Monday, March 23, 2009

MATAHARIKU

Kadang-kadang,bila kita sayang orang..
Kita tutup mata pada semua kekurangan..

Kadang-kadang bila kita sayang orang..
Kita jadi emosi tak tentu pasal.

Kamu-kamu pernah sayang sesiapa?

Saya sedang keliru dengan diri sendiri.
Ini bukan kisah cinta kami.
Ini kisah mereka.
Saya kongsi.

Saya mahu dia belajar untuk mengerti..
Pedih dan peritnya menjadi diri..
Mahu cinta tapi berbahagi..

Kalau benar kata cinta..
Berdiri...
Bukan hanya duduk dan lihat.
Bukan hanya diam dan menyendiri.

Saya mahu dia faham..
Cinta bukan sekadar luahan.
Dia harus tahu..
Cinta kan satu perjuangan.

Kalau dia cinta dia..
Maka ada yang akan terluka..
Tapi itu kan keindahan cinta..
Merasai..bukan memiliki...

17 comments:

ceri masam said...

bersama tapi tak dikurung sekali.

:)

Anonymous said...

jaja x faham la kak min...

Anonymous said...

memang btl...sy setuju.

cinta umpama benih.benih yang perlu disemai dengan kasih sayang.dibaja dengan keikhlasan.disiram dengan pengorbanan.dijaga dengan rasa mempercayai.

teguhnya cinta bkn kerana manusia tapi kerana perasaannya.rasa cinta yang tak penah hilang walau apa jua yang mendatang.

cik min,
kamu insan tabah.cekal harungi hidup ini.berbekalkan semangat kamu bangun dari jatuh kamu.berjalan,berlari dan terus ingin terbang.tapi apakah kesanggupan kamu?apakah yang masih kamu mahu tahu?apakah persoalan yang masih terbuku di hatimu?

rungkaikanlah.bebaskanlah dirimu dari semua itu.cubalah kita berpijak di bumi yang nyata.adakah cuba mengejar sesuatu yang belum pasti?jangan biarkan diri mu penat.

sy hanya insan biasa.bkn untuk menasihati tap hanya ingin memberitahu.tidak layak untuk menegur sesiapa.kerna saya insan hina.semoga Allah sentiasa memberkatimu.

-insan hina-

Anonymous said...

saya tak pasti ini kisah siapa tapi jika ini kisah orang lain.saya mohon maaf.tapi kenyataannya seperti yang saya katakan di atas.

-insan hina-

Min said...

one love: hm..dalam tu..

jaja: Nanti kak min bagi tutorial ok..

indan hina: saya masih tak tau mcm mane nak balas irama lalala kamu.. hmm

Anonymous said...

insan hina ni ihsan ke??hahaha..mcm ala2 ja

Anonymous said...

ihsan?

-insan hina-

Anonymous said...

Cik Min,

Lumrah insan, pabila kasih itu mendatang, mata tiba-tiba hilang...

Semua serba tak kelihatan...

Perasaan juga seperti terbuai..umpama lalang yang lentuk liuk ditiup angin...tak menentu, sekejap begini, dan sekejap begitu...

Cinta jua kasih...bagi saya dua perkara yang berbeza...

Cinta itu merangkumi kasih..namun kasih tidak merangkum cinta....

Kasih pada semua..cinta hanya pada yang teristimewa....

Benar, cinta itu satu perjuangan..perlu jua pengorbanan dan pengertian...

Duduk dan melihat..cuba untuk mengerti...gelodak hati insan yang dikasihi...

Diam dan menyendiri..cuba untuk memahami..ragam dia yang sebegini...

Aku? Masih seperti ini...mengasihi mereka..cinta hanya pada dia...

Mungkin ada yang tidak percaya..tapi biarlah..saya masih percaya..biar hanya saya yang mencintai..mungkin bukan untuk saya miliki...

