Thursday, December 9, 2010

Sejak kebelakangan ni...

Sejak kebelakangan ni, hati saya bagai ada sesuatu yang saya tak pasti rasanya.
Fikiran saya sendiri tak menentu memikirkan hati yang satu ini.
Disember bakal pergi. Januari mengubah angka usia.
Saya percaya sudah sampai masanya untuk saya melangkah ke destinasi.
Untuk apa saya biarkan derita lama bermain dan bersarang dalam jiwa?
Hari-hari tidur memandang ke bawah kerana takutkan kenangan yang lampau?
Tersentap tidur tatkala lipas lalu di kaki. Bagai tangan kasar merayap di peha sendiri.
Kebingungan ini sudah sampai penghujung kepastian.
Saya terfikir dan merasa gapaian kebahagiaan.
Kalau kamu hadir kerana doa saya pada yang ESA..
Dan kalau kamu pergi atas ketentuan DIA jua..
Cukup sekadar senyum tawa yang kamu ukir di bibir saya.
Membuatkan hari-hari saya punyai sedikit cahaya cuma.
Namun tetap melodinya irama gembira.
Saya hela nafas tatkala memikirkan risiko ini.
Apakah hati saya sudah bersedia?
Bagaimana kala kehadirannya hanya untuk berteka-teki dan kemudian pergi?
Kata umi, yakin dalam hati.
Saya tak punyai harapan segunung tinggi.
Hanya doa untuk tiada lagi titisan air mata.
Agar bahagia bisa menjelma.
Agar nafas saya bisa lebih tenang..
Agar hari saya lebih bermakna..
Agar saya tidak lagi bermain dengan sepi.
Hanya kerna saya berselimut bahagia.
Mungkin kerana itu saya perlu belajar menerima.
Mengenal dan bertanya hati.
Titik noktah saya mulai berlari lagi.

9 comments:

archird affiq said...

GREAT!!!! Yakin & Saya Doakan Kebahagian Awak... :0)

socialfreakgeek said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

ye min,trus ke depan,aja aja fighting..!

Min said...

lai: Tkasih.. sy doakan kebahagiaan awk jugak..
Socialfreakgeek: saya sentiasa tenang membaca kata2 kamu.. terima kasih.. sy akan sentiasa ingat itu..
Anonymous: ni nana kan?? kan??

Anonymous said...

bahagia dari jiwa..
kamu telah lama belajar untuk menerima...cuma mungkin perlu untuk belajar lebih memahami suatu ketentuan..
kerana indah kamu dari jiwa itu...

Min said...

memahami ketentuan? mungkin juga saya masih mencari ketentuan yang pasti..

Anonymous said...

hanya hati sendiri yang memahami yang pasti cik min. Hanya hati itu sendiri.

Anonymous said...

hanya hati sendiri yang memahami yang pasti cik min. Hanya hati itu sendiri.

Min said...

Hati saya masih belum mahu meletakkan titik noktah yang berlari dalam pasti.