Friday, March 13, 2009

SAYA HARUS LEPASKAN SEMUA

Lemahkah aku dengan menangis?
Hari ini, air mata ini mengalir lagi.
Bukan kerana aku kecewa cinta.
Jauh sekali aku kehilangan bahagia.

Tapi..
Hari ini aku sayu memikirkan mereka.
Memikirkan perjalanan hidup yang bakal berubah.

Aku bukan tidak pernah berkata pisah.
Aku bukan tak pernah kehilangan dan ditinggalkan sendirian.

Tapi..
Kali ini aku sepi.
Aku takkan dapat lagi lihat senyum dan tawa mereka.
Aku tak dapat lagi kongsi cerita sambil menepuk bahu atau mencubit peha...

Mereka keluargaku.
Melampaukah aku kerana menangis?

Ini tangisan paling panjang dalam hidupku.
Kehilangan yang paling besar dalam pencarianku.

Aku mahu kembali seperti dulu.
Kenapa hati ini terus mahu menyendiri?

8 comments:

Nani said...

usah bersedih... ingat, disebalik mendung awan kelabu, ada mentari senyum menunggu :)

Anonymous said...

akak jgn nangis ye..ok la kita share la luke tu...

Anonymous said...

jgn nanges2 kak...xbesla..huuh
hepi2..senyum2..

Min said...

nani: Hye there.. terima kasih atas semangat kamu.

aizam: Tak nakla luke.. carikan yang lain boleh?

naz: saya mahu tersenyum

Anonymous said...

Cik Min,

Acap kali saya katakan, menangis tidak bererti kita lemah..tidak bererti kita tidak tabah...

Biarkan saja air mata itu mengalir...melepaskan rindu yang terbuku..melepaskan sayu yang bertamu...

Tidak bersama, tak bererti kita ditinggalkan sendirian...tidak bersama tak bererti kita dilupakan...

Yang terpisah hanyalah jarak waktu dan masa..membataskan kita untuk bersama..andai rindu itu datang menjenguk....

Tutup saja matamu..dan rasakanlah pelukan rindu..teman-teman, insan yang yang menyayangi diri...

Kerna kita sebenarnya sentiasa bersama..bersatu di dalam ruang rindu..bertemu di dalam ruang rindu...

Min said...

ADMSKY: Saya tahu.. saya percaya pada ketetapan takdir. Perpisahan ini adalah permulaan kepada satu kehidupan baru tetapi tak bererti perpisahan kepada persahabatan..

Anonymous said...

inilah realiti hidup.pertemuan pasti akan adanya perpisahan...

-insan hina-

Min said...

insan hina: Saya tahu..