Cuma untuk beberapa detik waktu ini, saya termenung sendiri...punya perancangan tapi lambat pelaksanaannya...

Mungkin sudah tiba zaman perubahan..

Min said...

hani: kak min pun teka gitu jugak.

insan hina: kenape?

ADMSKY: Kamu tahu tak yang kadang-kadang kalau kita terlalu lama selesa dalam kepompong hidup kita, kita akan selalu gagal untuk melangkah pada satu perubahan. Perubahan itu bukan sesuatu yang mudah. Perubahan itu memerlukan banyak perancangan dan pengorbanan.. perancangan..ya..mungkin boleh dirangka..tapi yang paling sukar adalah pengorbanan..

Anonymous said...

nampak gaya kamu tak akan dapat berubah coz takut keluar dari kepompong n lakukan perubahan.

takut datang dari hati.tp knape perlu takut.kalo hari ni kamu takut,esok,lusa n bile2 pn kamu akan takut.hidup kamu akan tetap sama.tetap tidak berubah.adakah itu yang kamu mahu?

saya pun bkn insan maksum,yakin diri n serba berkebolehan tp ini adalah realitinya.bukankah jika kamu dapat keluar dari kepompong n dapat apa yang kamu inginkan,bknkah itu sesuatu yang baik.

apa2 pn itu semua terletak pada kamu.utk mulakan langkah pertama pada hari ini.

kamu perlu lakukan sesuatu.merancang dan mengambil tindakan.walau tidak berjaya,yakinlah Allah jualah sebaik-baik Perancang.

Anonymous said...

lupa nak tulis yang atas tu saya yang buat.sape ihsan tu?

-insan hina-

Anonymous said...

Saya ingin kongsi satu pengalaman.. Pernah suatu ketika dulu saya putus cinta..terasa sepi,sedih dan sakitnya hati kerana puncanya...kecurangan. Walaupun segalanya terbukti didepan mata,namun kerana cintakan dia,saya redha. Biarlah dia leka dengan kecurangannya.. Hati saya hiba.. Perubahan inikah yang dimaksudkan? Hati? Walaupun saya cuba bertahan namun ditinggalkan juga.Seseorang yang saya anggap amat bijak pernah menasihati saya,perasaan kasih,sayang mahupun cinta datangnya dari Allah,sekiranya tiada lagi perasaan itu semua hanyalah kerana Allah telah menariknya kembali...pengajarannya disini,belajarlah menghargai apa yang ada didepan mata...semuanya milik Allah subhanahuwataala... Kini saya punya perasaan cinta lagi.. Allah yang berikan...mungkin sebentar cuma,mungkin ke akhir hayat,hanya Allah yg maha mengetahui..wassalam.

Anonymous said...

Amboi! Cerita cinta tiga segi.. Tak baik mainkan perasaan orang lain tau! Ceh!

Anonymous said...

Terlalu dalam maksudnya... Siapa yang pernah terluka,pasti tahu bagaimana hancurnya hati..kan??

Anonymous said...

kamu blm pn bermula lg,mcmana kamu tahu kamu akan gagal?kamu slalu pk yang kamu takut dipermainkan lagi,so smpi bile?kamu nk cinta sejati,tapi apa usaha kamu?kamu angankan yang terbaik tapi kamu tak penah cuba ke arah itu?

maaf kalo terasa tapi kenyataannya ini smua utk kebaikan kamu.

-insan hina-

Min said...

insan hina: Saya sentiasa merancang dan penentuan kepada perancangan saya adalah yang di atas sana.

Anonymous1: Betul..menghargai bila ada..jangan sesal bila tak ada nanti.

Anonymous2: Cinta tiga segi.. hm mungkin juga..

Anonymous3: Mungkin kamu tahu bagaimana rasanya..kan?

insan hina: tidak ada kesedihan jika tiada permulaan. kamu fikir.

Anonymous said...

memang btl.jangan sedih...

-insan hina-