Sunday, January 18, 2009

Perempuan Itu..

Perempuan itu...

"Aku terluka kerana dianiaya rasa cinta. Aku terpenjara kerana di dera rasa sayang yang maha dalam. Dan aku semakin derita bila namamu tak mampu kuleraikan dari hatiku"

"Seorang aku melewati hari ini, esok dan semalam dengan segala persoalan. Aku tidak meminta banyak. Cukup sekadar menjadi manusia jujur. Bukan hanya padaku..tapi juga pada diri kalian sendiri."

"Jangan ragut kehidupan seorang aku...yang terlalu penat aku cipta selepas aku cuba melupakan duka lama."

"Jangan lemparkan kebahagiaanku bersama arus deras sungai yang kalian cipta. Aku terlalu letih menjadi perempuan ini. Jendela hatiku yang tutup kubuka..yang buka kuisi.. yang berisi berlalu pergi."

"Salah apakah dengan cintaku?"

"Dia...aku maafkan kerana persahabatan..aku lupakan kerana kenangan..."

"Dia...aku maafkan juga kerana pertalian..persahabatan antara keluargaku dan dia..aku lupakan kelukaan..hanya kerna aku penat menjadi perempuan ini...diulit air mata kekecewaan..."

"Dan dia...akan juga aku maafkan..mungkin dia masih belum temui jalan..memahami satu-satunya kehidupan..dia terlalu muda untuk bercinta tetapi terlalu arif untuk melukakan..."

"Aku...menerima kekurangan mereka sebagai kelebihan mereka. Kerana kelebihan itulah membuatkan setiap patah yang keluar dari bibir mereka sebagai keramat. Penawar segala racun..dan racun segala penawar..."

1 comment:

Anonymous said...

C.I.N.T.A
mybe ini 1 perkataan yg sukar dirungkai n utk kita fhm mksdnya.tp blhkah kita slhkan cinta?memang btl kita syg,cinta n maafkan dia tp jgn sbb terlalu bsr apa yg kita buat utk si dia kita jd cmni.doakan dia bahagia,maafkan dia.insyaallah kita akan lbh gembira.
p/s:aku xnk dh baca blog ni kalo ko terus tulis bnda2 cmni.makin ko tulis,makin buat ko teringat n sedih.