Wednesday, January 12, 2011

My Angel



Saya sebak ketika menulis ini. Semoga perpisahan ini bukanlah satu kesakitan yang panjang.

Bila saya diberitahu Wawa (adik saya yang bertudung biru itu) akan masuk ke asrama, hati saya terus pedih.. rasa bagai ada sesuatu yang menikam terlalu dalam.

Bila semalam, saya lihat dia dan umi sibuk memasukkan baju dan barangan ke dalam beg besar lagak mahu pergi jauh dan lama-lama, saya terus masuk ke bilik dan tidak mahu melihat apa yang berlaku di ruang tamu rumah. Kekecohan dan gelak tawa yang di depan bagai kesakitan yang amat pilu untuk saya gambarkan.

Bila pagi tadi saya mahu melangkah pergi ke pejabat Wawa memeluk saya erat, saya menahan sebak, sekadar mengusap dan mengucup dahinya sebelum berjalan terus tanpa lagi menoleh padanya yang melambai, saya terlalu sedih.

Mungkin ada yang akan ketawa dengan penulisan ini.. Tapi jujur, saya sedang merasai kehilangan yang terlalu besar dan menyakitkan.. Wawa takkan ada lagi menyambut saya di muka pintu sambil berlari memeluk saya erat. Wawa takkan ada lagi untuk membuka pintu kereta dan meminta wang belanja aiskrimnya. Wawa sudah jauh dari membantu saya yang keletihan mengmbil barang dari dalam juita..

Saya sedang menenangkan hati.. bahawa Wawa perlu perjuangkan masa depan yang masih terlalu panjang. Dan... saya korbankan "baby gurl" kesayangan saya untuk Wawa bawa ke asrama. Semoga Wawa akan mengingati saya sentiasa.

"Angah rindu awak. Rasa nak nangis ni. Mesti sunyi balik kerja nanti.. Sigh.."

6 comments:

socialfreakgeek said...
This comment has been removed by the author.
nana said...

cik min,
wardah jadi g skolah tu gak akhirnya...takpela,biar dia try dulu...banyak kali dia cite ngan nana masa dia teman balik hotel+solat ritu..excited nak masuk je bunyinye..memang perit+sunyi bila orang yg rapat ngan kita pegi jauh..tapi kalau dia hepi,tu kan benda yg bagus...lainla dia terseksa (macam nana dulu)..
at least hayyan ada lagi...kejap je tu..
doakan dia dipermudahkan semua urusan...jgn sedih2,nnti wardah susah nak fokus belaja..
paling penting,min slalu dekat dgn ati dia...(siap bagi baby gurl tuh!)
~gwenchanayo..!~

aRchird Nasir said...

mungkinkah wawa ini adik yang paling mirip dengan personaliti awk min?
jangan bersedih kerana dia ke asrama mengejar ilmu.. kalau awk rindukan dia..pasti dia lebih lagi kerana dia masih kecil dan mungkin dia tidak pandai mengawal emosinya..

bole saja menziarah dia di asrama jika rindukan dia..kn? :)

min said...

Tapi rindu.. rasa lain.. sunyi sgt.. balik rumah rasa nak nangis...

socialfreakgeek said...
This comment has been removed by the author.
muhammad said...

bucuk!!