kerana resah hati kamu semakin parah..
aznee: entah bila masa tu akan tiba beb..
Lai: kekuatan juga mampu melemahkan saya
Sfg: mmg sy minta kamu untuk lakukan itu.. tapi pada keadaan diri sy kini.. sy sendiri tak pasti
penuh bermakna....i like!!
kelip-kelip mata tu saya je pandai buat...
korg smua memang kelip-kelip...
comel ape??hahaha...
Post a Comment