Sunday, January 2, 2011

Sejak Kebelakangan ini (5)

Mungkin untuk kelima kali ini, kamu masih tidak akan membaca penulisan saya. Tapi saya masih mahu menulis tentang kita.. kamu dan saya.. moga-moga satu hari nanti kamu akan bersedia, membaca coretan hati saya tentang kamu.

Semalam adalah terindah dalam kesakitan yang sedang berdarah.
Kamu tahu kenapa?
Kerana kamu hadir tatkala air mata ini berkinja mahu tumpah dan bernanah.
Hati ini berlagu tapi wajah tak mampu menggambarkan girang yang menyanyi.
Saya tidak mampu melihat wajah kamu..
Sehingga saat kamu katakan rasa itu..
**rupanya kamu tahu saya tidak mahu memandang mata itu.
Dan apabila dalam lagu bual kamu, ada rasa yang cuba kamu sampaikan pada hati yang satu ini..
Saya mulai faham..
Cara kamu.
Keinginan kamu.

Tuhan.. keindahan yang satu ini jangan hanya satu detik dalam malam yang tidur.
Saya pernah berkata...walau bahagia hadir bersama dia untuk seketika..
Jangan diambil ia pergi.
Tidak sekali lagi.

(** Tolong saya mengejar cinta)

9 comments:

socialfreakgeek said...
This comment has been removed by the author.
Min said...

berlari meninggalkan saya? itu perkara paling menakutkan untuk saya lalui sekali lagi...

socialfreakgeek said...
This comment has been removed by the author.
archird affiq said...

Terlalu perlahan juga susah..tp mungkin berterus terang lebih baik dr berkais..xsemua org mampu memahami bahasa jiwa..

Min said...

sfg: sy tidak mengejar.. cuma mencari dan belajr menari dengan irama dia.. agar satu detik nanti sy bisa menari dan bergendang bersama..

Lai: memahami bahasa jiwa itu memang bukan satu perkara mudah.

socialfreakgeek said...
This comment has been removed by the author.
archird affiq said...

:)
mudahkan bahasa jiwa itu agar dia memahami isi hati kamu.. saya tahu ia sgt susah kerana saya selalu mengalaminya..

Min said...

sfg: semoga saya lebih tenang..

Lai: hm.. susah.

socialfreakgeek said...
This comment has been removed by the author.