Tuesday, March 31, 2009
RASA INI
Apa nak buat kalau rasa terpinggir dan tak diperlukan?
Boleh bagi cadangan?
Monday, March 30, 2009
DUA MINGGU
Dan hari ini telah memulakan minggu ketiga.
Saya masih belum boleh memahami.
Rentak dan irama tarian mereka-mereka di sini.
Sakit dan pedih bila cuba melakukan sesuatu.
Mengubah kepada satu yang saya kira lebih baik.
Dan penerimaan mereka..
Bisa buat hati saya terluka..
Lebih dalam dari hari-hari semalam.
Tapi, saya masih punyai kenangan yang mendamaikan...
20hb Mac
Saya berlibur dengan rakan sekerja..
Terima kasih puan kerana sudi belanja.
Sumpah...
Saya tak pernah nyanyi di mana-mana.
Tapi malam itu saya bagai gila.
Saya ikut rentak dan irama.
Dan saya bahagia.
Di kelilingi kalian semua.
Walaupun kita hanya berenam..
Tapi bingitnya macam satu jabatan turut sama.
Farhan dengan lagu cina.
Yong dengan sipu-sipu malu.
Lya dengan suara merdunya.
Dan the loving couple..
Wah..memang hebat nyanyian mereka!!
p/s: Terima kasih pada puan noorin n hubby, lya, yong dan farhan (yang nyanyi memang hebat gila)
28 Mac
Kami berkumpul lagi.
Jaja, Hani, Aizam, Yong dan Lya.
Kami tengok Rifqi Adam.
Kesian anak kecil ini.
Terpaksa di masukkan ke wad kerana kuning.
Tapi kami bahagia..
Lihat mummy adam yang ceria.
Boleh peluk kak dd sambil cerita.
Sekurang-kurangnya saya punyai tempat kongsi jiwa.
Kemudian.
Kami ke Subang Parade.
Jumpa Puan Izai.
Maaf puan kami buat tunggu lama.
Kami makan-makan sambil cerita.
Semua tak nak kalah.
Semua nak kongsi rasa.
Minggu ni..
Saya mahu jumpa mereka lagi.
Kita rancang nanti ya..
Hari ini..
Saya timbang berat lagi.
Hm..makin kurus melidi.
Mogok makan.
Mogok perasaan.
Hati mati.
Penat mungkin.
Entah..
Dan saya pandang ke longgokan di meja.
Saya mahu tekup muka.
GRRR....
Friday, March 27, 2009
UNTUK SEMUA
Sebab tak ada bicara.
Jadi, duduk di bilik sambil menulis dan tandatangan.
Untuk bloggers yang ada link di dalam blog saya:
Saya minta maaf sebab tak sempat jenguk dan comment.
p/s: internet saya tak boleh pop up. bingung saya..
Untuk pembaca dan pemberi irama lalala dalam blog saya:
Saya minta maaf kerana sedikit lewat dalam membalas irama anda.
Untuk kekasih-kekasih HQ saya:
Tahu tak semalam saya keletihan.
Balik rumah saya rasa nak pengsan.
500 kes saman, saya berdiri sampai petang.
Aduh..
Saya tidur terus tak sedar.
Mimpi ketemu kalian.
Makan-makan dengan semua..
Mungkin roh saya berjalan pada semua semalam.
Pagi ini, saya bangun dan tempuh PLUS lagi.
Dan saya nampak simpang kajang.
Ikut hati saya mahu bagi isyarat ke kiri,
Bayar tol dan rebut parking.
Masuk B1 dan tekan lif ke tingkat 2.
Saya rindu kalian...
Thursday, March 26, 2009
SURAT UNTUK KAMU
Kamu yang di sana.
Kamu jauh dari saya sekarang. Jauh dari pandangan mata saya.. jauh dari sentuhan tangan saya. Jauh dari duduk semeja, makan bersama. Saya terfikir, jauhkah hati kamu dari saya?
Betul kata kamu..kita kenal tak lama. Tapi saya merasa nikmat persahabatan ini. Untuk saya kata cinta...itu bermaksud saya tempuh maut untuk kamu, dan untuk saya.
Saya hargai setiap detik perkenalan kita. Saya hargai setiap rasa antara hati. Tapi yang pasti, saya masih mahu mengambil tahu tentang kamu. Saya masih mahu ada hari yang boleh kita duduk semeja, makan ikan bakar.. atau mungkin bowling lagi.. futsal juga mungkin...
Sejak hari tu, kamu dah jarang hubungi saya. Mungkin kamu terasa hati dengan saya. Jadi, saya perlu katakan ini.. Saya minta maaf atas rasa hati ini...
