Thursday, October 15, 2009

Wanita untuk disakiti?

Aku dikejutkan dengan keadaan seorang rakan baik yang ketika ini sedang hamil dan dilanda dugaan yang maha hebat. Aku terdiam bila ada yang menyampaikan khabar.

Pada si suami: Cukuplah. Isteri kamu perlu dikasihi. Bukan untuk disakiti lagi dan lagi.

Pada si isteri: Kamu wanita hebat. Jangan sesekali kamu kalah pada hati.

4 comments:

13may said...

moga dia tabah :)

ps: thanks for visiting my blog :)

Syahril said...

Emmm... cmne nk start ekk... hurmmm... cmni... sy tak tau situasi sebenar suami isteri yg dibicarakan... tapi so izinkan sy bg komen yg agak pjg tp ikut tertib (sbnrnya lebih utk peringatan diri sndiri)...

(1)Peringatan agar berhati-hati (jgn mudah percaya) apabila dpt berita yg kita tak cnfirm kesahihannya... lebih2 lg drp mulut golongan fasiq (org yg suka langgar perintah Allah... eg. Allah suh tutup aurat tapi dia taknak & bg hujah putar belit nak "halalkan" jg tindakan dia)... Firman Allah, maksudnya: "WAHAI ORANG-ORANG YG BERIMAN! JIKA DATANG KEPADA KAMU ORANG FASIQ YG MEMBAWA BERITA MAKA TELITILAH TERLEBIH DAHULU NANTI KAMU MENGENAKAN SESUATU KAUM SECARA JAHIL, MAKA MENYEBABKAN KAMU MENJADI ORANG YG MENYESAL" (Surah al-Hujurat;49)

(2)Kalo dah cnfirm kesahihan berita tu... maka... sy ada nasihat/cadangan utk SI SUAMI dan SI ISTERI...

SI SUAMI
(a) Islam suh kita wat baik… tmasuk laa dlm hubungn suami isteri... Firman Allah,"…dan hendaklah kamu bergaul baik dengan isteri2 kamu dengan cara yg baik…” (an-Nisa': 19)… so, mnurut ahli tafsir, bergaul baik dgn isteri adalah wajib… suami yg gagal menggauli isterinya dengan baik sedangkan ISTERINYA TAAT adalah bdosa… lebih teruk kalo smpai cedera isteri… gelaran DAYUS je yg plg layak utknya…
(b) Hadis Rasulullah saw.: "Lelaki yg paling sempurna imannya ialah lelaki yg paling sempurna akhlaknya, dan sebaik2kamu (baik akhlak) ialah mereka yg baik dgn isteri-isterinya" (Riwayat al-Tarmidzi)
(c) Sabda Rasulullah saw.: "Org yg beriman tak bleh mbenci isterinya, jika dia tak suka pd slh 1 perangainya, tentu ada salah 1 perangainya yg dia suka.." (Riwayat Muslim)
(d) Nabi s.a.w. bsabda: “Ssungguhnya sejahat2 manusia di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yg lepaskan hajatnya kpd isterinya dan isterinya lepaskan hajat pdnya kemudian ia menceritakan rahsia itu…” (Riwayat Ahmad)… JGN DIAIBKAN ISTERI kepada sesiapapun tak kira kt saudara dan sahabat ke... keaiban isteri juga cermin bagi suami… bila suami aibkan isteri maksudnya dia mengaibkan diri sdiri…

bersambung...

Syahril said...

SI ISTERI
(a) Sikap saling mmahami dan berlapang dada (sabar) adalah yg paling utama dlm rumahtgga…
(b) JGN LUAH PERASAAN & CERITAKAN RAHSIA PASANGAN KAT ORANG LUAR sblm cuba menyelesaikan masalah itu dgn perbincangan… KECUALI MMG TAK BLEH SETEL & RASA TAK MAMPU TANGGUNG DAH… terpaksa laa diluahkan kepada pihak ketiga (YG BOLEH MEMBANTU SAJA)…
(c) Zaman Nabi saw. ada sorang wanita mengadu kat Baginda yg dia telah dipukul oleh suaminya. Mulanya Rasulullah putuskan suaminya bleh dikenakan qisas (pukul dibalas pukul), tapi pada ketika itu jg telah turun wahyu yg MBOLEHKAN SUAMI MEMUKUL ISTERINYA dalam keadaan tertentu iaitu DENGAN TUJUAN MENDIDIK (BUKAN PUKUL UTK MENYAKITKAN / PUKUL SBBA GERAM). Secara tak lgsg, wanita tadi telah MEMBOCORKAN RAHSIA RUMAHTANGGANYA dgn menceritakan keburukan suaminya kepada pihak ketiga iaitu Rasulullah s.a.w… Firman Allah S.W.T.: “Adapun wanita2 yg solehah itu ialah mereka yg patuh (taat) dan memelihara kehormatan dirinya semasa ketiadaan suaminya sebagaimana Allah telah memelihara mereka.”(An-Nisa: 34)
(d)Kalo dh smpai rahsia rumahtangga terpaksa dibuka ke pengetahuan seseorang… maka beberapa perkara harus diambil kira iaitu:
(i) RUJUK KEPADA ORG YG SESUAI
- orang yg amanah, bleh dipercayai, memiliki sifat adil, tak mudah dipengaruhi emosi, tenang, & berwatak pendamai.. tak kira teman rapat ke kaunselor yg berpengalaman, yg penting bleh bantu… (kat Jabatan Agama skrg dah ada kaunselor bertauliah)
(ii) MEMBUKA RAHSIA YG SESUAI SAHAJA
- bataskan kepada hal-hal yg berkaitan dengan masalah yg dihadapi sahaja… jgn sbb pengaruh emosi… pi abih buka segala rahsia psgn...

iii) MERUJUK KEPADA HAKAM
- wakil daripada kedua-dua pihak suami dan isteri di mana pihak lelaki diwakili seorang hakam, sama jgk dgn pihak wanita. Hal ini disebutkan melalui firman Allah: “Dan jika kamu khuatirkan ada persengketaan antara kedua-duanya (suami isteri), maka kirimlah seorang hakam dari keluarga lelaki & seorang
hakam dari keluarga perempuan.” (An-Nisa’: 35)
- mesti memiliki sifat boleh dipercayai, bijaksana dan adil, bleh simpan rahsia, bijak bertindak dan tak menyebelahi mana2 pihak.
- dalam hal ini… jika didapati takdak dah titik temu antara kedua2nya, hakam2 harus sepakat utk membuat keputusan memisahkan mereka dgn cara baik… perlu dirujuk kepada mahkamah.

iv) MERUJUK KEPADA MAHKAMAH
- JALAN TERAKHIR
- mahkamah bleh buat keputusan ke atas masa depan rumahtangga tersebut di mana rahsia rumah tangga terbabit terpaksa disingkap di hadapan hakim atau mahkamah…

p/s1:moga depa laki bini dapat bahagia kembali… especially si isteri yg tgh sarat mngndung… :)
p/s2: fuhh… pjg laa pulok… maaf ye tuan punya blog… :P

Min said...

13 May: dia wanita teguh.. itu kekuatannya.

ahmad syahril: semoga dia membaca ulasan kamu... terima kasih.