Sunday, January 2, 2011

Calar Hati Umi

Entah kenapa sudah seminggu kekusaman ini berlarutan. Sedih. Hiba. Dari 2010 di bawa ke 2011.. mungkin dari 1980 di bawa ke 2011 juga kekal sama.. Entah bagaimana untuk saya usahakan lagi ... melahirkan faham dan patuh pada yang lapan.. Entah dengan cara apa lagi perlu saya lakukan untuk menjadikan yang renggang kembali utuh? Tersepit. Siapa yang faham apa yang saya jiwai? Tiada.

Sebak.. bertahun lamanya saya cuba menyelami hatinya.. di hujung hari ini saya dikatakan tidak memahami...

Tuhan.. ujian apa lagi untuk umi yang semakin berusia..
Calar apa lagi yang tercakar di hati umi?
Kasihan umi Ya Allah..
Berikan umi sedikit tenang dalam ketawa yang sebenar.
Bukan lagi senyum dalam keterpaksaan..

Kepada yang sembilan..
Ukirkan bahagia untuk umi.
9 bulan 10 hari...
Pengorbanan setiap nafas yang berlari..
Hentikan walau setitis air mata yang bakal mengalir..

Kepada yang satu..
Mencintai tidak berhenti di sini..
Tolong.. saya mohon
Hargai umi.. seperti mana umi sentiasa menghargai kamu...
Kasihi umi ...seperti mana umi sentiasa mengasihi kamu...
Sanjungi umi... seperti mana umi sentiasa menjulang kamu...

Dengarlah wahai kalian..
Suara hati bersama tangisan..
Jangan akhiri cinta yang kita perjuangkan..

** Love my family!

4 comments:

Asa said...

:'(

aRchird Nasir said...

min dear..
it's true that sometimes we - the kids don't really understand what's inside our parents mind.
jangan kecewa bila kamu dikatakan tidak memahami kerana ada kalanya mereka tidak mampu untuk membuat kamu memahami isi hati mereka..seperti kita juga..sometimes kita tak mampu berkongsi masalah dengan mereka dan kita juga katakan mereka tidak memahami..

dari dulu..kamu sekeluarga nampak akrab dimata saya..sy tidak punya keluarga yang begitu..doa sy buat kamu sekeluarga terus akrab kerana itu adalah punca bahagia..

min said...

asa: kamu lebih tahu.

Lai : t.kasih atas doa itu.

socialfreakgeek said...
This comment has been removed by the author.