Salam Sayang dari saya.
Wednesday, March 25, 2009
~geram~
Monday, March 23, 2009
MATAHARIKU
Kita tutup mata pada semua kekurangan..
Kadang-kadang bila kita sayang orang..
Kita jadi emosi tak tentu pasal.
Kamu-kamu pernah sayang sesiapa?
Saya sedang keliru dengan diri sendiri.
Ini bukan kisah cinta kami.
Ini kisah mereka.
Saya kongsi.
Saya mahu dia belajar untuk mengerti..
Pedih dan peritnya menjadi diri..
Mahu cinta tapi berbahagi..
Kalau benar kata cinta..
Berdiri...
Bukan hanya duduk dan lihat.
Bukan hanya diam dan menyendiri.
Saya mahu dia faham..
Cinta bukan sekadar luahan.
Dia harus tahu..
Cinta kan satu perjuangan.
Kalau dia cinta dia..
Maka ada yang akan terluka..
Tapi itu kan keindahan cinta..
Merasai..bukan memiliki...
Friday, March 20, 2009
MENCARI POSITIF
Hari pertama saya kerut muka.
Rasa nak pengsan sebab file setinggi saya.
Hari kedua saya berteman.
Saya rasa perlu lakukan perubahan.
Petang, jumpa dia.
Dia kata saya garang.
Saya senyum dan kata "saya sekadar menjadi diri"
Hari ketiga saya berdiri sendiri.
Mula tanya mula soal.
Saya takut?
Saya selak file macam tak pernah faham.
Hari keempat.
Saya tanya 2 orang.
Saya rasa sedikit tenang.
Pihak sana kata saya brutal.
Saya senyum dan kata lagi..
"Bukan. Kamu akan dapat peluang menyoal"
Hari kelima.
Saya mula ketawa.
Kenal ramai pihak lawan.
Tukar kad nama.
Buat lawak macam dah lama jumpa.
Tapi.. hari kelima juga saya rasa sakit sedikit.
Kenapa?
Kerana saya masih hidup dengan kenangan.
Saya masuk bilik yang penuh gambar-gambar kalian.
Saya buka facebook dan lihat keindahan masa silam.
Saya baca tulisan pada kad di dinding.
Saya tengok gambar main bowling.
Saya masih dengar gelang tangan berloceng.
Kalau sejuk, selubung tubuh dengan selendang hijau.
Kalian berada di sekeliling saya.
Bukan secara nyata..
Tapi saya masih merasa..
Sentuhan kalian pada jiwa saya.
Orang kata, jangan hidup dengan kenangan.
Tapi.. saya mahu.
Kerana kalian kenangan terindah saya.
Tuesday, March 17, 2009
MAHU UPDATE SIKIT..
Saya sedikit sibuk.
Tempat baru. Kepeningan baru.
Internet yang lembap.. grrr..
Apapun.. sedikit tentang saya dan hari-hari baru saya
Cukup jika saya katakan...
Pening.
Saya terpaksa telan udara baru.
Tanam semangat baru.
Hm..
Tempat kerja saya?
emm..emm..
Mungkin saya boleh gembira..
Tapi saya perlukan masa.
Yang pasti..
dah tak ada mak cik cleaner yang nak ketuk pintu dan tanya "nak vacum?"
Atau yang tolong angkat sampah bila dah penuh..
Yang ada?
Saya nak kena beli penyapu sendiri..
Berhabuk sana-sini.
Good Morning Towel untuk lap meja dan kerusi.
Kena jadi garang.
Supaya tak ada yang naik tocang.
Kamu kamu yang di sana OK?
Doa saya bersama kamu semua..
p/s: sorry belum sempat balas irama Lalala kamu-kamu..
Sunday, March 15, 2009
INDAHNYA CINTA
Saya tak mahu jatuh cinta.
Kerana cinta itu sakit.
Kerana cinta pernah buat saya sengsara.
Tapi.
Dia jatuh cinta dengan saya.
Dia pula jatuh cinta dengan si dia yang saya pernah suka.
Saya..
Tarik tangan dia.
Saya kata. Maaf kerana tak berlaku jujur.
Saya kata. Sebelum ini saya memang sukakan dia yang kamu suka.
Dan dia senyum pada saya.
Itu 3 hari sebelum hari ini.
Hari ini.
Dia telefon saya dengan sayu nada.
Maafkan saya menjadi punca.
Kerana saya punya rasa cinta.
Tapi cinta itu telah saya buang jauh.
Kerana bahagia melihat kamu bahagia.
Dan dia yang kata cinta pada saya.
