Sunday, January 18, 2009

*memahami*

" Kenapa la awk ni tak faham-faham?"
"Ish, i tot u understand me.."
"U kata u akan cuba faham keadaan i"
" Can u please understand my situation?"
"Bila agaknya awk akan faham?"
"I tak kan faham dengan u ni.."
Memahami...kita selalu harap orang sekeliling kita akan memahami situasi kita. Tapi, sejauh mana kita faham keadaan orang lain?
Dalam hidup kita selalu mahukan sesuatu yang sempurna dan selesa untuk diri kita. Mendapat pasangan yang memahami akan membuatkan kita menjadi individu yang paling bahagia.. pasangan yang faham kerja kita, faham tentang kesibukan kita, faham tentang masalah keluarga kita, faham tentang emosi kita.. faham tentang kesihatan kita.. tapi, pernah tak kita terfikir yang untuk difahami kita perlu belajar memahami?
Saya punyai seorang sahabat.. mengalami masalah yang maha hebat... bila bercerita, dia mahu kita mendengar. Saya akur, saya jadi pendengar setia. Apa jua masalah dikongsi, saya sentiasa mahu menjadi pendengar yang baik.. tapi, sedih bila saya punyai sesuatu untuk di kongsi. Deringan saya tidak di jawab, sms sy tidak di balas. Tidakkah saya telah cuba memahami..mungkin dia perlukan masa untuk melupakan masalahnya sebelum dia boleh mendengar masalah org lain.. tapi kalau setiap kali keadaan yang sama berulang.. interpritasi apa yang harus saya gariskan?


Tidak kira lelaki atau perempuan, memahami satu sama lain adalah asas penting dalam menjalin hubungan yang baik.. bukan hanya untuk hubungan cinta, tetapi juga hubungan persahabatan, hubungan bos dan pekerja, hubungan ibu dan anak... segalanya bermula dengan belajar MEMAHAMI..

1 comment:

Anonymous said...

bkn smua dpt memahami stiap psgn mereka...perkara ni perlukan masa.tp dlm kehidupn rumahtangga,inilah yg paling pnting.blaja memahami psgn.baik buruk d trima bersama.n yg pnting jgk,bgtaula dgn ikhlas n sejujurnya thdp psgn anda.tp jgn kerana psgn anda terlalu memahami,anda plak ambil kesemptn.silap bsr namanya.jujurlah pd diri n psgn anda