Thursday, March 26, 2009

SURAT UNTUK KAMU

Hari ini saya rasa seprti mahu menulis surat pada seseorang. Saya tak pasti dia akan baca atau tidak tapi saya tetap mahu menulis.

Kamu yang di sana.

Kamu jauh dari saya sekarang. Jauh dari pandangan mata saya.. jauh dari sentuhan tangan saya. Jauh dari duduk semeja, makan bersama. Saya terfikir, jauhkah hati kamu dari saya?

Betul kata kamu..kita kenal tak lama. Tapi saya merasa nikmat persahabatan ini. Untuk saya kata cinta...itu bermaksud saya tempuh maut untuk kamu, dan untuk saya.

Saya hargai setiap detik perkenalan kita. Saya hargai setiap rasa antara hati. Tapi yang pasti, saya masih mahu mengambil tahu tentang kamu. Saya masih mahu ada hari yang boleh kita duduk semeja, makan ikan bakar.. atau mungkin bowling lagi.. futsal juga mungkin...

Sejak hari tu, kamu dah jarang hubungi saya. Mungkin kamu terasa hati dengan saya. Jadi, saya perlu katakan ini.. Saya minta maaf atas rasa hati ini...

Salam Sayang dari saya.

19 comments:

a.b geldofg said...

ala kciannya :(

Anonymous said...

cik min,
jikalau kamu tahu rasa hati kamu,kenapa kamu tak mulakan dulu?mengapa masih menanti si dia untuk memulakan bicara?mengapa masih bermain di hati?

adakah kamu takut dikatakan perigi cari timba?takut menagih kasih dari seorang lelaki?takut peristiwa lama berulang kembali?walau kamu tahu si dia sayang n cintakan kamu.

cubalah rujuk pada sirah nabi.penah ada seorang wanita datang melamar lelaki.dan akhirnya bahagia hingga ke akhirnya.ustazah bakyah pun ada katakan tak salah kalo wanita yang mulakan dahulu.takut jika makin dipendam,maka melepaslah si dia.

si dia,
dan si dia pn kenapa terlalu cepat berputus asa.kamu bknnya cuba menambat hati seorang wanita biasa.tapi seorang yang penah terluka kerna cinta.pedih luka kerna cinta masih belum terubat.bagilah masa untuk dia.

saya tahu kamu mesti byk berusaha.berusaha utk dptkan dia.tapi mesti jawapan dia samakan.or dia x jawab.jangan gopoh sahabat.sabar.

cik min n si dia,
nampak gaya korang berdua sama ada hati.sama merasai.sama mengetahui isi hati.kenapa masing2 tak hulurkan tangan?tangan yang bisa menyatukan.supaya hubungan lebih aman.apa-apa pun sy tahu korang cuma masih lagi terfikir.tapi jgn jd ahli fikir yang tidak disertakan dgn perbuatan.

gud lak.chaiyooo.moga Allah jualah yang memberkati kamu semua.amin....

-insan hina-

addyaholix said...

itu juga rasa yang pernah saya rasa. dan saya pernah tulis sesuatu tentang itu. bezanya dia tak pernah hargai saya. jadi saya tinggalkan dia jauh di belakang. kerna saya percaya dia bukan untuk saya. moga dia bertemu damai.

Anonymous said...

sape dia tu Min????
saya kenal tak?

Anonymous said...

Cik min.. Adakah kamu bahagia dengan cara hidup kamu sekarang? Tidakkah kamu tahu yang kamu seorang yang tamak kerana ingin memiliki semua? Belajarlah untuk jujur dalam kehidupan kerana tanpa sedar kamu telah menyakiti orang disekeliling kamu...

Anonymous said...

Cik min dan sidia,sekiranya pasti tentang perasaan masing-masing,teruskan dan luahkan agar semua orang tahu tentang cinta kamu berdua.. Jangan bermain teka-teki..kelak membakar diri.

Anonymous said...