Saya terima kerana jiwanya tulus.
Saya sangka dia jujur.
Saya tak tahu dia kata cinta tapi dia punyai rasa pada yang lain.
Bila dia dengan saya.
Saya tahu dia ada dia.
Hati saya hancur.
Bila saya mahu jumpa.. Dia masih bersama dia.
Yang katanya sekadar teman sejiwa.
Jangan bohong saya lagi.
Berhenti mencipta janji.
Saya mahu lari jauh.
Jauh dari perpisahan ini.
Saya kehilangan keseluruhan keluarga saya..
Atas nama perjuangan.
Hari ini..
Saya bakal kehilangan jiwa saya.
Atas nama pembohongan.
Kamu..Bohong pada saya.
Kamu..Buat saya terluka.
KEMBALI SEPERTI DULU
Adalah permulaan pada perjuangan baru.
Ada yang kata..
Itu satu perubahan kehidupan.
Saya tidak nafikan itu.
Tapi besok..
Adalah rasa yang pernah terpahat dulu..
Masa terpaksa tukar dari Convent ke Teknik KL
Masa terpaksa fikir tentang kawan-kawan baru..
Masa terpaksa fikir penerimaan orang-orang sekeliling..
Cakap mereka mudah.
Ini cabaran.
Cakap mereka senang.
Ini anjakan kehidupan.
Tapi besok..
Adalah permulaan kepada semua ketakutan.
Runsing. Takut. Kerinduan.
Tabahkah hati ini untuk esok dan akan datang?
Dengan jiwa cengeng ini.
Dengan cebik bibir ini.
Dengan air mata yang mudah ini.
Tuhan..
Kalau saya bisa meminta.
Saya mahu yang semalam.
Saya mahu yang dulu.
Saya mahu yang tenang.
Saya mahu jadi saya.
Kental jiwa tegas kata-kata.
Keras hati jitu bahasa.
Saya sudah hilang.
Akan kembalikah saya yang dulu?
Friday, March 13, 2009
SAYA HARUS LEPASKAN SEMUA
Hari ini, air mata ini mengalir lagi.
Bukan kerana aku kecewa cinta.
Jauh sekali aku kehilangan bahagia.
Tapi..
Hari ini aku sayu memikirkan mereka.
Memikirkan perjalanan hidup yang bakal berubah.
Aku bukan tidak pernah berkata pisah.
Aku bukan tak pernah kehilangan dan ditinggalkan sendirian.
Tapi..
Kali ini aku sepi.
Aku takkan dapat lagi lihat senyum dan tawa mereka.
Aku tak dapat lagi kongsi cerita sambil menepuk bahu atau mencubit peha...
Mereka keluargaku.
Melampaukah aku kerana menangis?
Ini tangisan paling panjang dalam hidupku.
Kehilangan yang paling besar dalam pencarianku.
Aku mahu kembali seperti dulu.
Kenapa hati ini terus mahu menyendiri?
Thursday, March 12, 2009
Kamu buat saya bahagia...
Walau hati meronta tak mahu tinggalkan dia, kamu, mereka.
Tapi apa pilihan kita?
Masa saya masuk kerja..
saya sebatang kara.
Saya kenal mereka.
Yang pertama saya jumpa, bilik depan kak dhana.
saya takut. Puan ni garangnya..kata saya
dia cerita tentang semua.
tapi lama-lama..dia bagai ibu saya.
saya nangis dalam bilik dia.
dia peluk saya bila saya kecewa.
TERIMA KASIH ATAS KASIH SAYANG ITU.
Semalam.. dia peluk saya dalam air mata.
Dia kata "Thank You for being such a beautiful girl"
Hati saya kata "Puan adalah kebahagiaan saya"
Saya kenal pula yang kedua.
duduk bilik depan nabila.
saya sayang dia.
kongsi macam-macam cerita.
Dia bagai kakak saya.
kecewa duka, saya curah dalam biliknya.
Min.. dia selalu panggil saya...
TERIMA KASIH PUAN IZAI ATAS CINTA INI.
Puan telefon .. sy menangis.
Saya sayang kamu. Terlalu sayang kamu..
Sapa nak bawa saya ambik cupcake?
Nanti saya tunai janji saya..
Bunga atas meja..
Yang ini saya kagum akan gayanya..macho..RRRT. Selalu panggil saya walau saya masih jauh dari mata. Selalu join kami lepak, bowling, futsal & karaoke. Dia sentiasa buat saya gembira. Masa dia peluk saya.. dia kata "Next time i see you, gemuk sikit ok.." dan kemudian saya ketawa..
