Friday, March 20, 2009

MENCARI POSITIF

Mencari positif.

Hari pertama saya kerut muka.
Rasa nak pengsan sebab file setinggi saya.

Hari kedua saya berteman.
Saya rasa perlu lakukan perubahan.
Petang, jumpa dia.
Dia kata saya garang.
Saya senyum dan kata "saya sekadar menjadi diri"

Hari ketiga saya berdiri sendiri.
Mula tanya mula soal.
Saya takut?
Saya selak file macam tak pernah faham.

Hari keempat.
Saya tanya 2 orang.
Saya rasa sedikit tenang.
Pihak sana kata saya brutal.
Saya senyum dan kata lagi..
"Bukan. Kamu akan dapat peluang menyoal"

Hari kelima.
Saya mula ketawa.
Kenal ramai pihak lawan.
Tukar kad nama.
Buat lawak macam dah lama jumpa.

Tapi.. hari kelima juga saya rasa sakit sedikit.
Kenapa?
Kerana saya masih hidup dengan kenangan.
Saya masuk bilik yang penuh gambar-gambar kalian.
Saya buka facebook dan lihat keindahan masa silam.
Saya baca tulisan pada kad di dinding.
Saya tengok gambar main bowling.
Saya masih dengar gelang tangan berloceng.
Kalau sejuk, selubung tubuh dengan selendang hijau.
Kalian berada di sekeliling saya.
Bukan secara nyata..
Tapi saya masih merasa..
Sentuhan kalian pada jiwa saya.

Orang kata, jangan hidup dengan kenangan.
Tapi.. saya mahu.
Kerana kalian kenangan terindah saya.

1 comment:

Anonymous said...

bagusla kalo kamu mengerti...menghargai bila ada,jangan pula menangisi bila tiada.

-insan hina-