Bermain api kan merbahaya? Kalau sudah suka sama suka,cinta sama cinta,luahkan sahaja.. Usah pedulikan perasaan orang lain,yang penting diri sendiri.. Biarkan sahaja orang lain terluka asalkan kita dapat kecapi manisnya bercinta lagi.. Haha...

Anonymous said...

jujur dgn diri sendiri n jujur pada pasangan itulah yang perlu kamu tahu.jujur pada diri maknanya kamu tahu perasaan kamu pada dia n tak kan penah utk tukarnya atau berubah nanti.jangan salahkan keadaan jika kamu berubah tapi salahkan diri kerna tak penah pasti dengan pilihan.

bila kamu pasti,jujurlah pada pasangan kamu.suka duka di kongsi bersama.pahit hitam ditelah bersama.susah senang diharungi bersama.ingatlah bila kamu buat pilihan biarlah ia betul n kamu tidak permainkan org.cintailah si dia dengan sepenuh hati kamu.

-insan hina-

ADMSKY said...

Saya cuma ingin katakan begini..tidak salah kita menyayangi..kerana rasa itu lahir dari hati...

sebagai manusia, kita kadang-kadang tidak mampu untuk menipu rasa..kerna kita punya jiwa...

Akal diberi untuk berfikir..baik buruk sesuatu perkara...jiwa itu ada, untuk kita merasa semua...

Ikut hati mati...itu kata pujangga, dan ada benarnya...Cinta itu buta..itu juga pepatah lama..dan ada juga benarnya...

Maka saya berani katakan..Andai benar Cik Min itu seorang tamak kerana ingin memiliki semua..luahan jiwanya pasti akan berbeza rentaknya...Untuk apa pohon kemaafan andai kita ingin miliki semua? Cukup saja untuk kita katakan...'saya sayang anda, dan ingin bersama anda'....

Tapi ceritanya disini berbeza...dia mencintai, namun sekadar menghormati rasa cinta itu..diluahkan agar tiada sesalan dikemudian hari...jujur agar tiada rasa sangsi...kerana emosi selalu akan membakar diri...

Mungkin benar, kadang-kadang 'honesty is not the best policy'...tapi jujur dengan teman..dan andai teman itu benar-benar teman yang pasti...pasti ada ruang kemaafan dihati...

Itu renungan saya..mungkin ada punya renungan yang berbeza...dari kaca mata saya..cinta itu indah dalam resah....masih banyak yang perlu saya pelajari...saya perlu belajar ekspresikan diri...

Selama ini saya lebih selesa berdiam diri dan memerhati...tapi kini saya belajar untuk lebih memahami rentak si dia...belaian kasihnya pada saya..pengorbanannya untuk saya...

Saya tidak buta..tetapi saya masih merasa tidak sempurna...saya masih curiga, adakah saya yang terbaik untuknya? Mampukah saya bahagiakan dia, kerna setiap saat dia terluka kerana saya?

Terlalu banyak yang dia harungi..dan terlalu banyak kekurangan diri ini...saya mahu dia bahagia...tapi sentiasa saya tersilap cara...

Kadang-kadang saya termenung sendiri..bagaimana bisa saya luahkan rasa hati ini? Mudah hatinya terguris kerana saya..dan penghujungnya saya rasa berdosa....

Sering saya katakan saya tak punya apa..tiada apa yang istimewa pada saya...saya insan biasa...mencinta dalam diam, tanpa mengharapkan sebarang balasan...bahagianya saya bila kasih itu diterima...dan terluka melihat dia berduka...kerana saya.....

Anonymous said...

Admsky...adakah kamu sedang mencintai sidia yang telah berpunya? Adakah kamu sedang memperkotak-katikkan maruah diri sebagai orang ke-3? Insan apakah yang sanggup berbuat begini... Ingin membina kebahagiaan atas kehancuran hati insan lain... Tapi kiranya hati anda kering,teruskanlah...

ADMSKY said...

Anonymous:

Beginilah, saya kira tidak pernah dalam komentar saya...saya nyatakan saya mencintai siapa...saya hanya mencintai dia...

telahan anda terlalu luas..tapi..mungkin anda punya rasa kurang senang dengan saya?