Tn Suhairy..Pn Aida.. Pn Naziah..kalian sangat sabar dengan kerenah saya. Sangat memahami jiwa keanak-anakan pada saya. Sentiasa percaya pada keupayaan saya..
Kemudian..
saya jatuh cinta.
Pada Kak didi dan Kak Alin..
Makan lunch sama-sama.
sampai ofis, kak dd gegar saya..
Breakfast?
Intan, ez, kak Maziah..
pusu-pusu dekat kafetaria.
Lapar..kata intan.
Beratur dan kami makan sama.
Sampai bilik saya jadi tumpuan.
Bilik gossip kita.
Makan tengah hari dekat mana?
Tiap-tiap hari soalan yang sama..
Kak dd kata "food court"
Kak Alin diet?
Intan, Ez, Kak Mazia?
Kami semua bedal apa saja.
Kak Didi
Huh..saya selalu kata bila bersua muka.
Kak didi balas.. Oooo... melawan yer..
Kemudian kami sama-sama ketawa..
Kak didi gelak sampai sandar tertolak kerusi..
Adam mesti bahagia..
Punyai ibu seperti kamu..
kerana kamu telah membahagiakan saya..
Kak Alin..
Kamu seperti kakak saya.
Kamu sentiasa senyum pada saya..
Kamu dengar masalah saya..
Kamu tanya perkembangan jiwa saya..
Kamu menceriakan tiap hari saya..
Kak Elin..
Gila-gila. buat saya ketawa.
Paksa saya makan sama.
Paksa saya bowling.
Paksa saya nyanyi.
Paksa saya futsal.
Saya beli sport shoe sebab kak elin..
Kak elin tau tak min tak suka menari?
Tau tak min tak suka kejar bola?
Tapi min buat sebab kak elin kata..ala..u can do it min..
Tapi sekarang kak elin dah pergi jauh...
Saya rindu kamu...
Kak Maziah.
dulu..saya fikir kamu tak suka saya
Tapi ..rupanya jiwa kamu indah..
Penulisan kamu tulus...
Dan kelmarin..
kamu peluk saya..
Saya tahu ..saya akan rindukan kamu..
Intan..ez..dalira..kamal..
7 orang gila yang punyai macam2 cerita.
umma & kak hazee dah pergi lama
kamal pula pergi tinggalkan saya
kak ira menyusul sama dengan mummy saya
Kak Ira
Tak ada siapa nak pesan nasi lemak dari saya lagi..
Siapa nak tidur sebelah saya selubung muka?
Kamu garang kamu tahu?
Tapi kamu kakak saya yang paling gila..
EZ
Hari ini ez pergi...jauh sungguh kamu syg..
Siapa nak panggil MINKOO?
Siapa nak cakap koo koo koo pada saya?
Siapa lagi yang boleh saya cubit bila kamu tak ada?
Intan...
siapa nak masuk bilik saya kata..min..aku boring..
siapa nak masuk bilik saya cerita pasal pelamin?
siapa nak dengar cerita tentang saya dan dia?
sy pasti rindu kamu!
Satu hari..mereka semua tiba..
amboi ramainya..kata saya.
sombongnya..kami kata..
Puan izai buat cucian otak
baru kami nampak senyuman di muka mereka..
hye puan..
saya kata.. panggil kak min ja..
Amy..adik saya
orang pertama tegur saya..
kamu jauh amy..
siapa nak kongsi cerita saya?
Siapa nak datang tanya pendapat saya?
Simba..
Kamu buat saya ketawa.
Nanti hantaran kamu saya buat lawa-lawa okay..
Saya baca sms kamu dengan nada suara kamu..
Nanti sapa nak datang bilik saya lagi..
Panggil kak min dengan suara kiut kamu?
Buat muka comel dan tumpang solat di bilik saya?
Toet..
Kamu adik nakal saya..
gigi besi kamu..
mata kamu yang pejam ketika ketawa..
kamu menghibur jiwa saya.
Kamu tahu tak kamu ni manja?
Saya terharu bila kamu kata "farah tak pernah rasa ada kakak macam kak min"
Kamu buat saya menangis dik..
Nanti siapa nak menjerit dalam kereta?
Nyanyi lagu Matahariku (walaupun suara tak sedap)..huhu
Yong sayang..
Budak ni..
banyak beri kasih sayang pada saya.
Tengok kamu menangis hancurkan jiwa saya, sayang.
Kamu tak lupa hari jadi saya.
Luke Ressa Balang..
Kamu buat Aizam panggil saya memey...
Kamu buat aizam telefon saya kata hey perempuan dot dot dot sambil ketawa..
