Besok
Adalah permulaan pada perjuangan baru.
Ada yang kata..
Itu satu perubahan kehidupan.
Saya tidak nafikan itu.
Tapi besok..
Adalah rasa yang pernah terpahat dulu..
Masa terpaksa tukar dari Convent ke Teknik KL
Masa terpaksa fikir tentang kawan-kawan baru..
Masa terpaksa fikir penerimaan orang-orang sekeliling..
Cakap mereka mudah.
Ini cabaran.
Cakap mereka senang.
Ini anjakan kehidupan.
Tapi besok..
Adalah permulaan kepada semua ketakutan.
Runsing. Takut. Kerinduan.
Tabahkah hati ini untuk esok dan akan datang?
Dengan jiwa cengeng ini.
Dengan cebik bibir ini.
Dengan air mata yang mudah ini.
Tuhan..
Kalau saya bisa meminta.
Saya mahu yang semalam.
Saya mahu yang dulu.
Saya mahu yang tenang.
Saya mahu jadi saya.
Kental jiwa tegas kata-kata.
Keras hati jitu bahasa.
Saya sudah hilang.
Akan kembalikah saya yang dulu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
kalaulah boleh jadi seperti Doraemon.
punya mesin putar waktu.
Min,
life must go on!
Changes may change ur life style.
Keep good tracking on ur new life.
Jangan mengalah sebelum terus menghala ke depan.
Yeah!
Pu3: Saya baru bermula.. dan saya tak pernah mahu berakhir. Perjuangan saya masih panjang.. san semangat kamu.. bakal jadi ketenangan jiwa saya...:)
hadapilah apa jua dengan tenang...
-insan hina-
insan hina: saya sedang dan masih..
Post a Comment