Maaf...tapi saya juga menelah melalui tulisan anda yang sebegitu...

maka konklusi saya adalah mudah...kita semua punya pendapat yang berbeda...soalnya, bolehkah kita terima fikiran-fikiran itu?

saya terima seadanya....

Min said...

ab: kesian?

insan hina: ini bukan isu memulakan. juga bukan satu kesudahan. Ini kisah hidup kita semua. Ada antara kita yang laluinya. Saya ada rasa itu. Rasa yang saya kira tidak patut ujud pada dia yang dah berpunya. Lalu saya undur diri. Kesilapan saya adalah kerana memberitahu. Itu sahaja.

addy: kamu sentiasa tabah dan menerima ketentuan.. itu yang bagus dan mengagumkan tentang kamu.

puan izai: haha..tak kenal kot...

Anonymous 1: Jujur dalam hidup? Macam mana kita nak klasifikasikan seseorang itu jujur atau tidak dalam hidupnya? Meluahkan apa yang saya rasa itu adalah kesilapan paling jujur yang pernah saya buat.

Anonymous2: Dia dah ada yang punya. dan saya bahagia begini.

Anonymous3: Saya tidak pernah mengajar hati untuk pentingkan diri sendiri. Itu bukan saya.

insan hina: saya sudah cuba sebaiknya untuk jujur.

ADMSKY: Saya kira, ada pendapat kamu yang saya terima. saya meluahkan dan kerana kejujuran itu, saya terima akibat kepada persahabatan. Tapi saya sudah kata maaf. Betul. Saya benar-benar kesal. Mungkin juga benar saya tamak. Tamak untuk memiliki hati semua yang ada. tapi, saya duduk dan berfikir....dan saya tidak rasa saya tamak.. saya cuma meluahkan rasa hati. Dan untuk kamu ADMSKY, kamu perlu tahu yang
berdiam dan memerhati bisa mengundang terlalu banyak kesimpulan. Saya kira hari ini kamu sudah patut tau kesimpulan bagaimana yang mungkin bakal datang.

Anonymous4: Menjadi orang ketiga? Kalau benar sekalipun ADMSKY menjadi orang ketiga.. perkara terkjadi punyai sebab.. dan akibat. Biar masa tentukan semua. dan menjadi orang ke3 bukan bermakna maruahnya di canang dan di permainkan.

hani said...

ADMSKY, hang cinta aku kan?kan? aku dh kawen tulh kn??? hahaha

Min said...

hani: tok sah nak perasan.. hang nak jugak ka?

Anonymous said...

Hati saya bagai di robek-robek... Punya cinta pada dia tapi hampa... dia tak menghargai pengorbanan saya selama ini. Dia bilang cinta tapi menduakan cinta,membahagikan kasih... Ini kisah saya.... saya hilang segala cinta,hilang segala pertimbangan....

Min said...

Anonymous: mungkin kamu perlu berbicara dengan dia.. mungkin jawapan kepada pertimbangan kamu yang hilang itu boleh kamu temui nanti..

Anonymous said...

itu bukan silap cik min.knape kamu katakan kamu silap bile kamu ucapkan sesuatu yang amat berat dari hati kamu?bknkah itu sesuatu yang baik?

saya puji kamu kerana berani menyatakan isi hati.bkn ke kalo kamu tak nyatakan rasa isi hati kamu,kamu akan berperang dengan persaan n menagih kasih yang tak kunjung pasti?

sekarang ni kamu sudah tahu.teruskan berkawan.xkan seorang je yang minat kamu?kamu perempuan yang baik.cantik.rajin.xkan tiada jejaka lain yang sudi bertandang di hati kamu selain si dia?

mungkin senang je saya nak cakap je.x sesenang untuk melakukannya.tapi inilah realitinya.x cuba maka x tahu.apa pun saya doakan kebahagiaan kamu sepanjang hayat.

-insan hina-

Min said...

insan hina: kamu seperti kenal dengan saya?

Anonymous said...

manusia blh dikenal melalui banyak cara.dari penulisanmu aku tahu tentang kamu...

-insan hina-