Kamu ni selalu susahkan saya..
tapi..kamu juga saya sayang..
Jive sama-sama.. dengan farhan yang stone..
kamu hiburkan hati saya...
Aizam Aiza...
Saya suka cerita kamu.
saya suka memek muka kamu.
saya kagum dengan ketabahan kamu.
Kamu memang gila.
Mahu bermadu dengan saya?
Ish..tak hingin luke kamu... :p
Hani..
Kamu suka jerit
Cakap kuat sampai saya sakit telinga.
Tapi kamu sangat kiut..
Kamu menghibur saya.
Pelukan kamu buat saya bahagia.
Lya..
Kamu buat saya percaya
Mencintai bukan memiliki..
Kamu buat saya faham..
Hidup ini bukan sekadar saya dan jiwa saya..
Kamu terlalu baik Lya..
Kamu mahu ke PD untuk saya..
Saya sayang kamu..
Faten.. kamu sangat baik dik. Kamu lembut dalam berkata-kata. Tak pernah lupa ajak saya kalau makan sama-sama dalam pantri KUK. Dominos...?? saya pasti rindukan kamu.
Ailin..
Kamu buat saya jive.
Kamu seksa saya kamu tahu?
1,2,3,4...2,2,3,4..
Kamu buat saya gila..
tapi hasilnya saya bahagia..
kami buat kamu bangga,kan?
Cik Hanim..
Terima kasih kerana banyak bantu saya..
ajar mcm mana nak tanya..
ajar macam mana nak tanda..
susah jugak kerja kita ni..
Kak ita..
Nanti siapa nak buat claim saya?
Siapa nak datang bilik saya panggil saya sayang?
Kamu wanita tabah kak ita..
saya sentiasa doakan keinginan kamu itu..
semoga tuhan mendengar rintihan kamu kak...
Nabila..
Kamu perlu banyak belajar.
Hidup bukan sekadar tentang cinta dik..
Saya pasti rindu soalan kamu tentang perkahwinan..
Encik Ihsan...
Kamu selalu sakitkan hati saya..
Tendang pintu bilik dan curi gula-gula..
Tapi..kamu juga menghiburkan saya..
Juga penasihat setia saya..
Sekarang..siapa nak suruh saya buka kan plastik gula-gula?
Kak Dayang...kita kenal tak lama. Tapi kak dayang sentiasa menceriakan hari saya. IP selalu kak dayang cover.. kamu buat hari-hari saya tenang..
Cik An..
Saya kena pergi.
Tempat yang dari kuala lumpur tolnya RM11.40
Mahal kan?
Kalau saya tinggal sana..
siapa nak bising suruh saya tidur?
siapa nak bangun gorngkan burger bila perut saya bunyi tengah malam?
Kamu tau tak kamu ni terlalu baik?
Haris.Saya pasti rindu senyum kamu..Dan mata yang pejam bila kamu ketawa..
Puan Azel, Saya kenal kamu tak lamaTapi cukup untuk melekat di hati saya..Kamu tau tak kamu bisa buat saya ketawa?
Puan Nahra..Oooo..nak jodoh-jodohkan saya ya?Tapi Puan Izai tak suka...Tak ape, kalau ada pilot mcm cik abang kak dd..ha..boleh aja..
Banyak lagi nama yang saya tak sebut..Tapi kamu tetap di hati saya..Saat ini, hari ini, selamanya..
Aduh..
Saya rindu kamu semua.
Cinta saya dan mereka..
Cinta yang takkan pernah hilang..
Mereka adalah sebahagian hidup saya..
Macam mana ya..
Mahu pergi kerja di tempat baru?
Mahu makan sarapan dengan siapa ya kalau kak didi tak ada?
Siapa mahu paksa saya ke alamanda kalau intan dan ez tak ada?
Perit sungguh harga yang terpaksa kami bayar..
Saya akan rindukan semua..
Terima kasih..
Atas kasih sayang yang tak terhingga..
Terima kasih..
Atas kesabaran melayan kerenah saya..
Terima kasih..
Atas memori indah yang kalian cipta..
Jiwa saya..
Tiap nafas saya..
Adalah bersama kenangan kita.
SAYA CINTA KAMU SEMUA...
Wednesday, March 4, 2009
Tuesday, March 3, 2009
Monday, March 2, 2009
Sunday, March 1, 2009
POLIS MATI PENCURI JAGA...
Yang aku rasa agak tekilan..ambulans tu dah berjaya sampai ke depan..tapi, polis perisai negara tahan ambulans tu nak bagi kereta2 mewah jalan dulu.. huh.. diskriminasi!!!